26

1.9K 158 4
                                        

Lama matanya menatap sekujur tubuh yang terbaring lemah di atas lantai sambil itu bibirnya menguntum senyuman. Darah yang mengalir dari semakin membanjiri kawasan sekujur tubuh tadi namun tidak dia peduli. Kakinya melangkah jasad yang kini sudah terpisah rohnya, kaku tidak berkutik.

Ketawanya pecah jua. Bilik kosong itu bergema dengan hilaian tawanya yang menyeramkan. Besi panjang yang dia gunakan tadi dicampak ke tepi. Dia menunduk dan akhirnya melutut di tepi mangsa sambil tangannya membelai lembut pipi si mati.

"Kau nak tahu sesuatu? Kau patut bersyukur sebab hidup selama ni. Kau hidup pun sebab aku yang tolong. Sekarang ni, aku nak ambil semula apa yang dulu adalah milik aku." dia berbisik halus.

Senyumannya masih lagi menghiasi wajahnya. Dia menyentuh pula mata mangsa yang kini terpejam tidak lagi akan dibuka. Sambil tersengih, perlahan-lahan tangannya membuka mata itu sebelum mengorek keluar bola mata di dalam. Setelah itu dia mengorek sebelah lagi bola mata dan ketawanya pecah seolah-olah dia terhibur dengan tindakannya itu.

"Cantiknya.. macam kristal." dia membelek bola mata ditangan dan dibawa ke pipi sambil menghembus nafas lega. Dia membelai apa yang ditangannya itu macam guli.

Mayat itu dibiarkan saja. Dia berlalu pergi dari situ setelah dapat apa yang dia inginkan. Tanpa ada sesiapa yang mengetahui arah tuju atau tindakannya itu, dia menyelinap masuk dicelahan orang ramai. Baju yang tercalit merah darah ditutup dengan baju sejuk yang dia sarung di atas. Tanpa sesiapa menyedari, pembunuh telahpun bercampur dengan orang ramai di pesta yang meriah dijalankan saat itu.

*******

Helena menghembus nafas lega saat dia melihat anak kesayangannya itu selamat dan sihat. Bibirnya menguntum senyuman kecil. Joseph mengerling dari ekor matanya dengan perasaan tidak puas hati. Dia sendiri hairan mengapa Helena sangat sayangkan anaknya itu sedangkan dia tidak rela berkahwin dengan lelaki yang telah merosakkan hidupnya.

"Kenapa awak sayang sangat pada dia?" soal Joseph apabila dia tidak lagi mampu membendung perasaan ingin tahunya.

Helena menoleh sedikit supaya dia dapat melihat lelaki itu. Anak matanya yang bewarna kuning kehijauan itu merenung Helena dengan penuh kasih. Helena perasan perkara itu namun dia hiraukan. Dia tidak rasa dirinya mampu untuk bercinta semula selepas semua yang telah berlaku. Lagipun, cukuplah kasih sayangnya pada anaknya sahaja.

"Sebab dia nyawa saya." pendek saja jawapan Helena.

Sejak tadi dia hanya duduk di atas atap menara bangunan utama untuk memerhatikan Anna. Setelah melihat budak lelaki itu membawa Anna keluar dengan selamat, dia amat bersyukur sekali. Akhirnya ada juga manusia yang ikhlas menyayangi anaknya. Seseorang yang dia boleh harapkan untuk bantu Anna.

"Awak nak kemana pula lepas ni?" soal Joseph apabila nampak akan Helena yang mula bangun untuk berdiri.

"Nak ke mana lagi.. nak pastikan lelaki tak guna tu tak rosakkan rancangan kita." balas Helena. Dia berjalan dengan berhati-hati untuk turun.

"Hati-hati." Joseph menghulurkan tangannya namun tidak dipedulikan oleh wanita itu.

Namun kaki kecil Helena tergelincir jua walaupun dia berhati-hati. Atap menara itu licin dengan lumut yang berkumpul setelah lama terbiar. Wanita itu tersentak apabila tubuhnya melayang jatuh ke arah bawah.

"Helen!" Joseph terkejut, wajahnya pucat lesi bagai semua darah telah hilang dari tubuh. Dia pantas mencapai pinggang Helena dan dipegang tubuh kecil itu dengan kejap. Dia menarik Helena kedalam pelukan dengan sebelah tangan sedang sebelah lagi tangannya mencapai atap yang sipi-sipi mampu menahan berat dua orang manusia dewasa.

"Awak ni, kan saya dah cakap hati-hati?!" Joseph menegur. Dengan seluruh kudrat yang ada, dia menarik diri mereka ke atas di tempat yang lebih selamat.

"Maaf.. saya menyusahkan awak lagi." Helena bersuara.

Golden Dust [Revised Ver]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang