St. Margurite Highschool, sekolah yang penuh misteri dan pelbagai kisah aneh. Noah merupakan pelajar pertukaran di sekolah tersebut namun dia dipulaukan kerana latar belakangnya yang datang dari jauh.
Suatu hari, Noah telah mengambil keputusan untuk...
Noah mengeluh. Dia berdiri di antara Anna dan Sofea lantas mematikan perlawanan mata antara mereka.
"Anna.. tak boleh berkasar dengan orang yang baru awak kenal. Macam mana nak buat kawan?" nasihat Noah. Wajahnya tegas memandang Anna.
Anna yang tadinya berasa geram terkejut melihat Noah. Tidak pernah lagi lelaki itu meninggikan suaranya sebelum ini. Anna mengembungkan pipinya. Dia cuba menahan dirinya daripada menangis. Anna tidak tahu mengapa dia berasa sedih tiba-tiba apabila ditengking begitu.
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
"Ahaha.. kalau dah budak kecil tu.. budak juga. Tak matang langsung." ujar Sofea sinis. Dia mengecilkan matanya memandang Anna bangga.
"Sofea pun!" marah Noah.
Sofea yang tadi tersenyum terus mati senyumannya. Dia memandang Noah dengan mata yang dibesarkan.
"Eh.. Aku pula! Budak kecil ni la yang mula dulu!" Sofea menuding jari ke arah Anna.
Noah disisi terus mengeluh. Mereka berdua ni macam anjing dan kucing. Baru berjumpa dah bergaduh.
"Jadi.. kenapa dengan kes di taman sekolah?" tanya Noah mengubah topik.
Anna mencebik lalu mengeluarkan paipnya.
"Fuhh, Anna akan selesaikannya." ujar Anna sambil meniup asap keluar. Satu per satu kesemua pecahan yang tadinya tidak lengkap bercantum menjadi sebuah imej semula. Asap berbau wangi itu ditiup angin.
"Hantu kat taman ni tak wujud. Sofea la hantu tu. Dia takutkan pelajar lain menggunakan kisah hantu yang ada dan buatkan seperti hantu tu wujud supaya tak ada orang berani dekat dengan taman ni." beritahu Anna.
Sofea tersenyum sinis. "Huh, itu je?"
Noah memandang Sofea tajam dan Sofea terus berhenti mencari gaduh. Tiba-tiba dia tak berani tunjuk taring di depan Noah.
"Motif?" tanya Noah.
"Dia nak bagi lelaki tadi masuk. Orang yang bukan pelajar atau kakitangan sekolah tak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Jadi, Sofea takutkan orang supaya lelaki tadi dapat masuk dan beri bunga pada tempat kematian Hally." sambung Anna.
Wajah Sofea mulai berubah. Dia memandang Anna kagum seketika. Hairan kerana Anna mengetahui segala rahsianya. Namun dalam masa yang sama, dia sedikit takut dengan perempuan kecil itu.
"Siapa lelaki tadi tu? Apa kaitan kematian Hally dengan dia?" tanya Noah pula penuh minat.
Baru saja Anna mahu menjawab, Sofea terus memotong kata-kata Anna.
"Atuk.. lelaki tu Atuk saya. Dia mahu hargai wanita yang pernah dicintai olehnya suatu masa dulu. Namanya David Allan. Dia sangat cintakan Hally dan sanggup buat apa saja untuk Hally. Tapi.. Hally cintakan orang lain." ceritanya.
"Atuk saya masih tetap sayangkan Hally walaupun Hally milik orang lain. Bila kekasih Hally tinggalkan Hally, dia fikir dia ada peluang tapi permintaan Hally mengejutkan Atuk. Pada musim luruh, Hally minta Atuk saya untuk membunuhnya sebab dia tak nak hidup lagi. Tapi, Atuk saya tak dapat lakukannya. Jadi, Hally bunuh dirinya sendiri di bawah pokok tu."