17

2K 182 9
                                    

Noah berjalan beriringan dengan Sofea disisi. Apabila tiba di depan pondok telefon yang sama dia guna sebelum ini, dia berhenti.

"Kenapa berhenti?" tanya Sofea.

"Shh~" Noah membalas laju.

"Apa----"

Tiba-tiba, Noah menolak Sofea masuk kedalam pondok telefon dan sekaligus menghalang pandangan Sofea. Dia menekup mulut Sofea dengan tangannya supaya gadis itu berhenti bercakap.

"......" Sofea terkedu. Wajahnya terasa bahang dengan jarak mereka yang sangat dekat.

"Ada orang ikut kita." bisik Noah sambil menjeling keluar. Seketika selepas itu, dia berhati-hati keluar dari pondok telefon, meninggalkan Sofea di dalam sebagai langkah selamat.

"Chris? Kenapa ikut kami?" soal Noah tegas kepada Chris yang sedang bersembunyi di sebalik tiang.

Lelaki tersebut keluar dari persembunyiannya lalu berhadapan dengan Noah. Tajam dia merenung Noah dan Sofea.

"Kenapa cik muda Sofea ada sekali dengan kau?" tanya Chris sedikit musykil.

"Eh?" Noah terpinga-pinga sebentar. Apa pula Chris merepek ni.

"Saya datang sekali dengan Noah tadi." ujar Sofea sekaligus menyelamatkan Noah dari kemusykilan Chris. Noah menoleh ke arah Sofea, mengeluh apabila dia keluar dari pondok telefon sesuka hati.

"Habis tu, laporan kau diculik tadi palsu? ' Chris menyoal. Dia menerima laporan dari balai yang Noah telah diculik, sebab itu la dia disitu bagi mencari bukti. Apa yang dia tak sangka adalah kelibat Noah dan Sofea yang dia jumpa.

Noah menepuk dahi. Alahai.. Sofea punya pasal la ni. Siapa pula yang buat laporan?

"Loporan di balai?! Habislah!" Sofea mula cemas.

"Ada saksi yang nampak dan dia terus buat laporan polis. Sebab tu la aku pelik bila tengok kau ada dengan cik muda Sofea. Aku asalnya cuma nak siasat tempat kejadian." Chris bersuara, menerangkan niat sebenar.

"Annie?" soal Noah apabila kelibat gadis kecil itu tidak kelihatan.

Riak wajah Sofea bertukar sedikit. Annie? Noah kenal dengan cik muda Annie? Annie de'Feldrick tu?!

"Dah hantar balik rumah." Chris menjawab selamba. Noah mengangguk.

"Kes tadi macam mana?" Noah menyoal lagi.

Chris mengeluh lemah. Dia bersandar ke dinding dan menyilang tangan pada dada.

"Tentang kes tu, jom ikut aku." Chris tersenyum.

******

Kaki Anna laju dihayun melangkah ke arah pusat beli belah bersama yang lain di belakangnya. Kelibat Cikgu Maria yang mengekori mereka dah hilang. Sesat la tu. Cikgu Maria memang selalu sesat. Louis pula berjalan bersama Alise disisinya. Ternyata Anna kurang senang dengan perempuan bangsawan itu.

"Dah sampai." Louis bersuara apabila tiba di lokasi pembunuhan kes pertama dan ketiga. Mangsa ditemui mati di kawasan berdekatan deretan kedai yang sama.

Lama Anna memerhati sekitar kawasan deretan kedai tersebut sehinggalah matanya terlihat akan cermin di dalam bilik persalinan pakaian. Anna masuk ke dalam.

"Ada apa?" Louis bertanya namun dia terdiam apabila ternampak Anna menolak cermin tersebut ke tepi.

"Ada bilik kosong kat belakang ni." Anna bersuara.

"Ah, itu tempat simpan barang kedai." terang si pekerja. Anna melihat ke arah wanita yang bekerja sebagai jurujual kedai tersebut.

"Ada orang tahu pasal hal ni?" soal Anna.

Golden Dust [Revised Ver]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang