Annie laju menyelinap keluar dari pusat beli belah tadi. Dia yang kecil sangat mudah ditolak arus manusia yang berpusu-pusu keluar selepas kejadian yang berlaku. Nasib dia keluar cepat, kalau tidak pasti saja dia menjadi mangsa soal siasat. Laju langkah kakinya diatur tanpa melihat kehadapan, Annie terjatuh apabila dia terlanggar seseorang. Tubuh tinggi itu tertolak ke belakang sedikit.
"Ahh, maaf! Awak tak apa-apa?" soal si lelaki yang dilanggar Annie tadi. Tangannya dihulur untuk membantu.
Annie mengeluh dan menggosok belakangnya yang sakit. Cepat saja dia bangun berdiri. Lelaki dihadapannya dipandang sekilas.
"Err.." lelaki tadi berkerut apabila tangannya tidak disambut malahan gadis itu juga tidak meminta maaf walaupun dia yang berjalan tanpa melihat sekeliling.
"Nak apa lagi?" Annie meninggikan suaranya sedikit sambil mengibas habuk di bajunya dengan tangan. Wajahnya masam mencuka. Gadis bangsawan sepertinya jatuh terduduk, memalukan betul. Sakit terjatuh tadi masih terasa. Tubuhnya kecil saja jika dibandingkan dengan lelaki tersebut.
"Maaf?" soal lelaki tadi, masih lagi memaniskan wajahnya. Letak cermin matanya dibetulkan. Dah biasa hadap perangai macam ni. Lama dia menatap wajah si gadis di hadapan. Entah kenapa dia teringat seseorang. Rambut emas mereka sangat serupa.
"Anna?" laju nama itu terpacul keluar dari mulutnya. Annie mendongak seraya pergerakannya terhenti.
"Nama saya Annie. Annie de'Feldrick." beritahu Annie. Perkara paling tidak disukainya adalah apabila dia dibandingkan dengan orang lain, terutama dengan perempuan tu!
"Oh.. Noah. Nama saya Noah." balasnya dengan senyum. Walaupun dia tak pasti kenapa gadis kecil itu kelihatan tidak puas hati, buat masa sekarang Noah hanya memaniskan wajah.
"Hmph." Sejurus selepas itu, kaki Annie melangkah pergi namun ditarik oleh Noah hingga tubuh kecil itu terdorong ke belakang. Lama Annie terdiam dalam pelukan Noah.
"Awak ni, kalau nak jalan tengok kiri dan kanan. Depan dengan belakang juga." bebel Noah sambil matanya mengekori kereta kuda yang baru saja lalu. Hampir saja kereta kuda tadi melanggar Annie.
Annie cepat-cepat menolak Noah dari terus menyentuhnya. Dia merenung Noah tajam.
"Hmph! Terima kasih." ucapnya namun terselit nada amarah yang ditahan.
Noah tersenyum kecil. Annie terus memandangnya pelik. Entah apa yang lelaki ni suka sangat. Namun dalam masa yang sama, dia tersentak apabila terfikir akan sesuatu. Lelaki ni.. baru saja sebut nama Anna? Tapi tak ada orang yang tahu kaitan dia dan perempuan tu jadi kenapa...?!
Annie lantas menoleh semula ke arah Noah dengan mata yang membulat. Siapa lelaki ni? Apa muslihat dia? Adakah dia merancang sesuatu?
"Hm? Kenapa? Awak nak ke mana?" tanya Noah.
"Pusat beli-belah." Annie menjawab. Dia sendiri hairan sebenarnya kenapa dia beritahu lelaki tu. Senang saja mulutnya berbicara.
"Oh.. sama la. Nak pergi sekali? Mari la." tanya Noah lantas berjalan ke aran pusat beli-belah yang tidak jauh dari mereka.
Annie tidak sempat menolak, dan hanya menurut langkah Noah ke dalam pusat beli-belah tadi. Kelihatan masih ramai orang. Mungkin.. mereka masih tak tahu tentang kejadian yang berlaku di tingkat atas, di bilik pameran contoh.
Noah perasan sesuatu ketika dia masuk ke dalam namun dibiar saja persoalannya tidak dijawab. Mungkin perasaannya saja. Annie di sisinya kelihatan tenang. Walaupun rupa mereka hampir sama, ada sesuatu yang berbeza antara gadis itu dengan Anna yang Noah kenal.
"Ah.. maafkan saya!" ucap seorang perempuan separuh umur yang terlanggar dengan seseorang tidak jauh dari mereka.
"Heh.. jalan tak tahu pandang depan ke?" sinis saja Annie berbisik. Noah mengerling dengan ekor matanya ke arah Annie. Agaknya dia bercakap tak tengok diri sendiri depan cermin. Noah tersenyum kecil.
KAMU SEDANG MEMBACA
Golden Dust [Revised Ver]
Misterio / SuspensoSt. Margurite Highschool, sekolah yang penuh misteri dan pelbagai kisah aneh. Noah merupakan pelajar pertukaran di sekolah tersebut namun dia dipulaukan kerana latar belakangnya yang datang dari jauh. Suatu hari, Noah telah mengambil keputusan untuk...