15

2.2K 167 28
                                    

Splash!

Mata yang tadi tertutup terbuka dengan luas apabila tuan empunya badan merasai akan air yang disimbah ke muka.

"Uhuk..Uhuk.." Noah terbatuk-batuk sendiri apabila air masuk ke dalam hidung.

"Maaf! Maafkan Aku! Aa.. tak sangka pembantu aku tu nak culik kau macam tu!" satu suara yang amat dikenali menyapa telinga.

Noah menoleh ke arah orang yang telah menyimbah air tadi. Kalau ya pun nak kejutkan orang pengsan, tak perlulah simbah air? Sampai jirus air sebaldi, nak cari gaduh ke? Sudah la culik orang secara tiba-tiba.

"Kau ni nak cari nahas dengan aku ya? Kenapa kau culik aku ni?" Noah bertanya setelah duduk dari baringnya. Wajahnya yang basah disapu dengan tangan.

Sofea yang berdiri di tepi direnung lama oleh Noah hingga gadis itu malu sendiri diperhatikan sebegitu rupa.

"Se..sebenarnya aku perasan kau kat pondok telefon tu. Tapi ada orang pelik ni asyik ikut kau. Dia terhendap-hendap macam penculik. Jadi, sebelum dia culik kau, Aku suruh pembantu aku bawa kau masuk dalam kereta sekali. Maaf, aku tak sangka dia akan tarik dan pengsankan kau." Sofea beralasan. Dia menepuk kedua tapak tangannya di hadapan muka sambil memohon maaf.

Noah mengeluh. Dia melihat bajunya yang basah kuyup. Terasa angin sejuk meresap pada kulit. Noah bersin tanpa dipinta. Sofea yang melihat terus kaget.

"Nooah.. Kau okay tak?" soalnya cemas.

Noah yang baru saja ingin mengangguk terus berubah nada suaranya apabila teringat akan telefon tadi. "Ahh!!" dia menjerit.

"Ke..Kenapa?" cemas Sofea dibuatnya melihat Noah yang kelam kabut.

"Anna! Telefon tadi.. aahh!!" Noah menggosok-gosok kepalanya, habis serabut rambut yang sudah basah. Habisla.. mesti Anna marah. Macam mana nak terangkan situasi ni pada Anna nanti?

"Anna?" wajah Sofea mula berubah kelat. Lagi-lagi Anna yang Noah sebut. Macam tak ada nama lain. Padahal dia baru saja maklumkan pada Noah yang ada orang tidak dikenali mengekorinya. Tapi lelaki itu langsung tidak risau, malah sibuk fikirkan tentang orang lain.

"Kau perlu hantar aku ke pusat beli belah tu semula. Tapi sebelum tu.. kita kat mana ni?" Noah bertanya.

"Kau di rumah aku. Buat apa pergi pusat beli belah tu semula?" Sofea menyoal sambil mencebik.

"Ada kes pembunuhan kat situ." jawab Noah, ringkas sahaja sambil berfikir alasan yang boleh dia beri pada Anna.

Sofea yang tadinya bermasam muka terus bersemangat semula. Ini la masanya nak tunjuk pada Noah yang dia pun pandai juga bab penyiasatan ni! Bukan Anna saja yang tahu!

"Baiklah.. tapi, aku nak ikut sekali!" Sofea tersenyum riang.

Noah memandangnya hairan. Sofea ni dah kenapa? Pelik pula dibuatnya. Sejak dua menjak ni perangai Sofea lain macam. Dia selalu muncul ke mana saja Noah pergi dan apabila dia bersama Anna, Sofea pasti datang menyelit. Namun begitu, Naoh membalas juga senyumannya.

"Ikut kau la." dia mengalah.

Sofea bersorak riang. Dia menarik tangan Noah untuk mengekorinya ke dalam sebuah bilik.

"Eh? Nak kemana?"

"Tukar baju Kau la."

"....."

*******

Noah berkerut sepanjang perjalanan di dalam kereta milik keluarga Sofea. Sofea pula yang duduk di sebelah Noah asyik mencuri pandang ke arah lelaki itu yang asyik merenung ke luar tingkap.

Golden Dust [Revised Ver]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang