"Miore! Dah agak dia yang bunuh! Aku pun rasa Miore yang bunuh.." sampuk Louis.
Anna memandangnya tidak puas hati dan mengeluh. Hilang terus minatnya. Noah di sebelah mencapai salah satu buku dan membaling tepat ke muka Louis. Anna masih belum habis cakap tapi dia sibuk nak juga menyampuk.
"Diamlah! Anna tak habis cakap lagi." marah Noah. Louis mengerling dari anak matanya. Panas hati.
"Kau ni.. dari tadi lagi, siapa kau ni eh?" jeling Louis.
Noah menghiraukan Louis dan kembali memandang Anna yang menghisap paipnya. Noah berkerut. Baru dia perasan tentang paip di mulut Anna. Asap kecil itu berbau wangi seperti hutan yang sedang mekar dan rasa segar dalam masa yang sama. Buat Noah terpukau seketika. Seolah-olah ada taman bunga dalam paip kecil itu.
"Mungkin.. Miore pun boleh jadi pembunuh untuk kes ni." beritahu Anna.
Louis dan Noah diam. Keduanya berkerut serentak.
"Miore? Maksud awak?" tanya Noah.
"Miore akan jadi pembunuh.. kalau Puan Cally masih belum dibunuh oleh pembunuh sebenar." jawab Anna. Dia menghembus asap dari paipnya ke muka Noah. Noah berundur ke belakang sedikit. Tangannya mengipas asap di udara.
"Ahh, janganlah.." rayu Noah membuatkan Anna tersenyum sinis.
"Jadi.. siapa pembunuh tu?" tanya Louis tidak sabar.
"......."
Diam.. jawapan yang tiada siapa sangka. Noah ketawa setelah lama mendiamkan diri. Dia mengusap kepala Anna seperti budak kecil namun ditepis Anna dengan kasar. Pipinya di kembungkan tanda tidak berpuas hati. Macam tupai kecil yang menyimpan kacang kegemaran di dalam mulut.
"Pembunuh telah membunuh Puan Cally dengan menembaknya menggunakan pistol dari dalam laci di bilik kerja Niels. Namun, ketika pembunuh mahu menghapuskan bukti, Miore masuk ke dalam bilik Puan Cally dengan pistol ditangan."
"Pistol yang dipegang Miore adalah pistol milik Puan Cally. Si pembunuh terkejut dan menyembunyikan diri. Dia perhatikan Miore dan anggap itu peluang yang baik untuk tutup kesalahannya."
"Tapi, Miore yang nampak Puan Cally dah pun dibunuh dulu jadi takut. Dia lari dari situ dan campakkan pistol ke dalam tong sampah kat luar. Miore pura-pura bersiar di taman sedangkan hakikat sebenar dia dah tahu Puan Cally dah mati. Sebab tu dia tak terkejut sangat bila mayat tu dijumpai." Anna kembali menghisap paipnya lagi sebelum menghembus nafas.
"Lagi satu, pembunuh nak buatkan Miore nampak seperti pembunuh, jadi dia ambil pistol yang Miore campak tu dan tukarkan kelongsong peluru supaya pistol dalam tong sampah tu kekurangan satu peluru. Nampak la macam Puan Cally ditembak menggunakan pistol miliknya. Padahal, Puan Cally sebenarnya ditembak menggunakan pistol milik Niels."
Louis dan Noah terkebil-kebil dengan deduksi yang dibuat Anna dalam sekelip mata.
"Kenapa tak ada bunyi tembakan? Senang. Sebab penyenyap bunyi yang dijumpai di taman. Pembunuh buang kat situ sebab tahu Miore bersiar di taman supaya lebih kukuh bukti untuk tuduh Miore." terang Anna lagi selepas panjang lebar dia bersuara tentang perkara sebenar yang berlaku.
Louis yang mendengar cuma memandang Anna tidak puas hati. Dia seolah-olah sudah tahu Anna pasti akan membuat keputusan yang berlainan daripada dirinya.
"Jadi? Niels adalah pembunuh?" tanya Noah, penuh minat.
"Tak, sebaliknya adalah Lisa. Lisa adalah pembunuh tu." jawab Anna.
"Ha?? Kenapa pula?!" tanya Noah dan Louis serentak. Kali ini mereka berdua berfikir benda yang sama.
"Macam mana? Bila dia ambil pistol dari dalam laci Niels sedangkan Niels sentiasa dalam bilik kerja dia?" soal Louis selepas itu. Noah pula semakin bersemangat nak tahu.
KAMU SEDANG MEMBACA
Golden Dust [Revised Ver]
Mystery / ThrillerSt. Margurite Highschool, sekolah yang penuh misteri dan pelbagai kisah aneh. Noah merupakan pelajar pertukaran di sekolah tersebut namun dia dipulaukan kerana latar belakangnya yang datang dari jauh. Suatu hari, Noah telah mengambil keputusan untuk...
![Golden Dust [Revised Ver]](https://img.wattpad.com/cover/69458163-64-k970656.jpg)