St. Margurite Highschool, sekolah yang penuh misteri dan pelbagai kisah aneh. Noah merupakan pelajar pertukaran di sekolah tersebut namun dia dipulaukan kerana latar belakangnya yang datang dari jauh.
Suatu hari, Noah telah mengambil keputusan untuk...
Annie diam sahaja memerhati Chris yang sedang berjalan menuju ke arahnya. Lama dia menanti pengawalnya itu di pagar rumah agam. Chris hanya memakai baju santai hari itu kerana dia tidak bekerja. Ya, dia yang sepatutnya bercuti pada hari itu tapi masih diganggu Cik Muda keluarga bangsawan tempat kerjanya.
"Cik muda Annie, kenapa masih berada di sini? Mana pengawal?" tanya Chris, hairan kerana si gadis hanya seorang diri.
Annie mendengus geram.
"Barang ni semua, siapa nak angkat?!" marah Annie sambil menunjukkan ke arah beberapa barang yang masih dalam bungkusan tidak jauh darinya.
"Ah.. baru sampai barang yang Cik muda pesan minggu lepas." Chris masih sabar melayan.
"Hmph!" Annie menuding jari ke arah Chris. "Angkat masuk dalam bilik saya sekarang!"
Chris hanya memandang sepi gadis itu yang ingin berlalu pergi namun Annie berhenti setengah jalan dan lama berdiri di situ. Namun, Annie tidak pula menoleh semula kebelakang. Chris seperti memahami apa yang gadis itu inginkan cuma tersenyum dalam hati.
"Nak ke mana tu Cik muda?" tanya Chris tanpa perasaan.
Annie terus berpusing dengan senyuman kecil di bibir yang mana langsung tidak kelihatan jika tidak diperhati dengan teliti. Tetapi senyuman itu hanya mekar beberapa saat sahaja sebelum hilang dari wajah.
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
"Saya nak ke bandar." jawabnya, puas hati dengan persoalan Chris.
Chris hanya melihat dengan pandangan kosong. Tsk, susahnya jadi pengawal keluarga ni. Hari cuti pun perlu bekerja keras.
"Oh.. hati-hati di jalan. Jangan sesat sudah la. Cik Muda perlu pastikan ada pengawal dan jangan berjalan seorang diri." beritahu Chris sebelum mengangkat kotak di depan pagar. Dia melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah agam lantas berlalu dari situ.
Annie memandang Chris dengan pandangan yang tajam seolah-olah dia ingin membunuh lelaki itu. Cuma pengawalnya yang seorang itu saja yang berani buat dia macam tu. Berani melawan arahannya. Orang lain patuh pada setiap arahannya tetapi lelaki itu seperti langsung tidak kisah. Tapi sebaliknya, Annie yang mahukan perhatian si lelaki.
"Hmph! Saya tak akan sesat la!" jerit Annie kepada Chris yang sudah jauh. Sakit hati.
"Oh.. bagus la kalau macam tu. Cik Muda dah pandai jaga diri." balas Chris sebelum hilang dari pandangan.
Annie terlalu geram. Dia mendengus kasar dan akhirnya berjalan seorang diri. Tidak jauh dari pagar rumah agamnya, dia memanggil kereta kuda dan meminta untuk menghantarnya ke bandar. Dia melihat sekeliling. Ramai orang yang tidak dikenali dan dia langsung tidak tahu jalan. Selalunya Chris yang bawa dia ke bandar.
Hari ni Chris cuti dan dia berseorangan di tempat yang dia langsung tidak kenali. Bibirnya dijuihkan, merajuk. Di dalam amarah, dia tidak memaklumkan pada seorang pengawal pun yang dia akan keluar. Annie terlihat akan sebuah plaza yang besar. Wajahnya muram saja. Laju langkah Annie menuju ke plaza tersebut, langsung tidak fikir panjang.