36

1.8K 149 3
                                        

Setelah semua barang diangkut masuk kedalam kereta, kini tiba masa untuk mengucapkan selamat tinggal. Noah melihat dengan senyuman apabila Cikgu Maria menangis bersungguh-sungguh.

"Noah.. Kamu jangan lupakan kami tau!" cikgu Maria mengeset air mata.

Noah ketawa kecil.

"Noah!!!" dari jauh seseorang melaung namanya.

"Sofea." Noah bersuara.

Sofea tercungap-cungap bernafas. Dia yang berlari kerana takut terlewat, akhirnya berjaya sampai sebelum Noah bertolak pergi.

"Sampai hati! Tak bagi tahu pun nak balik. Kalau bukan Cikgu Maria yang beritahu.." Sofea merengek namun masih diceriakan wajahnya. Matanya kelihatan basah dan merah.

"Maaf.. Terima kasih atas semua yang kau dah buat untuk aku. Maaf kalau ada buat salah. Sofea, aku harap kau elok-elok saja di sini." Noah mengusap lembut kepala Sofea.

Sofea terkedu. Jantungnya laju berdegup. Tapi dia perlu tabah kerana dia telah berjanji yang dia akan jadi kuat. Dia menahan air mata yang mahu mengalir.

"Hehe.. Tak ada apalah. Kau nanti dah sampai sana jangan lupa aku tau. Kau boleh hantar surat. Ni alamat aku." beritahu Sofea sambil menghulur sehelai kertas kecil.

"Terima kasih. Kalau ada peluang, aku hantar surat. Selamat tinggal." Noah melambai sebelum masuk kedalam kereta.

Tingkap dibuka supaya boleh melihat dengan lebih jelas.

"Noah! Jangan lupa tau!" jerit Sofea apabila kereta bergerak semakin jauh.

Noah melambai dengan senyuman. Tak mungkin dia lupa. Hampir dua tahun di negara orang. Hampir dua tahun dia kenal pelbagai manusia. Hampir dua tahun juga, dia kenal Anna.

Perjalan mengambil masa kurang dua jam untuk ke pelabuhan. Semua barang Noah telah dipindahkan kedalam kapal dan dia cuma perlu menunggu masa untuk bertolak pergi saja. Noah melihat sekeliling. Sebuah bangku kosong menjadi tujuan. Dia duduk disitu memandang laut.

"Hoi." kasar saja bunyi nada suara itu.

"Hoi!" sekali lagi suara itu memanggil membuatkan Noah menoleh. Orang ni panggil siapa?

Terkejut. Noah terdiam disitu.

"Nah.. Ada orang minta tolong untuk berikan ni kalau-kalau dia tak balik dalam masa seminggu." Chris menghulurkan sepucuk surat.

Lambat-lambat Noah menyambut surat tersebut. Dia memandang Chris kemudian Annie yang berdiri disebelah.

"Itu saja. Jumpa lagi." Chris mula untuk berlalu pergi dari situ namun cepat-cepat ditahan oleh Noah.

"Nanti!"

"Apa?"

Chris terhenti. Berkerut sekejap dia melihat Noah. Annie masih lagi tidak bersuara. Sejak tadi Annie cuba untuk tidak bertentang mata dengan Noah. Kenapa?

"Chris.. Annie.. Tahu apa-apa pasal Anna?" soal Noah tidak berselindung.

Dia tidak punya banyak masa kini. Noah terasa jantungnya semakin laju dan kencang berdegup.

Chris diam begitu juga dengan Annie. Kenapa mereka selalu mendiamkan diri apabila ditanya tentang Anna? Noah tidak faham.

"Kenapa? Kenapa.. Semua orang diam." Noah terasa seperti mahu ketawa namun air matanya yang mengalir.

Chris mengeluh. Dia mendekati Noah dan menepuk bahu lelaki itu sebelum membawa Annie pergi. Kelibat mereka berdua hilang setelah itu ditelan lautan manusia yang membanjiri stesen pelabuhan tersebut.

Noah terdiam semula. Surat ditangan ditatap. Tulisan tangan seseorang yang dia tidak pernah kenal. Siapa yang memberi surat tersebut kepadanya? Dia menterbalikkan surat tadi untuk dibuka namun nota kecil dibawahnya membuatkan niat Noah mati.

P/S Buka bila dah selamat sampai nanti.

Noah mengeluh dan menyimpan surat tersebut didalam saku kot nya. Bunyi kapal menandakan yang kapal tersebut bakal bertolak. Noah cepat-cepat menaiki kapal dan menuju ke kabin miliknya. Perjalan yang panjang ini mungkin bakal menyeksa jiwanya.

***********

"Ahhhrrgghhhh!!!!" Noah menjerit sepuas hati untuk melepaskan semua rasa yang terpendam. Dia berasa tenang seketika dan menghembus nafas lega. Sunyi.. Semua orang sedang tidur barangkali. Matahari semakin mendaki langit. Tak lama lagi hari akan siang. Fajar semakin menyinsing.

Jauh dari atas dek kapal, Noah dapat lihat pelabuhan kapal. Tak lama lagi kapal akan berlabuh. Dia semakin hampir dengan rumah. Noah tersenyum. Tak apa.. Sekejap saja lagi. Bersabar sikit lagi.

Sejam setengah kemudian, kapal telah berlabuh. Noah bersorak riang. Dia cepat-cepat turun dari kapal dan melihat sekeliling.

"Abang! Abang Noah!" suara yang sangat dirindui olehnya itu membuatkan Noah hampir melompat gembira.

"Rin! Haha.. RIN!!" Noah berlari ke arah seorang perempuan kecil berbaju ungu.

Dia memeluknya dengan erat lalu mengangkat gadis itu. Tubuh kecil itu dipusing-pusingkan di udara.

"Ahaha.. Abang dah balik!" Rin bersorak gembira.

Noah meletakkan Rin kebawah semula dan tersenyum.

"Rin datang dengan siapa?" soal Noah.

"Datang dengan Abang Kai." Rin menoleh sambil menunjuk ke arah seorang lelaki didalam kedai minum berhampiran.

Noah tersenyum kelat. Dia mengusap rambut Rin.

"Abang janji.. Nanti bila abang dah kerja, abang akan datang ambil Rin balik. Kita akan duduk sekali macam satu keluarga dulu." Noah memberitahu.

Rin tersenyum gembira.

"Betul ni? Dengan ibu sekali?" soal Rin.

Noah mengangguk.

"Rin! Dah ke? Jom balik! Banyak kerja lepas ni!" lelaki yang digelar Abang Kai tadi memanggil dari jauh.

Rin mengeluh namun tersenyum juga pada Noah.

"Rin kena balik dulu. Jumpa lagi Abang Noah. Rin harap lepas ni kita tak akan berpisah lagi." nada Rin penuh mengharap. Rin berlari ke arah Kai dan mereka berlalu pergi setelah itu.

Noah mengeluh. Rin adalah adik kandungnya namun kini tinggal bersama keluarga angkat apabila pusat kebajikan mengatakan bahawa mereka berdua kini anak yatim dan tiada ahli keluarga yang mampu menyara mereka. Rin diambil beberapa minggu selepas itu oleh keluarga tersebut. Anak yatim?

Noah rasa nak muntah bila ingat semula apa yang berlaku. Mereka sejak dulu walau ada ibubapa sekalipun sudah hidup seperti anak yatim. Memang betul bapa mereka telah meninggal dunia, tapi disebabkan ibu mereka yang bunuh. Semuanya masih jelas. Seperti baru semalam berlaku. Keluarga Noah dari dulu tak pernah normal. Mereka jadi anak yatim disebabkan keluarga sendiri.

Rin masih kecil dan tak faham apa-apa. Bapa mereka kaki pukul dan selalu mabuk. Ibu adalah mangsa yang selalu dipukul. Noah tidak lagi mampu untuk melihat akhirnya melawan. Sejak itu, dia pula menjadi mangsa untuk bapanya melepaskan kemarahan. Dia lemah sebelum ini, belajar pelbagai seni mempertahankan diri. Noah cuma mahu lindungi orang yang dia sayang, dari manusia tak guna macam lelaki tu. Tapi, semuanya terlambat.

Hari itu dia dipukul dengan teruk. Ibunya cuba menarik si bapa supaya tidak terus memukul Noah. Apakan kudrat seorang wanita, akhirnya dia mengambil pisau didapur dan menikam lelaki itu berkali-kali. Wajah Noah dibasahi darah merah lelaki tak guna tersebut.

"Jangan risau.. Noah anak ibu.. Anak ibu dah selamat." kata-kata ibunya masih terngiang-ngiang ditelinga Noah saat ibunya memeluk erat tubuh kecil Noah. Mereka berlumuran darah. Rin yang masih bayi tidak ada sebarang memori tentang apa yang berlaku pada hari itu.

Keesokannya ibu mereka telah diambil oleh pihak polis dan itu kali terakhir Noah lihat ibunya tersenyum. Noah dan adiknya Rin diserahkan kepada Pusat Kebajikan. Hidup Noah langsung tak ada perkataan bahagia. Hingga dia bertemu Anna. Gadis itu mengajarnya erti kegembiraan dan rasa bahagia apabila bersama seseorang.

Sekali lagi nampaknya Noah kehilangan bahagia itu. Ruginya.. Dia langsung tidak tahu apa yang terjadi. Betul-betul.. Hidup ini sungguh menyedihkan.

Golden Dust [Revised Ver]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang