27

1.9K 154 17
                                        

Dia ketawa sambil tangannya masih lagi dihayun memukul kepala si mangsa dengan penukul besi hingga hancur wajah tersebut. Darah memercik ke merata tempat dan membasahi si dia yang membunuh seorang lagi mangsa. Lumuran darah itu dilap jua setelah dia lenguh memukul. Penukul besi dicampak ke tepi.

Nafasnya dihembus lega. Wajah mangsanya yang hancur dipandang sambil tersenyum gembira. Dia  duduk disisi mangsa sambil menongkat dagu dengan kedua belah tangan.

"Hei.. aku bukan apa tau, kau janganlah marah. Aku buat semua ni sebab aku nak ambil hak milik aku je. Kau tu yang meminjam. Hutang perlu la dibayar semula, bukan?" dia bersuara.

Gunting besi didalam poket seluarnya dikeluarkan lalu ditusuk ke perut dan dirobek-robek hingga dia dapat mengambil buah pinggang mangsa. Si pembunuh tersengih sebelum bangun dan keluar dari bilik tidur mangsa. Pakaiannya yang berlumuran darah ditukar di dalam tandas dengan pakaian baharu.

"Ahaha.. tengok ni adik. Ada buah pinggang baru untuk adik. Macam mana dengan mata sebelum ini? Cantik tak? Adik suka?" soalnya apabila dia tiba di bangunan utama.

Dia memberikan buah pinggang tadi kepada seseorang yang dia gelar 'adik'. Rambut panjang 'adik' dibelai-belai dengan lembut. Senyuman masih lagi menghiasi wajahnya. Saat itu dia rasa sangat bahagia namun apabila 'adik' tidak membalas pelukannya dia mula memberontak. Ditolaknya kasar tubuh 'adik' dan dia berjalan pergi dari situ tanpa berkata apa-apa lagi.

*******

Noah memerhatikan Anna dari tepi pintu disebalik meja dihujung bilik. Gadis itu sedang menukar pakaian namun entah kenapa Noah tidak mampu mengalihkan pandangannya.

"Janganlah pandang!" Anna akhirnya membaling sebuah buku yang dicapai dari atas meja ke arah Noah.

"Aduh!!" Noah jatuh terduduk sambil memegang kepalanya. Bukan niat dia nak perhati namun sesuatu tentang Anna lain daripada yang lain. Wajahnya berona merah disebabkan malu dan juga perasaan lain.

Noah mencebik. Dia memusingkan tubuhnya menghadap pintu. Noah masih lagi memikirkan tentang perempuan yang dia lihat di atas tren dan juga di tangga sebelum ni. Rupa mereka mungkin sama namun ada sesuatu yang berlainan. Tapi apa? Noah sendiri tidak pasti. Sebelum ini dia rasa perkara itu seperti khayalan tapi sekarang dia pasti itu bukan sekadar perasannya.

"Dah.. jom keluar." ajak Anna setelah dia siap menukar pakaiannya.

Noah menutup pintu bilik dan mengikut Anna dari belakang semasa menuruni tangga. Sampai saja ditengah tangga, Noah terhenti. Dia melihat patung yang dia alih semasa naik sebelum ini.

"Kenapa?" soal Anna hairan apabila mendapati Noah tidak bergerak.

"Patung tu.. Ingatkan dia pejam mata tadi. Salah nampak kot." Noah tersenyum kepada Anna. Sebenarnya dia tak mahu Anna takut tapi memang Noah tak sedap hati dengan patung yang dipamerkan di situ. Patung tersebut kelihatan sangat hidup. Terus ditariknya tangan Anna untuk cepat-cepat berlalu pergi.

Anna mengecilkan matanya melihat tingkah Noah yang pelik. Dah kenapa pula si Noah ni takut semacam? Anna memandang akan tangannya yang dipegang Noah kemudian ditoleh semula kebelakang. Patung itu diperhati Anna tanpa berkelip. Dia tersentak apabila kepala patung itu bergerak melihat kearahnya dan bibirnya menguntum senyuman besar.

"Giheek??" tanpa disedari satu bunyi pelik dihasilkan mulutnya akibat terlalu terkejut.

Noah berhenti berjalan. Dia memandang Anna di sebelah sambil menjongket keningnya.

"Aa.. aaa.. cepat jalan hamba! Hamba mana boleh lawan cakap tuan dia! Jalan, sambung jalan. Cepat!" Anna laju menutup malu sendiri sambil tangannya memukul bahu Noah. Lelaki itu ditolak supaya menyambung perjalanan yang tertunda. Noah mengaduh kecil. Bukan apa, Anna ni nampak je kecil tapi bila pukul orang sakit betul.

"Tahulah! Hish.. dia tu yang buat bunyi pelik!" Noah menangkap tangan Anna dengan yang tidak pandai duduk diam. Wajahnya dibuat serius. Anna terdiam.

Melihat Anna seperti kaku disitu Noah tersenyum. Dia rindu nak tengok Anna marah-marah macam ni sebenarnya. Akhirnya Noah ketawa sambil menarik Anna yang seperti dalam dunianya sendiri itu keluar. Malam pesta itu masih lagi berlansung namun Noah mahu cepat keluar dari sekolah tersebut. Dari mula dia jejak kaki ke sekolah tu, dia dah tak sedap hati. Ada sesuatu yang pelik tentang sekolah ni. Buat bulu roma sesiapa saja meremang.

Anna dan Noah melilau mencari jalan keluar disebalik orang ramai dan gerai-gerai serta khemah. Jalannya semakin sukar untuk dicari apabila terlalu banyak manusia yang menghalang. Noah mengeluh. Dia melihat Anna disisi. Gadis itu seperti kesejukan. Terus dibuka mafla dileher dan diberikan pada Anna.

"Eh?" Anna merenung Noah.

"Malam ni sejuk, pakai la. Nanti demam." beritahu Noah sambil melilitkan mafla tadi ke leher Anna. Setelah itu, dia terus kembali memandang sekeliling mereka untuk mencari jalan keluar.

"Maaf, boleh saya tumpang tanya?" satu suara menegur.

"Ya.. ada apa?" soal Noah. Dia dan Anna memerhati seorang remaja perempuan yang mungkin seusia dengan mereka. Dia memakai beberapa helai baju sejuk yang dipandangan mata orang lain mungkin agak pelik. Beberapa helai baju sejuk tebal yang tidak sama saiz berbalut secara tidak sekata pada tubuh remaja itu.

"Ada nampak ayah saya tak? Atau mak saya? Nama mak saya Jane. Ah, saya Brunette. Saya dah sesat ni. Tadi mak saya pergi dengan ayah saya dan nampaknya mereka dah lupa yang saya ikut sekali." ujarnya semakin lama semakin perlahan. "Mereka pakai baju warna hitam dan hijau muda. Perempuan rambut panjang dengan beg besar. Lelaki pegang jambangan bunga ungu."

Noah berkerut. Tak berapa faham dengan ayat perempuan bernama Brunette tersebut. Anna disisinya mengeluh.

"Jalan terus ke hujung sana. Mak awak ada dalam khemah nombor 2. Mereka tengah tengok pertunjukan silap mata." beritahu Anna.

"Betul ke? Terima kasih!" jawabnya gembira sebelum berlalu pergi.

"Mana Anna tahu?" Noah menyoal apabila Brunette hilang dari pandangan. Pelik juga apabila Anna dapat faham apa yang ditanya malah menjawab persoalan gadis tadi.

"Dia ada pakai keronsang yang sama dengan wanita yang lalu tepi kita tadi. Lepas tu lelaki yang berdiri sebelah wanita tu pegang jambangan bunga ungu." Anna lembut menerangkan pada Noah.

Noah membuntangkan matanya. Masa bila pula Anna perhati semua benda tu? Noah jadi tak keruan sendiri. Melihat Noah yang seperti tidak tentu arah Anna ketawa kecil. Noah terkesima. Apabila Anna perasan, terus dia berpura-pura batuk dan berpaling wajah dari Noah.

"Heh.. itu pun tak perasan ke? Apalah! Senang je.. hehe.." Anna mengeluarkan sesuatu dari kocek bajunya dan menunjukkan kepada Noah. Sekeping gambar keluarga.

"Ha?? Ni bukan gambar Brunette tadi ke? Gambar keluarga dia? Kenapa awak ada gambar keluarga orang? " Noah merampas gambar ditangan Anna dan lama dia perhati gambar tersebut.

"Lelaki yang bawa bunga tu tercicir tadi, jadi Anna kutip. Tak sangka pula jumpa anak dia." Anna memberitahu.

"Hurm.. keluarga berempat. Tapi tak ada pula nampak seorang lagi? Adik dia?" Noah mengomel sendiri.

Anna merenung Noah yang sedang ralik melihat gambar tersebut. Bukan itu yang Anna risaukan tapi sebaliknya Anna risaukan tentang keselamatan Noah. Sejak Noah sampai, Anna dapat rasakan sesuatu bakal berlaku. Tambahan pula, Anna terlihat akan seseorang yang amat dia kenali sedang memerhatikannya dari beranda atas bilik pengarah sekolah tersebut. Kalau boleh, dia mahu cepat-cepat tinggalkan kawasan sekolah.

"Noah, kalau Anna cakap sesuatu akan jadi nanti.. sanggup tak Noah tolong Anna?" tanpa dia sedari, dia telah meminta bantuan lelaki itu.

Noah terdiam. Pertama kali Anna memohon pertolongannya. Gambar ditangan kini tidak lagi menarik minatnya.

"Apalah.. bukan ke hamba tu kena ikut cakap tuan dia? Jadi.. wahai cik muda, sila beri arahan pada saya." Noah tersenyum sambil dia melutut dihadapan Anna. Seronok pula dapat buat macam tu, seolah-olah dia adalah butler peribadi Anna yang setia.

Anna tidak lagi dapat sorokkan seyumannya. Dia menghulurkan tangannya pada Noah dan disambut mesra.

"Saya janji akan lindungi cik muda." Noah masih lagi dengan lakonannya. Dia mengucup lembut belakang tangan Anna yang disambut tadi. Anna terkesima. Namun di dalam dadanya, jantung berdebar dengan hebat.

Golden Dust [Revised Ver]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang