Kelibat seseorang membuka tingkap luar biliknya. Puan Cally tersenyum buat kali terakhir sebelum kepalanya ditembak tepat.
Pistol di tangan disimpan. Si pembunuh terdengar bunyi pintu bilik Puan Cally dibuka dan cepat-cepat bersembunyi. Dari tepi dia memerhati kelibat yang ketakutan. Pistol di tangan dicampak ke dalam tong sampah di luar.
******
Lisa bersiul kecil saat tangannya pula sibuk mengacau sup yang sedang mendidih di atas dapur. Setelah dia pasti sup telah masak, api dipadamkan.
Lisa menyediakan mangkuk dan pinggan untuk lauk dan nasi. Hampir 15 minit, semuanya siap sedia. Lisa berjalan ke bilik tuannya untuk memanggil makan tengah hari.
"Aaaaaa!!!!!" jerit Lisa lantang saat dia melihat tubuh tuannya terkulai di atas lantai apabila pintu bilik dibuka.
Niels yang sedang sibuk menulis laporan kerjanya berhenti. Dia bergegas ke arah jeritan tadi.
"Kenapa ni Lisa??" tanyanya pada Lisa yang terduduk di atas lantai. Suaranya cemas.
Lisa menunjukkan ke arah dalam bilik. Niels menelan liurnya. Terkejut. Buat seketika, otaknya berhenti berfungsi.
"Ibu?!" jeritnya apabila mendapati tubuh yang terkulai itu seseorang yang dia kenali. Niels bergegas memeriksa tubuh Cally. Di kepalanya mempunyai lubang kesan tembakan dan darah memercik membasahi lantai dan kawasan sekitar. Tubuh Cally sudah sejuk menandakan masa kematian telah lama berlaku.
Miore yang pada asalnya sedang bersiar-siar di taman sudah pulang. Terkejut melihat Lisa dan ayahnya yang terpaku di bilik utama Puan Cally, dia berlari mendapatkan mereka.
"Lisa? Ayah? Kenapa dengan nenek?" tanya Miore. Dia melihat ayahnya menggeleng kepala. Saat itu tahulah dia bahawa nenek sudah tiada. Niels tidak membenarkan anaknya masuk untuk melihat kerana khuatir akan mengganggu siasatan polis jika ada tersentuh mana-mana di tempat kejadian.
"Miore, telefon polis sekarang." arah Niels.
Beberapa minit kemudian, inspektor Louis bersama lima orang polis datang. Mereka memeriksa mayat Cally. Miore, Lisa, dan Niels diarahkan untuk menunggu di dalam sebuah bilik semasa mereka memeriksa kawasan rumah tersebut.
"Inspektor, kami menjumpai sepucuk pistol dalam tong sampah di luar rumah manakala sepucuk lagi di dalam laci bilik Niels." ujar seorang polis.
Inspektor Louis mengangguk tanda faham. Dia memanggil salah seorang dari ahlinya.
"Kau, pergi soal siasat keluarga mangsa. Mereka adalah suspek utama dalam kes ni. Pastikan alibi mereka dan kisah mereka dengan mangsa. Mana tahu kalau ada motif." arah Inspektor Louis.
Dia mengambil sepucuk pistol tadi yang mana mungkin merupakan senjata pembunuhan dalam kes tersebut. Pistol yang telah dibuang ke dalam tong sampah hanya mempunyai lima kelongsong peluru. Satu darinya kosong menandakan ia telah digunakan. Pistol tersebut jenis Dual Beretta Elites dan satu lagi yang dijumpai di dalam laci merupakan jenis yang sama.
Inspektor Louis menyimpan pistol tersebut sebagai bahan bukti. Dia menuju ke bilik suspek ditahan. Dia bersandar di pintu dan mendengar keterangan suspek.
"Saya Lisa. Pembantu rumah ni. Saya mula bekerja 3 tahun lalu. Puan Cally yang ambil saya bekerja. Puan Cally sangat baik dengan saya. Tapi, cucu Puan Cally tu tak berapa suka sangat dekat saya. Entah la. Cik Miore tu asyik nak marah saja kalau boleh." cerita Lisa pada polis yang menyoal siasat.
"Oh.. Cik Miore tu panas baran ke?" tanya si polis.
"Boleh dikatakan panas baran juga, dia selalu marah kalau saya lambat buat kerja. Tak pun, saja cari gaduh.. dengan ayah dia pun. Dengan Puan Cally lagi la, asyik bertengkar saja. Cik Miore tak suka dengan Puan Cally sebab Puan Cally halau ibu dia, Puan Delia dari rumah ni." rancak Lisa membuka cerita.
KAMU SEDANG MEMBACA
Golden Dust [Revised Ver]
Misterio / SuspensoSt. Margurite Highschool, sekolah yang penuh misteri dan pelbagai kisah aneh. Noah merupakan pelajar pertukaran di sekolah tersebut namun dia dipulaukan kerana latar belakangnya yang datang dari jauh. Suatu hari, Noah telah mengambil keputusan untuk...