19

2K 181 11
                                    

Menurut lelaki yang bernama Jacob tadi, dia merupakan tukang kebun di sebuah rumah agam milik keluarga Earl Liore Stewart. Dia dan juga anak perempuannya yang bekerja sebagai pembantu rumah telah berkhidmat dengan keluarga Earl tersebut selama sepuluh tahun. Beberapa bulan yang lepas, anak lelaki Earl tersebut mula bertindak pelik.

Dia menjadi pendiam secara tiba-tiba dan berkurung di dalam bilik selama berminggu-minggu. Makanan pula hanya dihantar ke bilik kerana dia enggan keluar. Puas dipujuk namun dia masih belum mahu keluar. Namun, sebulan yang lalu, dia keluar dari bilik dengan riak wajah yang ceria. Jacob yang hairan dengan perubahan tersebut terus menyiasat.

Rupanya anak lelaki Earl tersebut telah putus cinta. Mereka hampir bertunang namun perempuan tersebut telah berlaku curang. Anak lelaki Earl tersebut memang selalu putus cinta dan semuanya kerana mereka curang namun tidak pula dia berkurung seperti itu. Mungkin.. dia terlalu sayangkan perempuan kali ni. Apa yang pelik, anak lelaki Earl itu tidak pernah serik untuk bercinta walaupun telah berkali-kali ditipu perempuan.

Jacob tidak syak apa-apa selepas itu sehinggalah dia perasan akan perubahan anak perempuannya yang seringkali nampak takut setiap kali diminta untuk melayan anak lelaki Earl. Rupanya anak lelaki Earl tersebut telah mengasarinya. Sudah beberapa kali dia dipukul hanya kerana kesalahan kecil.

"Dia telah menculik anak perempuan aku dan memaksa aku bekerjasama dengan dia. Kalau aku tak lakukannya, nyawa anak aku dalam bahaya. Aku terpaksa buat apa yang dia minta." Jacob tenang sahaja bercerita.

"Asalkan aku diam bila polis bertanya.. anak aku selamat. Tapi aku percayakan kau untuk selamatkan anak aku. Aku kenal kau.. aku pernah nampak kau di rumah agam tu. Kalau kau yang bertindak, orang lain tak boleh halang." beritahu Jacob lagi namun kali ini dia melihat Anna dengan penuh pengharapan.

"Nama.. nama anak kau apa?" soal Anna. Riak wajahnya bertukar beku. Langsung dia tak sangka tukang kebun ini tahu tentang kisah silamnya.

"Alise." jawabnya membuatkan wajah Louis bertukar.

Louis pantas menoleh ke arah Anna dan saat itu juga jeritan Sofea di luar membuatkan Louis berlari keluar diikuti oleh Anna yang melangkah dengan tenang.

******

Chris mengangkat kedua tangannya ke udara seperti yang Alise arahkan. Noah disisi melakukan perkara yang sama. Pisau dileher Sofea membuatkan gadis itu menggigil ketakutan. Senyuman Alise yang mengerikan itu membuatkan bulu roma mereka yang melihat meremang. Alise ketawa kuat.

"Alise... atau nama sebenar kau, Duncan Stewart?" suara Anna memecah sunyi. Dia keluar dari belakang Louis dan berjalan ke arah Alise.

Semua mata kini terarah kepada Anna. Gadis itu dengan berani mendekati Alise atau identiti sebenarnya adalah Duncan, anak lelaki Earl Stewart yang diceritakan oleh Jacob.

"Kau memang hebat.. dari tadi lagi aku perhatikan kau. Ahahah!! Macam mana kau tahu yang aku lelaki?" soal Duncan membuatkan Chris dan Noah serta semua yang ada disitu terkejut.

Anna sinis tersenyum. Paip ditangannya dihala kebibir.

"Banyak kesilapan yang kau buat sepanjang penyamaran kau." beritahu Anna.

Duncan berkerut namun Sofea yang menjadi tebusan masih belum dia lepaskan.

"Semua orang tidak mengesyaki aku sebagai seorang perempuan. Tapi sejak awal, kau saja yang sentiasa menjarakkan diri dari aku. Macam mana kau tahu?" tanya Duncan.

"Pertama, bentuk badan kau. Walaupun kau berjaya buat gaya macam perempuan, pergelangan tangan kau yang dapat aku lihat dari lengan baju telah membongkarkan identiti kau. Tulang lelaki dan perempuan tak akan sama. Tangan tu selembut mana pun pergerakan kau, tangan tu milik lelaki. Ketinggian dan besar badan kau juga, walau dilindungi dengan pakaian perempuan, tak dapat menutup yang kau masih seorang lelaki."

Golden Dust [Revised Ver]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang