29

1.9K 140 12
                                    

Anna mencebik. Tangannya erat digenggam. Rasa macam nak tumbuk saja Noah ni. Matanya dikecilkan memandang Noah yang bersahaja itu. Langsung tak ambil kisah ke dia ni atau sengaja berpura-pura?

"Lapar ke? Nak makan apa-apa?" Noah menyoal apabila perasan riak wajah Anna yang berubah.

Anna mengetap bibir. Geram betul dia dengan lelaki yang seorang ini. Dari tadi mereka asyik pusing di tempat yang sama. Jalan kat sekolah ni macam kota sesat. Kadang-kadang mereka sampai di persimpangan jalan mati. Kadang-kadang mereka pusing di tempat yang sama macam sekarang dan dari tadi Noah tak cakap sepatah pun kecuali tanya dia nak makan ke?? Kalau boleh, Anna nak makan Noah!

"Hamba tak guna!" Anna akhirnya tidak dapat menahan lagi perasaannya. Tinggi suaranya menyalahkan Noah sambil menuding jari pada hidung si lelaki.

Noah terkesima. Pertama kali Anna berkata sebegitu. Walaupun dia dah biasa dengan Anna yang asyik marah-marah tapi kali ini sesuatu yang lain dari sebelum ini. Kenapa Anna marah sangat ni?

"Anna?" Noah hilang kata. Dia tidak tahu apa yang patut dia tegur. Kalau salah cakap nanti lagi parah. Perempuan bila mereka marah, lelaki patut minta maaf walaupun bukan salah mereka.

"Huh!" Anna memalingkan tubuh dan berlalu pergi ke arah yang bertentangan. Noah terkejut namun dia ekori jua Anna yang berjalan semakin laju.

Bukan apa, Anna marah sangat sebab dia tahu Noah sedang sembunyikan sesuatu tetapi sejak tadi Noah langsung tidak cakap apa-apa. Dia rasa macam Noah tidak mahu dia tahu kerana takut dirinya risau. Anna tak suka sikap itu pada Noah. Dia terlalu pentingkan diri sendiri. Memang.. Noah pentingkan diri.. Namun, jika Noah sembunyikan semua, Anna juga akan risau tentang Noah.

"Anna! Nak ke mana tu? Tunggu la." Noah akhirnya menarik tangan Anna hingga dia terdorong kebelakang dan terlanggar tubuh Noah. Noah memaut pinggang Anna, takut jika si gadis tersadung jatuh. Mata mereka bertemu.

"Kenapa laju sangat jalan ni? Jatuh nanti macam mana?" Noah serius bertanya. Tak puas hati.

"Lepas la. Hmph!" perlahan namun nada suaranya cukup untuk membuatkan Noah melepaskan pegangannya. Anna berpaling.

"Noah sembunyikan sesuatu bukan?" Anna bertanya jua.

"Sebab tu ke awak marah?" Noah menghembus nafas lega. Dia ingat apa tadi.

"........" Anna masih mendiamkan diri. Dia sedang menantikan Noah untuk menyambung bicara.

Noah mengeluh. Degil betul perempuan kecil seorang ni. Tapi, sebab tu juga dia suka pada Anna. Hmm.. cinta ni memang pelik betulkan? Noah tersenyum tanpa disedari.

"Lelaki gatal." Anna bersuara membuatkan senyuman Noah mati. Matanya terkebil melihat Anna.

"Apa?" Noah bertanya apabila dia tidak memahami apa lagi salahnya yang membuatkan Anna begini.

"Apa yang Noah fikirkan? Pandang Anna lepas tu senyum seorang diri. Menakutkan...." Anna mula memeluk tubuhnya seolah-olah melindungi dirinya sendiri.

Noah yang baru perasan akan maksud Anna terus berona merah mukanya.

"Bukanlah! Bukan!" kepalanya digeleng namun Anna semakin menjauhkan diri.

"Nanti, Anna! Jangan buat andaian sendiri!" Noah mengejar Anna yang semakin laju meninggalkan dirinya.

Anna ketawa kecil namun cuma dia saja yang mengetahui. Noah tidak perasan akan tawa itu. Dia masih mengejar dari belakang. Memang sekarang dia cuma mahu cari jalan keluar tapi bila berdua sesat macam ni, ia bagai menjadi satu alasan untuk mereka bersendirian buat sementara waktu. Entah mengapa Anna rasa masa mereka bersama semakin berkurang.

Golden Dust [Revised Ver]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang