"Hahaha.. Kau tak rasa ke rancangan aku ni sempurna? Semua orang akan cemas. Panik. Mereka akan minta tolong orang atasan tapi mereka pun tak mampu nak buat apa-apa. Kesian. Masa tu aku akan datang dan tolong mereka semua. Aku akan jadi orang yang mereka sanjung! Hero! Aku akan jadi hero yang selamatkan negara ni! Ahaha!!"
Helena hanya melihat Howard menyuarakan ideanya. Gila. Lelaki itu gila. Dia sanggup musnahkan sebuah bandar dan bunuh ramai orang demi impian bodohnya. Entah apa lagi yang dia sanggup buat. Pembunuh.. Pemusnah.. Lelaki itu memiliki semuanya.
"Howard.. Aku tak akan maafkan perbuatan kau ni. Aku akan tamatkan rancangan bodoh kau!" Helena berkeras.
Howard tersenyum sinis. Dia menoleh ke arah Helena dan Joseph yang berdiri disebelah. Wajahnya bertukar kelat saat melihat Joseph. Dia benci lelaki itu. Lelaki yang telah merampas permainan miliknya.
"Dari kau risaukan rancangan aku.. Bukan ke kau patut risau pasal anak kau?" pertanyaan serius dari Howard membuatkan Helena tersedar sesuatu dan lantas keluar dari situ.
Howard hanya melihat mereka meninggalkan pejabat tersebut. Dia menyentuh lembut leher yang luka tadi. Darah telah berhenti mengalir. Namun luka tadi tetap berbekas.
"Hmm.." Dari jauh, kelihatan air mengalir memenuhi ruang sekitar dengan begitu pantas. Howard memandang langit dari tingkapnya. Bulan nampak begitu cantik malam itu walaupun beberapa jam lagi matahari akan terbit.
**************
Anna bagai patung yang tidak bernyawa. Dia masih lagi memeluk tubuh Noah yang tidak bergerak. Menggigil tangan Anna.
"Anna." suara lembut wanita yang menegurnya dari belakang membuatkan Anna menoleh sebentar.
"Maman.." Anna memanggil dengan mata yang basah dengan air mata.
*************
Chirp.. Chirp..
Bunyi burung yang bertenggek di atas dahan bersebelahan dengan tingkap hospital membuatkan lelaki yang telah lama tidak sedarkan diri itu membuka matanya. Semuanya kelihatan kabur namun lama-kelamaan pandangannya mulai jelas."Kau dah sedar. Baguslah kalau macam tu. Kau tahu kau kat mana tak?" suara seseorang menegur dari tepi.
"Hmm.. Hospital.." jawabnya dengan suara yang perlahan. Tangannya mengurut dahi. Sakit kepalanya itu seperti berpinar sekejap.
"Aku dah panggil doktor. Sekejap lagi datang la tu." beritahu orang tadi.
Beberapa saat selepas itu seorang doktor dan dua orang jururawat masuk.
"Nama kamu, Noah?" soal doktor tadi.
"Ya.. Saya." jawab Noah lemah. Dia melihat badannya yang berbalut. Teruk ke dia cedera? Berapa lama dia tak sedarkan diri? Lebih penting lagi.. Anna.. Dimana Anna?
"OK.. Awak tak nampak macam ada masalah lain. Setakat ni semuanya baik saja. Mungkin dalam dua atau tiga hari lagi awak boleh keluar dari hospital." ujar doktor yang merawatnya sambil tersenyum.
Noah membalas senyuman tadi sekadar menghormati. Selepas doktor tersebut melakukan pemeriksaan, dia meminta Noah untuk berehat. Pembalut luka juga telah ditukar dengan yang baru. Noah hanya melihat sekali lagi bekas luka yang banyak menoreh tubuhnya. Sakit masih terasa.
Selesai semua urusan, kini tinggal Noah dan lelaki yang menemaninya dari tadi disisi katil pesakit. Noah memandang lelaki tersebut. Dia tidak kenal akan orang itu atau pun pernah melihatnya.
"Maaf.. Awak ke yang teman saya dekat sini? Boleh saya tanya dah berapa lama saya kat hospital?" soal Noah setelah lama berfikir.
Lelaki itu menoleh.
"Hampir nak masuk tiga minggu juga. Kenapa?" lelaki itu menjawab dengan selamba.
Noah terkedu. Tiga minggu?! Anna.. bagaimana dengan Anna?! Noah memegang kepalanya. Memorinya bercelaru. Kali terakhir dia melihat Anna adalah semasa mereka dikejar Brunette. Selepas itu? Apa yang berlaku selepas itu?! Noah tidak ada sebarang memori.
"Anna.. Awak kenal Anna? Atau.. Awak ada nampak perempuan kecil yang datang melawat saya tak?" Noah bertanya lagi setelah lama mendiamkan diri.
Lelaki itu mengeluh. Dia melihat Noah dengan sayu namun menjawab juga soalan yang ditanya.
