Noah memandang tiket di tangan yang diberi oleh Sofea sebentar tadi. Sofea telah pulang setelah dia menghantar tiket tersebut kepada Noah. Katanya dia ada hal lain yang perlu dia uruskan. Barangkali hal keluarga yang Sofea pernah beritahu sebelum ini. Tren yang menuju ke bandar Sovereign akan tiba lagi 10 minit. Noah duduk menanti di bangku yang disediakan.
Aizenburgh Institute, perjalanan yang akan mengambil masa lebih kurang dalam enam jam setengah. Noah tidak pasti bila dia akan sampai.
******
Lama anak matanya memerhati kelibat seorang budak lelaki yang duduk tidak jauh darinya. Kalau tidak silap, dari uniform yang dipakai budak itu merupakan pelajar St. Margurite. Sedang asyik dia perhati, tren telah pun tiba di platform.
Cepat saja tangannya mencapai bagasi di tepi tempat duduk dan terus kaki melangkah ke dalam tren. Bagasi diletakkan di gerabak barang oleh konduktor tren. Dia memasuki gerabak bernombor lima, kelas ekonomi. Kelihatan sudah ada tiga orang yang lain memenuhi bilik nombor 4. Setiap bilik di gerabak itu menempatkan maksimum empat orang.
"Boleh saya duduk?" tanyanya.
"Sudah tentu. Sila, silakan." jawab seorang lelaki tua yang duduk berhadapan dengan seorang wanita. Di sebelah wanita itu pula adalah perempuan remaja, barangkali anaknya.
Dia mengangguk sebelum duduk di sebelah orang tua tersebut. Lelaki tua tadi tersenyum sambil melihat ke arah tingkap. Wanita dihadapannya pula kelihatan resah semacam sambil menggentel kain yang dipakainya sehingga lekat kesan kedutan. Remaja disebelahnya pula cuma berdiam diri saja. Dia perhatikan remaja tersebut dan seketika kemudian, mata mereka bertembung.
"Joseph, kat sini rupanya." satu suara menegur apabila pintu bilik gerabak dibuka secara tiba-tiba dari luar.
Semua mata terarah kepada seorang perempuan yang baru saja masuk.
"Helen.. apa yang awak buat kat sini?" suara Joseph kedengaran terkejut.
Helena mencebik. Tangannya diletakkan di pinggang seperti bersedia untuk memberi leteran kepada Joseph.
"Jo, awak lupa ke saya ikut sekali?" Helena bersuara. Dia terus duduk di sebelah Joseph. Ruangan kecil itu elok muat untuk Helena.
Joseph mengeluh. Dia bergerak ke tepi sedikit bagi memberi ruang untuk Helena namun perempuan itu segera menarik Joseph supaya duduk dekat. Joseph menggeleng kepalanya dengan perangai Helena. Wanita yang duduk berhadapan dengan mereka tadi tersenyum kecil. Walaupun sepatutnya satu bilik penumpang boleh menempatkan maksimum empat orang, tiada sesiapa pun yang menegur akan pertambahan seorang lagi di dalam bilik mereka.
"Teman wanita kamu ke?" soal wanita dihadapan mereka kepada Joseph.
Helena tersentak manakala Joseph pula terkedu sendiri. Remaja yang mungkin anak wanita itu menjeling ke arah wanita itu sambil mencuit lengannya.
"Mak, jangan sibuk hal oranglah." tegur anaknya.
Lelaki tua tadi pula hanya ketawa kecil selepas itu.
"Kami.. bukan kekasih." jawab Helena setelah itu namun entah mengapa jawapan yang keluar dari mulut Helena membuatkan Joseph hampa sendiri di dalam hati.
"Oh.. maafkan saya. Saya ingatkan kamu berdua ni kekasih. Nama saya Jane. Ini anak perempuan saya, Brunette." wanita tadi memperkenalkan diri.
"Nama Pak cik, Runold." lelaki tua tadi mencelah.
"Aah.. selamat berkenalan. Saya Joseph dan ini pula Helena. Kami.. keluarga." ujar Joseph, menyambut salam perkenalan dari wanita di hadapannya itu dan lelaki tua tadi.
Brunette pula menjeling ke arah Helena. Matanya tajam menikam kelibat perempuan di sebelah Joseph. Entah mengapa dia tidak suka melihatnya. Dari gaya pakaian, dia seperti dari golongan bangsawan atau orang atasan. Lelaki yang bernama Joseph itu pula, walaupun kelihatan kacak dan bergaya, dia seperti beku sahaja. Apa yang orang berduit buat di gerabak kelas ekonomi? Daripada berkongsi gerabak dengan orang awam seperti mereka, bukankah lebih baik untuk menaiki gerabak persendirian?
KAMU SEDANG MEMBACA
Golden Dust [Revised Ver]
Misteri / ThrillerSt. Margurite Highschool, sekolah yang penuh misteri dan pelbagai kisah aneh. Noah merupakan pelajar pertukaran di sekolah tersebut namun dia dipulaukan kerana latar belakangnya yang datang dari jauh. Suatu hari, Noah telah mengambil keputusan untuk...