♪♩♪♩♪♩♪
Anna menggigit jarinya sambil dia menganalisa dokumen yang bersepah di atas meja di sebuah bilik dalam perpustakaan sekolah tersebut. Selesai kesemua dokumen tersebut disemak, dia mengambil pula fail dan kertas yang ada di rak yang disediakan. Bahagian tersebut merupakan kawasan larangan tetapi dia mendapat kebenaran khas untuk menggunakannya.
Dia menyelak fail tersebut dan memeriksa apa saja yang boleh menjadi bukti. Dia perlu cepat. Noah dalam bahaya dan fikirannya bercelaru. Anna masih lagi tidak tahu tentang Noah yang telah berjaya melarikan diri. Dirinya tidak dapat fokus dan masih risaukan Noah. Dia memunggah semula dokumen tadi dan meja tersebut semakin bersepah jadinya. Anna kelam kabut dan saat itu juga, sekeping gambar terkeluar dari selitan dokumen di atas meja dan jatuh ke lantai.
Pergerakan Anna terhenti. Dia menunduk untuk mengambil gambar tersebut. Matanya membuntang dan tangannya menggigil kecil. Gambar tersebut diperhati lama olehnya.
"Tak mungkin.." perlahan saja dia berbisik.
Apa-apa pun dia perlu selesaikan kes ini cepat.
Kreak.. Dum!!
Anna lantas menoleh ke arah pintu bilik kecil yang kini sedang dia guna. Bunyi tapak kaki tersebut semakin menghampiri bilik tersebut. Anna menekup mulutnya dan lantas bersembunyi disebalik rak buku. Tubuhnya yang kecil membolehkan dia muat dicelahan ruang itu. Siapa pula datang ke perpustakaan di tengah larut malam ni? Sepatutnya semua pelajar dah tidur.
Tenaga pengajar juga tidak akan datang ke
sini pada tengah malam. Kawasan tersebut adalah kawasan larangan buat pelajar dan pengajar. Hanya beberapa orang sahaja ada kebenaran untuk masuk. Jadi yang tinggal hanyalah.."Ahaha.. Hihihi.." ketawa kecil didepan pintu membuatkan Anna rasa seram sejuk.
Mulutnya ditekup lebih kejap. Dia tidak boleh membuat sebarang bunyi. Cepat.. Dia perlu cepat bertindak. Fikir apa yang patut! Noah tidak ada bersamanya kali ini. Anna hanya seorang diri.
"Eh? Kenapa masih terpasang lampu?" suara seseorang menegur.
Tapak kaki itu kini terhenti dihadapan bilik dan tombol pintu dipulas. Pintu itu dibuka dan seseorang masuk.
"Hmm.. Dokumen bersepah." suara itu menegur lagi.
Dia berjalan ke meja yang diguna oleh Anna tadi dan memeriksa pula semua yang ada disitu. Bibirnya menguntum senyuman.
Duk!
Anna kaku. Tidak sangka yang kakinya akan terlanggar rak tersebut, kini dia meneguk liur. Macam mana ni? Kalau berterusan orang tu akan tahu dia ada disitu. Tubuh kecilnya menggigil.
"Hmm... Hehe... Jadi ada orang dalam ni ke? Ahh.. Tak boleh la macam ni." dia berbisik dan kemudiannya ketawa sinis.
Anna semakin mengecilkan dirinya. Sebolehnya dia bersandar ke dinding. Dia semakin menghampiri di rak yang sedang Anna bersembunyi sekarang. Bayangnya dapat dilihat oleh Anna. Ditepi rak tersebut, tangannya memegang dan separuh badannya terdedah. Anna terasa seperti sukar untuk bernafas saat kepalanya disua sambil tersenyum dari atas.
"Jum.. Pa!~" dia menyapa Anna dengan sengihan.
Anna lantas bangun, bersedia untuk melarikan diri namun si dia menghayun kapak ditangan sehingga terlekat dirak atas kepala Anna. Anna berjaya menunduk untuk mengelak. Dengan sekuat hati, Anna menolak tubuh orang itu sehingga terjatuh kebelakang.
"Nanti! Nak kemana?!" dia menjerit dan segera bangun. Kapak yang terlekat itu diambil semula.
Anna tidak menoleh. Lariannya semakin pantas menuju pintu keluar.
"Hii!" Anna tersentak apabila kapak tadi dibaling melepasi kepalanya sipi-sipi saja dan melekat di pintu.
Kaki Anna terhenti. Dia mencari jalan keluar yang lain.
