28

1.9K 154 14
                                        

Howard sinis saja tersenyum apabila dia ternampak akan anak perempuannya yang tidak pernah dia beri kasih sayang sedang ketawa bersama seorang budak lelaki. Dah pandai senyum dan ketawa nampaknya anak itu.

Sedang dia perhati, anak mata mereka bertembung. Howard masih lagi tersenyum sinis dari atas beranda tersebut sambil berdiri tegak. Dia kemudian berpaling untuk pergi dari situ. Anna de'Feldrick, anak perempuan 'buatannya'.

Ya.. anak itu lebih tepat lagi diciptakan sebagai senjata untuk dia mencetuskan perang yang bakal berlaku tidak lama lagi. Negaranya itu memerlukan seorang pemimpin yang lebih baik. Pemimpin yang boleh menaikkan negara dan boleh melakukan apa saja demi negara.. macam dia. Sistem yang ada sekarang tidak mampu memuaskan hatinya. Kuasanya tidak mencukupi. Dia mahukan lebih lagi. Dia mahukan semuanya.

Howard berjalan penuh keyakinan untuk kembali ke dalam bilik tetamu. Setelah berjumpa dengan pengarah Aizenburgh tadi dia cuma ingin rancangan miliknya dilaksanakan secepat mungkin. Pembantunya masuk setelah beberapa minit Howard menanti diatas sofa bilik tetamu. Dalam masa itu, beberapa kali dia menoleh ke arah jam, mengira detik.

Matanya mencerlung tajam menikam wajah pembantunya itu. Dia sungguh tidak suka jika pekerjanya lewat. Pembantunya itu terus menundukkan badan memohon maaf. Howard berdiri dari duduknya dan mendekati lelaki yang sedang membongkokkan dirinya 90°. Dia menyuruh pembantu tadi bangun. Terus saja tangannya dilayangkan menampar pipi lelaki tersebut sejurus dia tegak semula.

"Kalau kau ulang lagi perkara yang sama, jangan harap kau boleh tengok dunia ni lagi!" tegas suaranya memberi arahan.

Lelaki itu meneguk liur. Bukan niatnya hendak lewat. Ini kali pertama dia lewat sebegitu rupa. Lagipun, dia sendiri kenal dengan perangai majikannya itu. Tidak sanggup dia melanggar arahan lelaki dihadapannya itu. Sesaat pun dia tidak pernah lewat sebelum ini.

"Jadi? Kenapa kau lambat?" soal Howard setelah dia menenangkan diri.

"Maafkan saya Tuan. Tadi ada lagi satu kes pembunuhan. Pengarah Aizenburgh sedang runsing dengan semua kes ni. Dia minta Tuan bantu dia untuk selesaikan sebelum kes ni tersebar. Lagipun sekarang ni sedang ramai orang dalam kawasan sekolah. Sesiapa pun boleh jadi pembunuh. Kalau kes ni sampai ke pengetahuan umum, reputasi sekolah ni akan jatuh. Sebagai balasan, dia akan terima syarat kita dan tolong dalam rancangan Tuan." terang lelaki itu.

Howard mengeluh. Dia memberi arahan untuk pembantunya itu keluar. Tinggal saja dia sendiri di dalam bilik tersebut, terus dia mencampakkan gelas berkaki yang pada awalnya diatas meja ke dinding. Berderai serpihan kaca itu bertaburan di atas lantai. Ketawa Howard pecah jua.

"Kau memang.. kau betul-betul nak cabar aku ke?" Howard bertanya. Dia yang selalu mempergunakan orang lain, tapi kini orang lain ingin gunakan dia?

Satu kelibat keluar dari belakang pintu bilik. Wajah itu tersenyum. Dia yang bersembunyi dari awal akhirnya menunjukkan diri.

"Aku akan pastikan kau mati ditangan aku juga nanti." suara itu berbisik sebelum hilang terus dari sebalik pintu. Howard yang membelakangi tempat persembunyian kelibat tadi langsung tidak menoleh untuk melihat siapakah gerangan yang bercakap dengannya.

Howard mengenggam erat tangannya sambil mengetap bibir menahan geram. Dia tersenyum sinis.

"Dan aku akan pastikan anak kau terseksa dan sampai ke akhir hayat kau, kau tak akan dapat peluang untuk bersama dia, Helena." bisik Howard.

Helena de Roseinweith.. pada awalnya perempuan itu diculik atas dasar suka-suka saja. Dia memang suka bermain-main. Reaksi semasa pertama kali dia jumpa Helena yang sesat dihutan itu sangat menyeronokkan. Helena sungguh takut dan dia tidak berhenti menjerit memanggil nama Joseph.

Namun, sesuatu tentang perempuan itu mula menarik minatnya. Sesuatu yang sangat dia idamkan. Permata Roseinweith. Sama ada perkara itu cuma lagenda atau mitos, Howard tidak peduli. Baginya, dia percaya akan kuasa batu permata itu. Kata-kata orang ramai yang asyik menuduhnya gila akhirnya dapat ditutup apabila dia berjaya membuktikan kuasa permata itu.

Anna.. Ya, hasil ujikajinya itu dia berjaya mencipta Anna, anak perempuan keduanya. Satu perkara yang dia masih lagi rahsiakan dari anak sulungnya, Annie, adalah tentang siapa Helena dan Anna yang sebenarnya. Annie pada mulanya adalah anak hasil perkahwinannya dengan isteri pertama pilihan keluarga. Dia yang tidak pernah kisah akan perkahwinan sendiri tidak peduli dengan siapa dia berkahwin.

Emilra, gadis itu sangat periang dan selalu melayan apa saja kegilaan Howard. Memang dia tidak cintakan isteri pertamanya itu namun lama-kelamaan dia jatuh hati juga kerana Emilra adalah satu-satunya orang yang tidak pernah mengatakan yang dia lelaki gila malah Emilra sering mendengar cerita peliknya.

Namun, dia sendiri telah membunuh gadis itu pada usia yang muda. Emilra masih lagi berusia 19 tahun semasa dia melahirkan Annie dan pada akhir nafasnya, dia cuma sempat melihat sekilas anak mereka yang baru lahir sebelum pergi meninggalkan dunia. Howard sangat sayangkan Annie kerana Annie adalah satu-satunya harta yang Emilra tinggalkan padanya. Bagi Howard, Annie pengganti Emilra.

Beberapa bulan selepas itu, dia bertemu pula dengan Helena. Sungguh dia terkejut saat itu kerana suara Emilra dan Helena hampir serupa dan kerana itu juga dia sendiri tidak sangka yang dia akan menculik Helena. Pada asalnya, dia teruja kerana bertemu seseorang yang mempunyai suara serupa seperti isterinya yang telah meninggal. Suara yang dia rindu namun tidak lagi dapat mendengarnya. Dia membawa Helena pulang ke rumahnya tanpa pengetahuan sesiapa dan mengurung gadis itu buat sementara waktu sebelum melepaskannya.

Tapi, apabila Howard mendapat tahu tentang kewujudan permata Roseinweith yang dianggap mitos dan lagenda oleh orang ramai, dia terus mahukan Helena buat dirinya sendiri. Permata itu dikatakan dapat menunaikan hajat pemiliknya. Oleh sebab itulah, dia ingin memiliki Helena dan memaksa Helena berkahwin dengannya. Ya, dia inginkan permata itu untuk hidupkan semula Emilra.

Howard tahu memang mustahil untuk hidupkan orang yang telah mati. Namun, kalau diberi peluang untuk Emilra bernafas dalam tubuh lain, dia sanggup asalkan dia dapat peluang untuk melihat dunia ini semula. Dia memang hajatkan untuk Emilra dilahirkan semula tetapi bukan itu yang berlaku sebaliknya seolah-olah Helena pula yang dilahirkan semula apabila bayi itu seiras Helena. Dia bagai melahirkan kembarnya sendiri.

Permata Roseinweith adalah kuasa sakti yang menunaikan hajat pemiliknya. Jadi kenapa hajatnya tidak ditunaikan? Kenapa Emilra tidak dilahirkan semula sebaliknya, Helena dilahirkan semula? Howard tidak dapat menerima hakikat tersebut.

Disebabkan hal itu juga Howard sangat-sangat benci akan Anna. Baginya Anna hanyalah suatu alat untuk dia berjaya. Dia tidak pernah sekali pun anggap Anna itu sebagai anaknya. Tidak pernah sekalipun. Anna adalah kegagalan dalam hidup Howard.

Howard cuma ada Emilra dalam hatinya. Walau macam mana sama suara Helena dengan Emilra, dia cuma mahukan Emilra. Tidak terlintas difikirannya dia mahu menyeksa Helena namun dia jadi sakit hati setiap kali melihat Helena. Suara itu sentiasa bercakap sesuatu yang dia tidak mahu dengar, seolah-olah Emilra yang mengatakannya.

Mungkin kerana suara mereka yang sama, namun hati mereka berbeza. Emilra sangat cintakan Howard namun Helena sangat membencinya. Bagi Howard Helena bagai mencemarkan bayangan Emilra dalam fikirannya. Emilra hanya miliknya dan dia tidak suka orang lain memiliki Emilra. Annie pula yang sejak kecil dijaga oleh Helena telah menganggap Helena sebagai ibu kandungnya tambah lagi rupa Helena yang sedikit sebanyak ada iras seperti Emilra. Perkara tersebut menambah lagi kebencian Howard terhadap Helena.

Bagi Howard Helena telah merampas miliknya dan Emilra. Annie cuma miliknya seorang. Tiada siapa yang boleh mengambil Annie darinya. Tiada siapa. Disebabkan itu, setelah Helena melahirkan Anna, Howard menghalau Helena keluar dari rumah agam miliknya. Helena yang baru berusia 19 itu dibuang sehelai sepinggang malah anak yang baru dilahirkan juga tidak dibenarkan untuk berjumpa dengannya. Setelah 4 tahun dia diculik dan disimpan dalam rumah agam itu, akhirnya dia dibuang pula.

Memang Howard kejam. Memang Howard sengaja seksa Helena. Memang sebenarnya dari awal lagi Howard telah gila. Dia gila bila dia mula jatuh cinta kepada Emilra. Dia terlalu gilakan Emilra hingga sanggup melakukan apa saja untuk Emilra. Kerana cinta dia gila. Dunia tanpa Emilra tak bermakna apa-apa buatnya. Kalau dunia ini tiada Emilra, lebih baik dia musnahkan saja.


Golden Dust [Revised Ver]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang