18

2.1K 186 33
                                        

Setengah jam sebelum itu,

Noah hanya mengikuti langkah Chris yang membawanya ke suatu tempat. Sofea disisi pula mendiamkan diri sejak tadi. Sebenarnya dia tidak berapa selesa dengan kehadiran Chris.

"Chris?" panggil Noah apabila menyedari Chris membawanya ke tengah bandar berdekatan dengan plaza. Kawasan itu agak sesak dengan orang ramai, tambah lagi jalan raya yang kadang kala kelihatan kereta lalu lalang.

"Apa?" Chris menoleh sambil mengangkat kening.

"Nak kemana ni?" soal Noah meminta kepastian.

"Ah.. tentang tu, aku fikir nak pergi siasat tempat kejadian kes yang pernah berlaku sebelum ni. Kau, ikut sekali."

"Huh??" Noah menuding jari pada diri sendiri. Kenapa dia perlu ikut?

"Aku rasa kau ada apa yang aku perlukan." balas Chris, malas mahu menjelaskan dengan lebih lanjut. Namun, dia pasti reaksi Noah sebelum ini bukanlah reaksi orang normal selepas melihat mayat orang yang mati dibunuh. Dia terlalu tenang dan cara dia menganalisis bukti dan tempat kejadian menunjukkan bakat semula jadinya untuk menjadi seorang penyiasat. Ah, walaupun lakonannya agak kekok dan gagal meyakinkan Chris bahawa dia seorang pelajar normal.

Mereka melilau di kawasan sekitar bagi mencari apa yang patut dan bertanya pada orang sekeliling tentang kes yang pernah berlaku. Maklumat dan informasi yang dikutip, dicatat dalam nota. Masa berlalu begitu sahaja.

"Tadi.." baru saja Chris ingin berbicara, kedengaran satu jeritan sebelum burung merpati yang ketakutan di kawasan itu mula berterbangan. Sofea menutup wajahnya dengan tapak tangan.

Chris pula laju saja dia menoleh ke arah jeritan tadi. Terpaku, mata Noah pula hanya lekat pada sekujur tubuh yang melayang ke tengah jalan. Laju kakinya bergerak dengan sendiri ke arah gadis yang amat dikenalinya itu. Betul la.. jadi dia tak salah nampak sebelum ni. Anna memang ada di bandar!

Nasiblah jarak mereka tidak terlalu jauh, terus disambar tubuh Anna dan dibawa ke dalam pelukannya. Disebabkan momentum yang pantas, mereka berdua jatuh bergolek ke tepi jalan. Laju kereta itu berlalu pergi. Sikit saja lagi tadi.. sikit lagi nyawa orang yang paling disayanginya melayang.

"Baguslah.. Baguslah awak selamat.." suaranya hampir menangis. Rambut Anna dielus lembut.

Sofea dan Chris yang hanya mampu melihat dari jauh mengucap syukur. Namun, jauh di sudut hati Sofea, dia cemburu melihat layanan Noah kepada Anna. Entah kenapa perasaan itu yang timbul. Terus dia cepat-cepat menukar fikirannya sebelum hanyut.

"Noah.." Anna bersuara apabila wajahnya diangkat. Matanya yang berair akhirnya tumpah juga. Tangan kecil Anna melingkar di pinggang Noah, menangis dia seperti anak kecil sambil menggesel wajahnya pada baju Noah.

"Shh.. semuanya baik-baik saja." pujuk Noah sambil tersenyum namun wajahnya mula kembali serius. Ada orang yang cuba bunuh Anna.. itu Noah sangat pasti. Tak mungkin Anna yang sangat berhati-hati boleh buat kesilapan macam tu semasa melintas jalan.

"Noah~" Anna masih lagi menyembamkan wajahnya ke dada Noah.

"Anna.. buat apa kat sini?" soal Noah tiba-tiba membuatkan yang lain juga terkejut. Ya, apa yang Anna selaku pelajar paling susah nak keluar dari perpustakaan itu untuk ke kelas, buat di bandar?

Anna terus berhenti bergerak. Dia mendongak mencari kepastian dalam riak wajah Noah.

"Apa yang Noah cakap ni? Kalau bukan ada orang tu kena culik semasa cakap di telefon, Anna tak perlu bersusah payah keluar." balas Anna tak puas hati.

"Aah.." rasa serba salah jadinya. Noah memandang Anna lama sebelum mengeluh. "Ada orang yang cuba bunuh awak." Noah mula berbisik kali ini. Jelas kelihatan di wajahnya betapa dia risaukan Anna.

Golden Dust [Revised Ver]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang