Pagi yang hening itu membuatkan Noah asyik meninjau ke luar tingkap kelasnya. Boleh dikatakan sudah hampir seminggu dia kenal dengan Anna. Meja kosong tanpa penghuni di sebelah Noah kelihatan berhabuk dihujung kelas. Meja tersebut sudah hampir separuh semester tahun itu dibiarkan tanpa penghuni.
Noah yakin tempat itu milik Anna. Gadis yang tidak pernah menghadirkan diri ke kelas sebaliknya cuma duduk di perpustakaan untuk membaca buku. Kenapa dia tak hadir ke kelas? Barangkali terlalu takjub membaca buku hingga lupa akan masa yang berlalu.
"Noah? Noah!" namanya dipanggil berulang kali oleh cikgu Maria.
Noah yang sedang mengelamun terus tersedar dari lamunannya. Dia memandang cikgu Maria di depan kelas dengan mata yang berkelip.
"Kamu dengar tak apa yang saya cakap tadi?" tanya cikgu Maria. Pelajar dalam kelas mula berbisik sesama sendiri apabila melihat reaksi Noah.
"Ha?" Noah bertanya. Dia langsung tidak mendengar apa yang cikgu Maria ajar tadi.
"Noah.. sila ikut saya ke bilik guru. Baiklah pelajar, kelas tamat sampai disini." ujar cikgu Maria. Dia mengemas bukunya dan para pelajar memberi tunduk hormat.
Noah mengekori cikgu Maria keluar.
"Tengok tu.. entah apa la yang dia fikir. Hish.. seram. Awak ada dengar tak yang dia berkawan dengan pari-pari kat perpustakaan tu?" bisik seorang pelajar yang kata-katanya sempat ditangkap telinga Noah sebelum melangkah keluar kelas.
Noah berkerut. Pari-pari? Dia melajukan langkahnya untuk ke bilik guru.
"Noah.. kamu dah jumpa dengan Anna kan? Perempuan kecil tu." tanya cikgu Maria setiba saja di bilik guru.
"Eh? Macam mana cikgu tahu?" Noah bertanya kembali, pelik.
"Hehe.. mestilah cikgu tahu. Boleh kamu bagi nota kelas ni kat Anna nanti?" hulur cikgu Maria. Noah memandang helaian kertas di tangan cikgu Maria sebelum dia mengambilnya. Ingatkan apalah tadi, rupanya nak minta tolong.
"Lepas tu kalau boleh, pujuk la Anna masuk kelas." rayu cikgu Maria pula.
"Kenapa pula saya?" malas saja Noah bertanya. Dia mengeluh. Anna kalau baca buku, Noah di tepi pun dia layan macam angin lalu.
"Ala, tolong la. Anna dah tak nak cakap dengan saya lagi." rayunya lagi. Cikgu Maria mengeluarkan sapu tangan dan mengelap air mata yang tidak kelihatan sebelum menghembus hingus yang tak wujud.
"Haish..." keluh Noah. Dia meminta diri setelah berjanji akan mencuba meyakinkan Anna untuk masuk ke kelas.
Dengan helaian kertas untuk Anna ditangan, Noah berjalan menuju ke perpustakaan di blok belakang. Sepanjang koridor, Noah dapat mendengar pelbagai bisikan negatif pelajar yang lalu lalang melintasi dirinya.
"Itu la pelajar rambut hitam yang malang."
"Tengok, seramnya rupa dia. Semua serba hitam. Anak mata dia pun hitam, macam nak telan orang saja."
"Aku rasa kalau dia buka cermin mata tentu matanya bertukar warna.. ahh!! Menyeramkan!"
Dalam fikiran, Noah berfikir, "Kalau mata aku boleh bertukar warna, mereka ingat aku ni vampire ke?"
"Ish.. janganla lalu sebelah aku. Macam mana kalau nanti nasib malang berjangkit."
"Rupa dia macam malaikat maut, gelap dan seram la aura dia."
"Eh? Mana kau tahu rupa malaikat maut macam mana?"
Noah mengetap bibirnya. Dia mengenggam kejap helaian kertas di tangan dan berlari dari koridor sekolah. Noah ingin cepat pergi dari situ. Sakit hatinya mendengar cacian pelajar lain. Tali lehernya dilonggarkan sedikit dan Noah memperbetulkan letak cermin matanya supaya tidak tertanggal.
KAMU SEDANG MEMBACA
Golden Dust [Revised Ver]
Misterio / SuspensoSt. Margurite Highschool, sekolah yang penuh misteri dan pelbagai kisah aneh. Noah merupakan pelajar pertukaran di sekolah tersebut namun dia dipulaukan kerana latar belakangnya yang datang dari jauh. Suatu hari, Noah telah mengambil keputusan untuk...