07

3.1K 212 31
                                    

Noah memerhati keadaan sekeliling taman tersebut. Cantik dan aman saja terasa apabila bayu lembut bertiup. Langsung tidak menyeramkan seperti semalam. Anna disebelah telah hilang. Noah gelabah mencari.

Dari jauh, dia ternampak akan pondok wakaf di tepi pokok

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Dari jauh, dia ternampak akan pondok wakaf di tepi pokok. Noah perhati sekeliling. Anna memang tiada disitu. Penat Noah dibuatnya. Baru sekejap dia melepaskan Anna dari genggaman tangan dan gadis itu telah menghilangkan diri.

"Cari apa?" suara seseorang menegur membuatkan Noah terperanjat. Dia mencari pemilik suara tersebut.

Seorang gadis sedang duduk di atas pokok tersenyum ke arah Noah. Noah yang berada di bawah mendongak ke atas. Baru dia perasan bahawa pokok tersebut adalah satu-satunya pokok yang berbunga cantik.

"Maafkan saya.. ada tak nampak perempuan kecil dan pendek yang lalu kat sini? Dia pakai baju warna ungu." soal Noah. Perasaan pelik menerpa setelah itu.

"Oh.. dia pergi arah sana." tunjuk perempuan itu. Noah mengucapkan terima kasih dan terus menuju ke arah yang ditunjukkan tadi. Setelah Noah berlalu, perempuan tadi tersenyum sinis.

 Setelah Noah berlalu, perempuan tadi tersenyum sinis

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Jauh terasa perjalanan Noah. Akhirnya kelibat Anna muncul. Noah berlari mendapatkan Anna yang sedang menoleh ke kiri dan kanannya, seperti mencari sesuatu.

"Anna!" panggil Noah namun Anna tidak menghiraukan panggilan tersebut. Anna berjalan-jalan seperti Noah tidak wujud disisinya. Noah mengetap bibir.

"Awak layan saya macam saya tak wujud lagi!" marah Noah namun nada suaranya yang kecewa membuatkan Anna cuma memandang sepi ke arahnya. Noah mengeluh. Dia memang tak boleh nak marah pada Anna. Lagipun, cuma Anna satu-satunya kawan yang dia ada. Walaupun dia cuba buat-buat marah, Anna masih tak pedulikan dirinya.

Orang lain pun dia tak nak tegur. Kalau dia tegur dan cuba berbual sekalipun, tak akan ada orang layan Noah. Saat itu Noah terkaku. Orang lain.. tak tegur pun dia. Jadi, siapa perempuan yang tegur dia tadi? Bulu roma Noah mula naik. Dia memandang Anna, takut.

"Apa?" tanya Anna setelah lama mendiamkan diri.

"Tadi.. ada pelajar perempuan tegur saya. Awak tak rasa pelik ke? Mana ada orang yang berani tegur saya." cerita Noah.

Golden Dust [Revised Ver]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang