01

4.6K 289 32
                                        

Noah sibuk mengemas mejanya yang diconteng dan ditumpahkan gam melekit di kelas pagi itu. Setelah siap, dia mengumpul pula sampah sarap di sekeliling kawasan tempat duduknya. Pelajar sekelas berbisik sesama sendiri.

Ada yang mencuri pandang ke arah Noah. Dia sudah biasa begitu. Setiap hari, tidak sah jika tidak dibuli. Namun, Noah tidak peduli dan terus buat halnya sendiri. Disebabkan itu, pembuli tersebut semakin ligat membulinya.

Noah mengeluh. Dia membawa sampah sarap tersebut dan membuangnya di tong sampah luar. Selesai sahaja, loceng terus berbunyi. Noah kembali ke tempat duduknya. Guru kelas masuk dan bertanyakan tentang kedatangan.

"Liam?"

"Ya Saya."

"Myra?"

"Saya cikgu."

"Noah?"

Noah yang sedang merenung ke luar tingkap hanya diam. Guru kelasnya mengeluh Namun tetap menanda kedatangan Noah. Guru kelasnya memandang Noah beberapa kali sebelum meneruskan tugasnya sehinggalah nama yang terakhir.

"Anna?"

Diam. Tiada sesiapa yang bersuara menyebabkan semua pelajar memandang ke arah satu Sama lain.

"Cikgu Maria, mana ada pelajar nama Anna. Dah berapa kali cikgu salah." tegur Si ketua kelas. Sejak awal semester lagi, cikgunya selalu memanggil nama pelajar yang tak wujud di kelas mereka.

Cikgu Maria yang merupakan Guru kelas mereka hanya tertawa kecil seperti biasa. Selepas itu, terus Cikgu Maria mulakan kelas. Subjek pada pagi itu ialah sejarah.

"Baiklah, hari ni masuk bab 3. Dalam bab ni, kita belajar pasal sejarah bandar ni. Bandar Sovier dibuka pada tahun 1849. Tengok pada buku teks kamu." ujar cikgu Maria.

Semua pelajar sibuk melihat ke dalam buku masing-masing. Noah memandang gambar dalam buku teks tersebut. Bandar Sovier dibuka seratus tahun dahulu. Sama umur dengan bangunan sekolah St. Margurite Highschool kerana sekolah tersebut dibina pada masa yang sama bandar Sovier dibuka.

Terasa lama masa berlalu. Noah langsung tak dapat fokus. Fikirannya pada tempat lain. Dia terfikir tentang tempat asalnya yang jauh dari Bandar Sovier. Noah merupakan pelajar pertukaran dari negara lain.

Dia datang untuk belajar. Noah merupakan pelajar cemerlang dan mendapat tawaran untuk menyambung belajar di Bandar Sovier yang terletak di negara sebelahnya.

Sebulan yang lalu, Noah tiba di St. Margurite Highschool. Pada mulanya dia sangat teruja namun keadaan berubah selepas hari pertama di kelas. Pelajar yang lain menjadi takut dengannya dan akhirnya Noah menjadi mangsa buli. Semuanya disebabkan rupa Noah yang berbeza. Di negara tempat Noah belajar, semua orang rambut berwarna perang, coklat atau kuning.

Tetapi, warna rambut Noah yang hitam pekat menyebabkan pelajar menjadi takut kerana di St. Margurite, cerita seram dan paranormal adalah sesuatu yang tidak asing. Pernah suatu masa dahulu, kononya ada pelajar berambut hitam di sekolah itu mati dibunuh.

Sejak itu, pelbagai kejadian aneh berlaku. Pelajar menggelarnya sebagai sumpahan. Sesiapa yang berambut hitam akan membawa malang. Maklumlah, si gagak hitam selalu dikaitkan dengan kematian.

"Baiklah, kelas tamat hingga di sini. Pastikan kamu siapkan nota Saya." suara cikgu Maria mematikan lamunan Noah. Kelam-kabut Noah mengemas mejanya.

Semua pelajar berdiri dan memberi tunduk hormat sebelum cikgu Maria keluar.

"Oh Ya, Noah.. ikut saya sekejap." ujar cikgu Maria sebelum beredar menyebabkan pelajar lain memandang Noah.

"Mesti ada sesuatu.." bisik mereka.

"Malangnya dia.. kena panggil dengan cikgu. Ada la tu benda dia buat?" balas antara mereka.

Noah mempedulikan pandangan dan bisikan mereka. Dia mengekori cikgu Maria hingga ke bilik Guru. Setiba di meja cikgu Maria, Noah membetulkan letak cermin matanya.

"Noah, ini peta sekolah ni. Saya ingat nak bagi semalam tapi terlupa. Harap kamu tak sesat dah lepas ni." senyum cikgu Maria semasa memberikan kertas lakaran tersebut kepada Noah.

"Terima kasih, cikgu." ucap Noah.

Cikgu Maria duduk di atas kerusinya dan memandang Noah penuh minat.

"Kamu ada masalah ke?" tanyanya.

"Tak ada.. kenapa cikgu?" balas Noah dengan yakin.

Cikgu Maria tersenyum. "Tak adalah.. saya perasan dalam kelas kamu selalu termenung. Lepas tu kamu selalu seorang. Noah tak ada kawan ke?"

Noah terdiam. Terfikir jika perlakuanya sangat nyata.

"Entah la cikgu." jawabnya sambil mengeluh.

"Cuba la pergi perpustakaan kat belakang blok sekolah tu. Kat situ banyak cerita hantu. Pelajar kat sini, semua suka cerita seram. Mana lah tahu kamu dapat buat kawan lepas ni." cadang cikgu Maria.

Noah senyum.

"Saya cuba. Terima kasih cikgu." ujar Noah sebelum beredar. Keluar sahaja dari kawasan bangunan sekolah, Noah mengeluh. Jauh dia berjalan untuk pulang ke dorm tetapi tiba di separuh jalan, Noah berhenti. Noah menoleh ke belakang dan memerhati bangunan sekolah tersebut.

Dua bangunan paling tinggi menarik minat Noah

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Dua bangunan paling tinggi menarik minat Noah. Dia melihat peta yang diberi cikgu Maria. Bangunan di sebelah kiri adalah menara Jam manakala bangunan di sebelah kanan adalah perpustakaan. Noah terus berlari ke arah dimana bangunan perpustakaan terletak.

Dalam hati, dia tidak sabar untuk mengetahui kisah seram dalam sekolah tersebut. Sebenarnya, jauh di sudut hati, Noah inginkan kawan.

Golden Dust [Revised Ver]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang