Noah hanya diam membisu apabila Brunette ketawa melihat dia dan Anna bagai terperangkap. Nak bergerak dari situ takut Brunette ni menggila pula. Mana la tahu dia cederakan orang lain pula. Manusia bermasalah mental macam ni tak boleh dibuat musuh. Tambah lagi dia dah banyak bunuh orang dengan kejam. Kalau salah tegur, entah apa yang akan dia lakukan.
"Kenapa? Awak takut tengok saya ke?" Brunette bertanya lembut. Seram. Membuatkan bulu roma sesiapa saja meremang apabila mendengar suaranya.
"Kenapa nak takut pula?" Noah menjawab soalan dengan soalan.
"Ahaha.." Brunette ketawa namun air matanya mengalir.
"Kenapa awak bunuh mereka semua?" Noah bertanya soalan sebenar apabila Brunette mendiamkan diri setelah itu.
Anna menarik perlahan belakang baju Noah. Noah menoleh.
"Dia dah tak betul la. Lebih baik kita selesaikan kes ni cepat sebelum dia bunuh lebih banyak orang." bisik Anna perlahan.
Noah mengenggam tangan Anna, cuba untuk bertenang.
"Bunuh? Saya bunuh mereka? Awak ni buta ke?! Mereka semua tu memang dah mati dari awal! Ahaha.. Saya cuma ambil organ mereka je? Salah ke? Mereka semua memang dah mati pun~"
Noah dan Anna keduanya terkejut. Kenyataan dari Brunette sungguh tidak disangka. Saat itu juga Anna tiba-tiba perasan tentang gambar yang ditunjuk oleh Howard dan semua maklumat yang dia siasat. Tak mungkinlah.. Perang dah bermula?
"Mereka dah mati dari awal?" Noah bertanya.
"Tak mungkin.." suara kecil Anna membuatkan Noah menoleh sekali lagi. Terkedu Noah melihat Anna yang menggigil ketakutan.
"Hei.. Kenapa ni?" soal Noah prihatin.
"Dari awal.. Kita dah ditipu. Noah.. Kita kena pergi dari sini!" Anna mula gelabah dan kelam kabut. Lengan baju Noah ditarik-tarik bagai anak kecil. Noah meneguk liur. Hilang kata dengan sikap Anna.
"Kau berdua.. Berani hiraukan aku?!" Brunette yang rasa tersisih mula menyinga. Dia menjerit kuat, membingitkan telinga sesiapa sahaja yang mendengar.
Noah memandang ke arah Anna sambil memegang bahu Anna dengan kedua tangannya. Dia kemudian melihat ke arah Brunette sambil menarik Anna rapat kedadanya.
Dung!
Bunyi yang sangat kuat membuatkan mereka semua yang berada disitu tersentap. Masing-masing mencari arah bunyi tersebut sebelum akhirnya Brunette ketawa.
"Empangan dah dibuka!" ketawa Brunette pecah lagi. "Bunyi pintu empangan dibuka! Ahaha.."
Anna menggigil namun sedikit pun dia tidak melepaskan baju Noah. Erat saja dia mengenggamnya. Noah terkebil sebentar. Tidak memahami situasi tersebut sehinggalah dia teringat tentang apa yang dia baca tentang bandar tersebut.
Sovereign adalah bandar yang dibina diatas sungai besar yang ditambak berhampiran dengan laut. Dalam erti kata lain kalau pintu empangan dibuka..
"Bandar ni akan tenggelam. Noah.." suara Anna menyentap Noah dari lamunan.
"Kita perlu pergi. Noah.. kita kena pergi sekarang!!" Anna merayu. Dia menarik baju Noah seolah-olah tidak mahu berpisah.
"Ahaha!! Kau fikir kau boleh pergi lepas dah tahu apa yang saya buat? Saya tak akan benarkan! Awak akan mati kat sini! Saya.. Aku.. Kau semua! Semua orang!" Brunette menjerit sambil berlari ke arah Noah dan Anna. Percakapan Brunette juga sudah tidak kedengaran siuman. Pisau dari poketnya dikeluarkan.
Dengan tindakan refleks, Noah menolak Anna kebelakang apabila Brunette menghayun pisau tersebut. Semuanya berlaku dengan pantas. Fikirannya tidak dapat menangkap apa yang berlaku. Noah cuma mahu Anna selamat. Tangannya menangkap pisau yang dihayun Brunette.
KAMU SEDANG MEMBACA
Golden Dust [Revised Ver]
Mystery / ThrillerSt. Margurite Highschool, sekolah yang penuh misteri dan pelbagai kisah aneh. Noah merupakan pelajar pertukaran di sekolah tersebut namun dia dipulaukan kerana latar belakangnya yang datang dari jauh. Suatu hari, Noah telah mengambil keputusan untuk...
![Golden Dust [Revised Ver]](https://img.wattpad.com/cover/69458163-64-k970656.jpg)