"Nama saya Jade. Saya ditugaskan untuk menjaga awak sampai awak sedar kat hospital ni oleh Puan Muda."
Dahi Noah berkerut sedikit. Puan Muda? Siapa? Baru saja Noah ingin membuka mulut untuk bertanya lebih lanjut, beberapa orang berpakaian sut rasmi seperti orang atasan masuk. Kesemua mereka berjumlah lima orang.
"Saya Greg Handson, wakil dari Jabatan Kementerian Luar dan Dalam Negara. Kami ke sini adalah kerana nak maklumkan pada kamu tentang situasi yang dialami negara ni sekarang. Dalam erti kata lain, negara ni berada di dalam situasi perang sivil. Disebabkan itu, kami membuat keputusan untuk menghantar pulang semua pelajar yang datang untuk belajar di sini. Termasuk kamu, tiga hari lagi kapal akan bertolak untuk bawa kamu balik ke negara asal." terang seorang lelaki berkaca mata dengan panjang lebar.
Noah terdiam. Hilang bicaranya apabila mendengar penerangan lelaki itu. Lelaki tadi memberitahu tentang tentatif perjalanan pulang untuk Noah namun seperti angin lalu saja Noah mendengarnya. Perang. Perkataan itu berulang dalam fikirannya. Baru saja dia sedar dari tidurnya yang panjang, kini negara itu sedang berperang. Kenapa? Anna? Bagaimana dengan gadis itu?
"Macam mana? Kamu fahamkan? Ada apa-apa persoalan?" soal lelaki itu setelah tamat penerangannya.
Noah terpinga-pinga namun dia mengangguk juga akhirnya. Tiga hari lagi. Cuma ada tiga hari saja lagi. Orang-orang tadi telah keluar setelah memberi Noah beberapa helai kertas sebagai rujukan. Noah membacanya seimbas lalu. Masa begitu mencemburui dirinya. Kini dia perlu pulang.
"Jade, awak betul tak tahu Anna dimana? Saya betul-betul harap awak dapat beritahu saya kalau awak ada apa-apa maklumat." rayu Noah sekali lagi namun lelaki itu hanya mendiamkan diri sebelum berlalu keluar dari situ.
Noah duduk diam sambil memerhati ke luar tingkap. Langit nampak indah, tapi apa yang berlaku di bawahnya tidak seindah apa yang dilihat. Anna.. Dimana agaknya gadis itu? Apa yang berlaku? Noah sendiri tidak pasti.
**************
Jade keluar dari pagar hospital menuju ke bandar. Dilihat sekeliling dahulu dan kemudian bersembunyi di belakang dinding sebuah bangunan. Pasukan pemberontak sedang melakukan rusuhan di depan pejabat utama. Dia perlu mengelak dari apa-apa saja perkara yang menyusahkan. Ya, Jade tidak suka perkara yang menyusahkan dan membebankan dirinya.
Jade mengeluh. Semuanya demi Puan muda. Walaupun dia tidak tahu apa yang berlaku pada Puan muda dan abangnya, dia masih perlu menghabiskan tugasan yang diberi. Setelah dipastikan keadaan selamat, Jade menyelinap masuk ke sebuah bangunan bersebelahan dengan bangunan kementerian.
Keadaan kini sangat merunsingkan. Golongan bangsawan mahu naik kuasa dan jatuhkan Kaum Kerabat dengan menggunakan alasan empangan yang pecah adalah kesalahan pentadbiran yang lemah. Mereka mahukan negara untuk diri mereka. Rakyat pula bangkit untuk jatuhkan keduanya sekali. Mereka tidak lagi mahu ditindas dengan perbezaan taraf. Mereka saling berperang antara satu sama lain.
Dia mendaki sehingga ke tingkat atas dan tiba di bumbung. Senapang hendap dikeluarkan dari beg yang dari luarnya kelihatan seperti beg gitar. Setelah selesai menyiapkan persediaan yang sepatutnya dia menanti dengan sabar disitu. Arahan terakhir yang diterima oleh Jade daripada abangnya adalah untuk memastikan ketua pemberontak dihapuskan.
"Bunuh ketua pemberontak dan semua ni akan berakhir. Mereka akan melakukan rusuhan pada harini dan ketua mereka akan keluar dari persembunyian buat pertama kali. Ini peluang awak untuk bunuh dia."
Jade mengetap bibir.
"Tch! Kalau tahu yang kau nak mati dulu dari aku.. Jangan beri arahan terakhir untuk bunuh orang. Abang tak guna. Paling tak guna dalam sejarah." dalam diam, Jade membebel. Air mata yang ditahan mengalir juga namun cepat diseka.

KAMU SEDANG MEMBACA
Golden Dust [Revised Ver]
Misterio / SuspensoSt. Margurite Highschool, sekolah yang penuh misteri dan pelbagai kisah aneh. Noah merupakan pelajar pertukaran di sekolah tersebut namun dia dipulaukan kerana latar belakangnya yang datang dari jauh. Suatu hari, Noah telah mengambil keputusan untuk...