11

2.7K 182 12
                                        

The Lonely Fairy

What is she like?I was told-She is a melancholy soulShe is like the sun to nightA momentary goldA star when dimmed By dawning lightThe flicker of a candle blown

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

What is she like?
I was told-
She is a melancholy soul
She is like the sun to night
A momentary gold
A star when dimmed
By dawning light
The flicker of a candle blown.
A lonely kite, that lost in flight
Someone once had flown.

******

Jauh di dalam sebuah bangunan yang tinggi, seorang gadis duduk berteleku di hadapan tingkap memerhati bulan dan bintang di langit. Si gadis bukanlah gadis biasa. Dia adalah pari-pari emas.

Disebabkan kesalahan yang langsung tidak dilakukan olehnya, si pari-pari telah dikurung di dalam menara tersebut dan dihukum oleh raja untuk hidup dalam kesunyian selama-lamanya.

Si pari-pari hanya diam dan menerima hukumannya dengan hati yang rela, bersaksikan si kakaknya, pesalah yang sebenar. Pari-pari emas cuma mahu menyelamatkan kakaknya.

Setiap malam, pari-pari emas akan bernyanyi di tingkap tersebut. Suatu hari, seorang pemuda yang lalu disitu terdengar akan suara merdu pari-pari. Pemuda tersebut dengan berani, mendaki menara tersebut dan berjumpa dengan pari-pari.

Sejak itu, mereka berkawan dan pemuda itu akan datang ke menara pari-pari setiap hari untuk bertemu. Pari-pari tidak lagi kesunyian. Dia gembira apabila pemuda tersebut datang menemani.

Si pemuda telah meluahkan isi hatinya pada suatu hari. Pari-pari emas sangat gembira. Mereka telah berjanji untuk bersama. Janji pari-pari tidak boleh dimungkiri atau pari-pari akan mati.

Namun, hukuman pari-pari emas adalah untuk hidup sunyi selama-lamanya. Suatu hari, pada musim sejuk, Si pemuda tidak datang menemui pari-pari. Janji telah dimungkiri namun pari-pari emas meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Si pemuda.

Musim telah berganti, Si pemuda masih tidak datang. Pari-pari emas merayu pada raja untuk bertemu Si pemuda buat kali terakhir sebelum dia mati. Raja telah memperkenan hajat pari-pari.

Pari-pari emas menjadi teruja dan lantas terbang mencari Si pemuda. Hatinya rapuh apabila melihat Si pemuda sedang tersenyum bersama seorang gadis dengan bayi ditangan. Tanpa disedari, air matanya menitis.

Pari-pari emas telah menyumpah bayi tersebut. "Wahai raja yang berkuasa.. akan ku sumpah keturunannya yang mungkir janji. Bayi yang dilahirkan akan berambut emas dan selamanya mereka akan kelihatan seperti boneka. Hidupnya akan sunyi sehingga datang seseorang yang ikhlas."

Selepas itu, pari-pari emas pun bertukar menjadi debu disaksikan Si pari-pari ais yang sedang tersenyum. Kakak pari-pari emas, pari-pari ais berlalu pergi dari situ dengan hati yang puas. Dia telah menggunakan magiknya untuk membekukan hati Si pemuda terhadap pari-pari emas lama dahulu.

Pari-pari ais memang sengaja. Dia tidak suka akan pari-pari emas. Dia benci akan adiknya itu yang sentiasa disukai ramai. Seperti matahari yang menerangi hidup orang lain, berbeza dengan pari-pari ais yang sering dijauhi kerana kesejukan renungannya.

Golden Dust [Revised Ver]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang