16

2.2K 174 15
                                        

Laju langkah kaki Noah menuju ke arah pusat beli belah tadi namun sekelibat yang melintas di sekumpulan orang ramai membuatkan dia berhenti seketika sebelum berlari ke arah berlainan. Lama matanya mencari. Sofea yang mengejar dari belakang tercungap-cungap. Dia memandang Noah dengan kening yang bertaut, pelik saat lelaki itu tiba-tiba menukar jalan sejurus selepas mereka tiba.

"Noah? Kenapa?" tanya Sofea kehairanan.

Noah masih sibuk mencari. Kepalanya dipusing ke kiri dan kanan, matanya melilau pada sekitar mereka.

Kenapa Anna ada kat sini? Betul ke itu Anna atau matanya yang salah nampak? Tapi tak mungkin. Anna mana nak keluar dari sekolah tu, bila diajak pasti akan ditolak. Fikiran Noah jauh melayang.

"Noah!" sergahan dari Sofea disisinya membuatkan Noah terkedu. Dia menoleh ke arah Sofea.

"Aku panggil banyak kali.. Kau ni kenapa?"

"Maaf. Tak ada apa-apa la. Jom." Noah menggeleng seraya kembali berjalan semula.

Dari jauh, sesusuk tubuh lelaki sedang memerhatikan Noah. Dia membetulkan topinya dan saat itu lengan bajunya ditarik oleh seseorang disisi.

"Jo.. kita perlu pergi dari sini cepat." suara lembut dari wanita disebelahnya membuatkan dia terbuai seketika. Wanita itu kecil sahaja, sekilas pandang ramai yang salah faham difikir anak gadis.

"Jo! Kita perlu pergi sekarang." wanita itu meninggikan sedikit suaranya menyebabkan si lelaki tadi mengangguk. Mereka meninggalkan kawasan itu sejurus kemudiannya dengan kereta kuda yang ditahan oleh wanita itu.

*******

Anna mencebik. Pipinya dikembungkan tanda protest apabila Louis membawanya ke balai.

"Cakap nak tolong Noah!" perlahan saja dia membebel tapi sempat ditangkap oleh telinga Louis.

"Sebelum tu, kita kena selesaikan kes ni dulu." ujar Louis.

Dihujung tempat menunggu, mata Anna dapat melihat seorang wanita muda yang mana dari gayanya mungkin golongan bangsawan. Lama Anna perhatikan wanita itu yang sekejap dia bangun dan kemudiannya mundar-mandir di kawasan menunggu. Seketika kemudiannya dia duduk kembali. Perkara yang sama diulang-ulang seperti dia sedang resah memikirkan sesuatu.

Pegawai Oscar keluar dari sebuah bilik dan menyerahkan satu fail kepada Louis. Fail tersebut ialah fail keterangan saksi dan suspek. Louis memanggil Anna agar mengekorinya. Cikgu Maria yang tadinya curi-curi ikut duduk terhendap-hendap di tepi tingkap. Louis dan Anna dah perasan dari tadi lagi tapi dibiarkan saja Cikgu tu. Malas nak dilayan.

"Baca la dulu." Louis menghulur fail tadi kepada Anna.

Anna duduk di atas kerusi dan tangannya membuka fail tersebut. Terus dibeleknya satu per satu.

Kes pertama seorang pengawal pusat beli-belah. Perempuan, mati ditembak di bahagian perut. Mangsa memakai cincin di jari manis. Tiada kaitan dengan mangsa kedua dan ketiga. Tiada keluarga dan menurut saksi dan sahabat, mangsa seorang yang pendiam dan tidak banyak berbicara. Mangsa ditembak ketika ingin pulang ke rumah selepas tamat bekerja pada malam hari.

Kes kedua pula perempuan dari keluarga bangsawan, mati diracun dan berlaku di pusat beli belah yang sama. Mangsa bersama rakan telah makan di sebuah restoran sebelum itu namun mangsa mati apabila sedang berjalan di dalam pusat beli belah secara tiba-tiba. Tiada racun ditemui di dalam makanan mangsa. Mangsa memakai cincin yang sama seperti mangsa pertama.

Kes ketiga, terjadi di pusat beli-belah yang sama juga. Perempuan dari keluarga bangsawan yang mana mati ditikam. Jari manis sebelah kanan memakai cincin yang serupa seperti mangsa yang lain. Keterangan dari saksi, orang yang menikamnya memakai kot bewarna coklat dan menikam mangsa apabila mangsa bersendirian ketika mencari pakaian di sebuah butik. Suspek melarikan diri sejurus selepas menikam mangsa.

Golden Dust [Revised Ver]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang