2 Tahun Kemudian...
Noah mengemas barang-barang diatas meja kerjanya. Setelah itu dia mengambil jaket yang tersangkut diatas kerusi.
"Balik dulu." Noah menepuk bahu rakan sekerjanya. Dia mengangguk seraya tersenyum.
Langkah Noah tenang saja petang itu. Tiba di sebuah taman perumahan, Noah berhenti di hadapan sebuah rumah yang pagarnya tertutup namun dari lampu yang dipasang, dia tahu ada orang didalam.
"Jojo!! Ahaha.." kedengaran suara remaja perempuan memanggil haiwan peliharaannya masuk ke dalam rumah. Kucing itu diusap lembut lalu diangkat dan dicium.
"Jom makan." ajaknya lagi sebelum menutup pintu kaca. Langsir yang tadi terselak ditutup semula. Kini Noah tidak lagi dapat melihat perempuan tadi.
Bibirnya menguntum senyum. Puas hati walaupun hanya dapat melihat dari jauh. Rin nampak ceria pada hari itu. Setiap hari, Noah akan melakukan perkara yang sama. Dia lalu disitu semata-mata mahu melihat jika adiknya itu sihat atau tidak. Dia cuma mahu melihat Rin gembira dan tersenyum.
Satu keluhan dilepaskan. Noah sendiri tidak pasti mengapa dia mengeluh. Cuma yang dia tahu dia penat tapi dia perlu pulang. Noah perlu pulang ke rumah walau apa yang terjadi sekali pun. Kerana kali ini, ada seseorang yang menantinya pulang.
Noah tidak lagi keseorangan. Dia punya teman kini. Hanya memikirkan hakikat itu cukup untuk membuatkan dia tersenyum senang semula. Dia bekerja keras bagi menyara keluarganya. Nanti, bila dia berjaya ubati ibu, dia mahu mengambil Rin semula. Sikit saja lagi. Sikit lagi dia akan berjaya satukan semula semuanya.
Noah sedang usahakan terapi bagi ibunya. Ibunya tidak lagi seperti dulu. Sekarang dia telah dapat mengenali Noah. Cuma kadang-kadang ibu akan trauma apabila teringat akan memori lama. Ibu sekarang di pusat pemulihan mental. Dia telah dibebaskan dari hukuman penjara.
Entah berapa lama Noah berjalan dia sendiri tidak pasti. Akhirnya tiba juga dia di rumah. Pagar depan dibuka dan kemudiannya dikunci semula selepas masuk. Pintu rumah diketuk. Tiada jawapan. Noah membuka pintu dengan kunci yang ada dengannya.
Lampu tidak dipasang menandakan tiada sesiapa dirumah. Mata Noah berkelip. Kemana pula perginya? Barangkali ke kedai. Fikir Noah. Dia membuka lampu dan menuju ke dapur lalu mengambil segelas air. Dahaga.
Kreak.. Klik..
Bunyi pintu dibuka dan kemudian ditutup semula membuatkan Noah menoleh ke arah ruang tamu.
"Dah balik? Selamat pulang." suara kecil menegur.
"Dah.. Selamat pulang. Dari mana?" soal Noah dengan senyuman.
"Beli barang dapur untuk makan malam." jawabnya.
Noah berkerut.
"Kenapa tak pesan dekat saya?" tanya Noah hairan.
"Tak apa. Tak banyak pun barang. Cuma beli sayur dengan rempah ratus. Daging dengan ayam ada lagi." ceria saja suaranya lalu dia menyanyi kecil.
Barang-barang yang dibeli diletakkan di atas meja dapur. Noah bangun dari kerusi yang didudukinya tadi dan mengusap rambut si dia yang menyanyi.
"Ahh.. Apa ni. Tak nak la. Ingat orang budak kecil ke?!" cepat saja dia protes lalu menolak tangan Noah ketepi.
Noah ketawa, terhibur melihat si dia merajuk manja.
"Dari dulu sampai sekarang tak berubah. Bila nak membesar ni?" tegur Noah sekadar gurauan.
Dia terus mencebik apabila Noah memerli dirinya. Pipinya dikembungkan. Orang yang pendek paling pantang ditegur tentang tinggi mereka.
KAMU SEDANG MEMBACA
Golden Dust [Revised Ver]
Mistério / SuspenseSt. Margurite Highschool, sekolah yang penuh misteri dan pelbagai kisah aneh. Noah merupakan pelajar pertukaran di sekolah tersebut namun dia dipulaukan kerana latar belakangnya yang datang dari jauh. Suatu hari, Noah telah mengambil keputusan untuk...
![Golden Dust [Revised Ver]](https://img.wattpad.com/cover/69458163-64-k970656.jpg)