"Nak ke mana tu?" si dia ketawa.
Anna berlari ke arah yang bertentangan dengan pintu tadi dan menuju ke tingkap di belakang. Ketawa orang tadi menjadi lebih kuat.
Bam!
Anna menoleh. Nafasnya hampir terhenti melihat orang tadi dihentak oleh kerusi dan jatuh terjelepok ke atas lantai. Kapak di tangannya disepak jauh oleh seseorang. Mata Anna beralih kepada pemuda yang melakukannya.
"Jom, cepat!" Noah menarik tangan Anna dan segera membuka tingkap.
"Noah!" Anna memanggil.
"Kita cakap nanti. Lompat!" arah Noah.
Noah memegang pinggang Anna dan menolongnya untuk memanjat tingkap tersebut. Mata Noah sesekali menoleh kebelakang. Orang itu kini telah mula bangkit semula. Mungkin Noah patut hentak dengan lebih kuat. Dia menggelengkan kepala yang kini mengalir darah merah. Rasa berpinar kepalanya sekejap. Dengan tangan, dia mengelap darah yang mengalir dan ketawa.
"Darah! Ahahah!! Ada darah!!"
Noah mengetap bibir. Anna menoleh untuk melihat Noah sebelum dia kembali melihat kebawah. Noah memanjat tingkap yang sama dan memeluk Anna dari belakang. Dalam hati, dia cuma berharap yang mereka berdua selamat selepas melompat dari tingkat 2. Pokok dibawah akan menyerap hentakan dan mengurangkan kelajuan mereka jatuh.
"Sedia? " Noah menyoal.
Anna hanya mengangguk dan Noah memeluk Anna lebih erat sebelum mereka melompat jatuh bersama dari situ. Kelibat mereka hilang di dalam dedaun pokok yang rendang.
************
"Macam mana Noah jumpa Anna?" soal Anna apabila mereka telah berjaya melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah bilik kosong di kawasan bangunan institut tersebut.
Noah menghembus nafas lega sambil bersandar pada dinding. Dia melihat wajah Anna. Tersenyum saja dia. Tubuhnya penuh calar dan luka terkena dahan dan ranting pokok. Walaupun sakit, dia sedikit pun tidak merintih.
Anna terdiam. Dia memandang Noah lama. Lelaki dihadapannya kini tampak asing. "Noah?" panggil Anna. Lelaki itu memejamkan matanya seketika sebelum membukanya semula. Namun kini, pandangan sebelum ini telah hilang dan digantikan dengan pandangan yang paling Anna kenali.
"Kan saya dah janji.. Walau kat mana pun awak, mesti saya jumpa punya. Jangan risau. Sekarang ni kita perlu pergi dari sini." Noah menyentuh lembut bahu Anna bagai memberi semangat.
Anna berkelip matanya. Dia menepis tangan Noah dan mencebik.
"Heh! Bukan ke memang tugas hamba jaga tuan dia? Baguslah Noah jumpa Anna!"
Noah tersenyum pahit. Dah datang dah perangai tak jujur Anna. Sebenarnya dia gembira bila Noah datang, kan? Kan?? Cuba la jujur sekali sekala.
"Baiklah cik muda. Sekarang jom pergi. Sebelum pembunuh tu jumpa kita." Noah menarik tangan Anna.
"Macam mana Noah tahu pasal pembunuh tu?" Anna sekali lagi tertanya-tanya.
"Haish.. Nantilah saya cerita. Perkara ni berlaku masa saya naik keretapi untuk datang datang ke sini. Dia ada di gerabak keretapi yang sama dengan saya."
Anna mengangguk. Dia hanya ikut langkah Noah. Mereka menuju ke pintu utama institut untuk keluar dari situ. Apa-apa pun mereka akan selamat kalau keluar dari sini. Itu yang pasti.
Zap!
Sebilah kapak melayang dan terlekat di pokok bersebelahan dengan mereka. Langkah Noah dan Anna terhenti.
"Kemana awak fikir nak lari ha? Awak dah nampak rupa saya.. Tak seronok la kalau macam ni.. Betul tak? Hai.. kita jumpa lagi."
Dan ketawa miliknya bergema malam itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/69458163-288-k970656.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
Golden Dust [Revised Ver]
Mystery / ThrillerSt. Margurite Highschool, sekolah yang penuh misteri dan pelbagai kisah aneh. Noah merupakan pelajar pertukaran di sekolah tersebut namun dia dipulaukan kerana latar belakangnya yang datang dari jauh. Suatu hari, Noah telah mengambil keputusan untuk...