37

2.1K 168 17
                                    

Noah tersenyum kepada pengawal yang menjaga banduan penjara tersebut. Disebalik palang besi, Noah melihat seorang wanita tua, lemah dan tidak bermaya sedang menghadap dinding.

"Ibu.. Noah dah balik." Noah memulakan bicara.

Diam.

"Tengok ni, Noah ada hadiah untuk ibu dari tempat Noah belajar." Noah mengeluarkan kotak kecil dari dalam poket.

Kotak itu dibuka dan melodi indah memenuhi ruang itu.

Bahu wanita tadi bergerak sedikit. Lama-kelamaan wanita itu menoleh.

"Bunyi tu.. Dari kotak?" soalnya hairan.

Noah tersenyum dan mengangguk. Dia menghulurkan kotak tadi.

"Nak?" soal Noah.

Wanita itu kelihatan gembira. Dia mencapai kotak itu dan ikut sama bernyanyi melodi yang dikeluarkan.

"Suka?" soal Noah lagi.

Wanita itu mengangguk.

"Makcik rasa anak makcik mesti gembira. Boleh bagi pada makcik? Makcik nak bagi kat anak makcik. Ah.. Noah, mana Noah?" wanita itu bersuara.

Noah tersenyum pahit.

"Noah kat sini, ibu."

"Ah, tu.. Tu anak makcik. Comelkan? Dia budak baik.. Tak banyak cakap pun." cerita wanita itu sambil menunjuk ke arah sehelai baju diatas lantai.

Noah kenal baju itu. Sangat kenal.. Itu baju yang dipakai oleh Noah semasa kecil. Baju yang akhirnya dilumuri darah.

"......" Noah hilang kata-kata.

"Oh ya, anak ni siapa? Selalu sangat datang sini sebelum ni? Ha.. Anak dah balik dari belajar ya?" soal wanita itu.

Noah menelan liur. Dia mengangguk.

"Baru balik." jawab Noah pendek.

"Bagusnya.. Belajar luar negara.. Makcik harap anak makcik pun nanti dapat belajar luar negara juga." wanita itu tersenyum riang.

Noah tertunduk. Rasa sebak hadir dalam diri dan cepat-cepat dia bangun.

"Eh? Anak nak balik dah ke?" soal wanita itu.

Noah menampal senyum plastik.

"Hati-hati.. Sekarang ramai orang jahat. Anak makcik.. Tapi dia selamat sekarang.. Dia dah selamat." wanita tua itu tersenyum lagi.

Noah cepat-cepat menoleh dan keluar dari situ. Akhirnya empangan air mata yang ditahan tadi pecah jua. Pengawal tadi menepuk bahu Noah dengan perlahan. Dia mengangguk sebelum menutup pintu besi yang memagari kawasan itu.

"Sabarlah. Kau ni tabah betul. Mak kau macam ni, tapi sejak kau kecil lagi kau perlu berlakon depan dia. Tak salah kalau kau nak menangis. Dah lama kau pendam. Kau ni manusia, bukan robot." nasihat pengawal tadi. Dia yang bekerja disitu telah lama, mengenali Noah dan ibunya sejak dahulu lagi.

Noah terduduk. Penat. Dia penat menahan semua perasaan didalam hatinya. Usapan lembut pada belakangnya itu sedikit sebanyak membuatkan Noah tenang. Ibu yang langsung tidak kenal dengan anak sendiri. Bagaimana dia mahu beritahu Rin perkara sebenar? Adiknya itu masih bayi ketika semua itu terjadi. Rin tidak tahu apa-apa.

Dia berjanji pada Rin namun dia sendiri tidak pasti bagaimana mahu menunaikannya. Apa yang perlu dia lakukan supaya ibunya dapat mengenali dirinya? Ibu masih hidup dalam dunianya sendiri, bersama anak yang tidak wujud. Bagi ibu, anaknya masih kecil.

Noah menghembus nafas lega. Dia melangkah keluar dari tempat tersebut dan menuju ke bandar. Ada sesuatu yang perlu dia uruskan. Masih ingat ketika dia membuka surat yang dia dapat. Kandungan surat itu sungguh mengejutkan. Hatinya masih belum mampu menerima hakikat sebenar. Terasa bagai sudah jatuh ditimpa tangga.


***********

Kepada Noah,
Mungkin kau akan tertanya-tanya kenapa dan siapa yang tulis surat ni. Kau tak perlu tahu. Aku cuma nak sampaikan sesuatu. Aku pasti kau tertanya-tanya tentang Anna. Aku tak tahu macam mana nak beritahu kau. Nyawa aku pun dah tak panjang.

Jadi, disebabkan aku tahu aku akan mati tak lama lagi, aku nak beritahu kau tentang apa yang terjadi sebenarnya. Helena dan Joseph selamatkan kau. Anna merayu pada Helena untuk selamatkan kau. Helena minta Joseph hantar kau ke hospital tapi Joseph tak mahu tinggalkan Helena.

Disebabkan itu, dia minta aku yang hantar kau ke hospital. Anna ada dengan kau sepanjang waktu kau tak sedarkan diri. Seminggu pertama tu dia tak pernah tinggalkan kau. Anna nampak sedih sangat-sangat. Bandar Sovereign musnah kalau kau nak tahu. Air empangan tu hanyutkan semua benda.

Negara mengalami kesusahan dan semua orang panik. Pasukan pemberontak muncul tiba-tiba, entah dari mana. Semuanya tunggang-langgang. Helena buat keputusan untuk tamatkan semua. Dia nak bunuh Howard yang telah rancang perang ni.

Anna dapat tahu rancangan Helena. Aku sendiri tak pasti dari mana dia tahu. Tapi, malam tu aku nampak Anna menyelinap keluar. Aku risau, jadi aku ikut Anna. Rupanya dia ikut Helena dan Joseph menaiki kapal peribadi Howard.

Howard rancang untuk tinggalkan negara ni setelah semuanya hancur. Masa tu, Helena acukan pisau belati pada Howard tapi Howard gunakan pedang dia untuk tahan. Aku cuma lihat dari jauh, sebab aku tak berani nak dekat. Anna menyorok dibelakang kotak barang-barang.

Kami cuma memerhati perlawanan tu pada mulanya hinggalah Howard pintas Helena dan pisau yang elok Helena pegang tercampak ke dalam laut. Howard menghayunkan pedang untuk membunuh Helena. Anna terus keluar dari tempat dia bersembunyi untuk selamatkan Helena.

Aku tak sempat buat apa-apa. Semuanya berlaku dengan pantas. Apa yang aku tahu lepas tu Helena menjerit nama Anna dan Howard ketawa. Ada anak panah tertusuk ke jantung Howard. Dia beritahu yang mereka semua akan mati bersama-sama. Apa yang Howard cakap betul.

Sebelum sempat Howard hayun pedang tu, Anna lindungi Helena, tapi Joseph dah lepaskan anak panah dari jauh. Lepas tu berlaku satu letupan. Kapal tu sebenarnya penuh dengan bahan letupan. Kotak tu bukannya diisi dengan barang betul pun sebaliknya bahan letupan. Howard tahu Helena akan datang, jadi dia rancang untuk hapuskan semua sekaligus termasuk dirinya.

Tentang Anna, perkara tu mungkin tak termasuk dalam rancangan Howard. Dia nampak terkejut bila Anna keluar dari tempat dia bersembunyi. Maaf.. Aku tak dapat buat apa-apa. Selepas letupan tu, kapal Howard tenggelam. Aku cuba cari mereka bertiga tapi tak jumpa.

Setiap hari aku mencari.. Dan mencari..

Maaf aku tak dapat selamatkan Anna. Aku juga tak dapat selamatkan Puan Muda aku, abang aku sendiri.. Aku memang penakut.

Noah.. Anna cerita banyak pasal kau masa kau tak sedarkan diri. Anna.. Dari cerita dia aku tahu dia bahagia dengan kau. Terima kasih. Helena selalu berharap yang anak dia hidup bahagia, jadi, terima kasih sebab tunaikan harapan Puan Muda.

Hey, jangan la kau sedih.. Walaupun tak tahu apa yang jadi pada mereka.. Aku cuma berharap yang semuanya baik-baik. Kau dah selamat sampai rumahkan? Anna ada cakap pada aku.. Kalau kau sedar, dan andai dia tak ada kat sisi kau, dia minta tolong aku beritahu ni pada kau.

"Noah, walau apa pun yang terjadi pada Anna, jangan sedih atau salahkan diri sendiri. Anna akan sentiasa ada dengan Noah, dalam hati Noah. Anna cintakan Noah."



Golden Dust [Revised Ver]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang