St. Margurite Highschool, sekolah yang penuh misteri dan pelbagai kisah aneh. Noah merupakan pelajar pertukaran di sekolah tersebut namun dia dipulaukan kerana latar belakangnya yang datang dari jauh.
Suatu hari, Noah telah mengambil keputusan untuk...
Saat itu pipinya terasa hangat nafas seseorang menyebabkan dia terjaga. Terpisat-pisat dia membuka matanya dan memerhati keadaan sekeliling. Dia berpaling ke sebelah dan terkaku apabila matanya terlihat seorang lelaki yang sedang tidur menghadap ke arahnya.
Anna bangun dari baringnya. Dia memandang dengan mata yang dibesarkan. Terkejut. Sepanjang masa dia di situ, tidak Pernah ada pelajar yang berani ke tingkat atas. Siapa pula lelaki ni? Pelbagai soalan menerjah minda Anna. Anna berdiri dan mula berlalu namun kakinya tersadung timbunan buku.
Buku-buku tersebut sudah habis dibacanya siang tadi. Bertingkat-tingkat disusun oleh Anna. Dia jatuh tersembam. Wajahnya berkerut menahan sakit. Anna menoleh dan lihat lelaki tadi masih tidur. Dia bangun dan mengibas bajunya yang berhabuk. Pipinya dikembungkan. Sakit!
Perlahan saja langkah Anna meninggalkan tempat itu. Lif di hujung sudut dinaiki oleh Anna untuk turun. Setiba saja di tingkat bawah, Anna terus berlalu pulang ke rumah kecilnya yang dibina khas buat Anna oleh pemilik sekolah St. Margurite. Bangunan kecil berbentuk segi tiga itu nampak cantik.
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Anna membuka kunci pintu rumahnya dan terus masuk, menuju ke katil dalam biliknya. Badan yang terasa letih dihempaskan ke atas tilam. Rambut panjangnya dibiar lepas. Beberapa minit selepas itu Anna tertidur.
Kringg!! Kringg!!
Anna membuka matanya dan mengeluh. Dia menekan butang pada jam loceng untuk memberhentikan jam tersebut dari terus berbunyi. Melihat jarum yang menunjuk ke pukul 7 pagi, Anna menggeliat dan bangun dari berbaring. Dia menguap dan berjalan ke arah bilik air.
Selesai mandi dan bersiap, Anna memulakan hari biasanya. Dia berjalan ke perpustakaan dan menaiki lif ke tingkat atas sekali. Tiba di situ, Anna duduk di celah timbunan buku dan mula mengambil buku semalam yang masih belum habis dibaca.
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Tanpa mempedulikan keadaan sekelilingnya, Anna terus tenggelam dalam dunia indahnya. Anna, jika membaca langsung tidak hiraukan apa yang jadi di sekeliling. Entah berapa lama dia menelaah buku tersebut, hari telah melonjak ke pukul 12.
Bunyi loceng dari menara jam menyedarkan Anna yang sibuk membaca. Dia memerhati keadaan di tingkat atas. Buku diletak ke tepi dan Anna berjalan ke tingkap. Dia melihat ke arah luar dan memandang ke arah para pelajar yang sibuk menuju ke arah kafeteria untuk makan tengah hari.