St. Margurite Highschool, sekolah yang penuh misteri dan pelbagai kisah aneh. Noah merupakan pelajar pertukaran di sekolah tersebut namun dia dipulaukan kerana latar belakangnya yang datang dari jauh.
Suatu hari, Noah telah mengambil keputusan untuk...
Sofea mengambil salah satu aksesori anting-antingnya. Dengan lagak ayu, dia mencubanya namun apabila Sofea mendapati aksesori itu tidak sesuai terus ditukar dengan yang lain pula. Dia merenung cermin dihadapan.
"Haish." Sofea mengeluh. Semuanya terasa tidak kena.
Terus diletaknya anting-anting tadi. Sofea keluar dari biliknya dan terkejut apabila mendapati pembantu rumahnya berada dihadapan pintu bilik.
"Ada apa?" tanya Sofea. Malas nak layan sebenarnya. Pembantu rumah yang bernama Airin itu sentiasa mengikutinya kemana saja.
"Cik muda Sofea, Puan minta saya hantarkan baju ni." hulur Airin.
Sofea memandang baju yang dihulur Airin namun tidak pula dia mahu mengambilnya. Baru semalam cuti musim panas bermula dan kini dia berada di rumah agam keluarganya semula. Ayah Sofea telah memintanya pulang. Memang Sofea malas nak balik sebenarnya. Dia mahu berada di sekolah. Lagipun, Noah berada di situ.
Entah kenapa dia rasa tidak selesa memikirkan akan lelaki itu dan Anna yang tinggal di asrama sekolah mereka. Mereka yang tidak pulang ke rumah masing-masing, masih dibenarkan untuk duduk di dorm asrama.
"Malam nanti ada majlis di rumah Keluarga Feldrick. Puan mahu pastikan cik muda datang. Puan minta Cik muda pakai baju ni." beritahu Airin lagi apabila mendapati Cik Mudanya itu tidak membalas.
Sofea mengeluh lagi. Dia mengambil baju dari tangan Airin sebelum masuk semula ke dalam bilik sambil menghempas pintu. Dengan geram dia membaling baju tadi ke atas katilnya. Barang-barang di atas meja pula ditolak ketepi sehingga terhempas ke lantai.
"Cik muda Sofea?" tanya Airin sambil mengetuk pintu dari luar namun terus dibiar sepi oleh Sofea. Risau apabila terdengar bunyi kuat dari dalam bilik.
Sofea merenung bayangannya di dalam cermin. Lama dia berdiri di situ. Keluarga Feldrick, Annie de'Feldrick. Perempuan yang paling Sofea benci. Perempuan plastik. Kenapa dia perlu berbaik dengan perempuan tu? Keluarga dia pun sama sahaja. Mereka semua gilakan kuasa. Namun dia tak ada pilihan lain. Keluarganya perlu bergantung dengan bangsawan lain yang lebih berkuasa. Aristokrat di negara ini semuanya sama. Sampah.
"Aarrgghh!!!" Sofea menjerit sepuas hatinya dan menghempas cermin kaca dihadapannya hingga pecah dengan pasu bunga.
"Dasar penipu. Kenapa aku perlu dilahirkan dalam keluarga macam ni? Aku tak mahu sesiapa pun berperang." Sofea berbisik sendiri.
Anna... tiba-tiba dia teringat gadis kecil di sekolahnya. Apa kaitan gadis itu dengan Keluarga Feldrick? Anna Stefan. Kenapa rupa mereka sama? Anna dan Annie. Adakah mereka berdua ada kaitan? Buat pertama kali saat Sofea bertemu Anna, dia hampir salah orang.
Sofea terus mencapai barangannya dan melompat keluar dari tingkap tanpa sesiapa menyedari lalu Sofea berlari keluar dari rumah agam tersebut.
******
"Ahh, Anna! Jangan habiskan semua sekaligus macam tu! Nanti awak sakit perut!" marah Noah apabila kek yang dipotong tadi telah Anna habiskan sekelip mata. Dia baru sahaja hidangkan di dalam pinggan.
"......" Anna memandang Noah tanpa perasaan.
"Haish.. awak ni." Noah mengalah dan sepotong lagi kek yang terakhir diberi pada Anna. Terus Anna menoleh dari menghadap bukunya. Matanya bercahaya melihat kek tersebut.
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.