1 [Prolog]

12.3K 671 109
                                    

Note: Hohoho yeah zatt kambek lagi hemm memandangkan semua sedih so zatt janji nak buat sequel kan huehue ...

First of all , cerita ni mungkin diubah storyline or mungkin ada penambahan watak perubahan hero and banyak lagi hehehe ...

This chapter zatt tambah members from UP10TION my bias wrecker , Wei and my baby yugyeom from GOT7 and banyak lagi lah . Ada beberapa watak yang masih dikekalkan .

So yah ! Check it out .

Kesian yang asyik suruh publish sequel tu huhuhuhu ... please baca 'Suamiku Si Cikgu Dingin' dulu before baca sequel ni .

Dewan sekolah bergema dengan suara sorakan bekas pelajar tahun lepas yang menduduki peperiksaan kemasukan ke universiti. Nampaknya hampir kesemua dari mereka mendapat keputusan yang cemerlang.

HIYARGH!

Habis topi graduasi mereka dibaling ke udara. Semuanya bergembira dengan keputusan yang diraih, kecuali seseorang yang sedang senyap berdiri di sudut dewan itu.

Iaitu Han Yumi.

Slip di tangannya itu ditenung dan dia mengeluh lemah.

Nama : 한유미Yumi - Han

Markah : 95/100

"Ruginya cikgu Jeon dah pergi ..." Perlahan Yumi bersuara, sambil dia berjalan menuju ke sekelompok pelajar yang sedang galak ketawa. "Jimin,"

Jimin yang sedang menikmati kuih karipap yang terhidang segera menoleh apabila namanya dipanggil. "Kau makan apa?"

"Karipap! Katanya cikgu Taehyung import dari Malaysia sebab rasa dia sedap , kawan dia Taufik bagi. Memang peh! Sedap ..." Jimin puji melambung makanan yang dimakannya dengan tanda ibu jari. "Nak rasa?"

Sebiji karipap dihulurkan, dan Yumi menyambut dengan hati yang terbuka ceh.

"Sedap kan?"

"Ya ... "

" ... "

" ... "

"Kau kenapa Yumi?"

" ... kau tahu kan ... "

"Cikgu Jeon?"

Laju Yumi mengangguk. "Aku rindu dia. Aku ... nak sangat tunjuk keputusan ni dekat dia. Nak sangat."

Jimin memberikan satu pelukan mesra kepada Yumi. "Alalala, my little sister. Janganlah sedih. Aku yakin cikgu mesti bangga dengan kau. Jangan sedih, tau?"

"Ya ... "

Pelukan itu dileraikan. "Kau dapat tawaran universiti mana?"

"Mama aku periksa dan aku dapat Universiti Seoul. Sama dengan Jin sunbaenim. Kau?"

"Cool! Aku pun!"

Kedua-dua mereka tergelak kecil.

"Dahlah, aku nak balik dulu. Nak beli barang-barang untuk asrama nanti. Jaga diri, tau?" Jimin mengusap kepala Yumi yang nyata lebih rendah darinya sejengkal.

"Ya ... aku pun nak baliklah."

"Bye, jumpa dekat sekolah baru!"

"Okay!"

Seminggu Kemudian

"Yumi! Barang-barang kamu dah siap ke belum?" Pn. Han menjerit dari tingkat bawah. Terkocoh-kocoh dia menyediakan sarapan pagi untuk anak sulungnya itu.

"Bawa bertenang, ma. Baru pukul 6:50 pagi ni ha." Yugyeom, anak kedua Pn. Han memberitahu. Roti bakar dicalit dengan jem coklat merupakan makanan kegemarannya. Takde nasi takpe jangan takde roti bakar.

"Mana boleh. Kakak kamu ni selalu lambatlah, Mama tak tahu dia buat apa dalam bilik dia tu. Kalau boleh mama nak gerak awal biar nanti trafik ta-"

"Noona! Cepatlah!" Yugyeom menjerit tiba-tiba. Pn. Han sudah tercengang. "Heh, lambat sangatlah kan ma?" Sebenarnya, dia tak mahu mendengar bebelan ibunya pagi-pagi lagi. Tu yang dia hantar bunyi siren dekat kakak dia tu.

KTAK KTAK KTAK!

Bunyi beg roda yang ditarik turun dari tangga jelas kedengaran di telinga Pn Han dan Yugyeom. Kedua-dua mereka mengeluh sambil tersenyum melihatkan Yumi yang menggelabah turun dari tangga.

"Ala, ma! Beg roda ni dah tercabut rodanya! Uwaaa!" Yumi merengek sambil menghentak-hentak kakinya kemarahan. Beg roda berwarna merah jambu itu diterbalikkan dan memang sah rodanya tercabut. Bukan satu, bukan dua, tapi semuanya!

Yugyeom tersenyum sinis. "Tulah, beli lagi beg jenama murah. Yang pergi beli jenama Nikah kenapa, dah sah-sah dia tiru jenama Nike! Bongok betullah noona!" Berdekah-dekah Yugyeom ketawakan kakaknya.

Yumi terhenti. "Bongok betullah noona!"

Membuatkan dia teringat kepada

Han Yumi si bongok dan Jangan sentiasa bongok tak tahu apa-apa.

"Yugyeom! Apa kamu buat ni? Minta maaf balik dekat noona kamu!" Pn. Han memarahi Yugyeom kerana melihatkan Yumi yang tiba-tiba terdiam di tangga.

Yugyeom mencebik dan berlalu menuju ke Yumi. "Noona, sorry," Yumi tersentak dan menggeleng.

"Tak apa tak apa."

"Ha tengok! Noona tak marah pun! Dah, jom makan noona!"

Pn Han sekadar merenung tajam Yugyeom yang memang jenis cakap lepas. Yumi pula sudah berdiri semula dan menuju ke meja makan tanpa mempedulikan beg rodanya.

"Beg kamu macam mana, Yumi?" Pn Han kerisauan. Banyak benda yang disimpan dalam beg itu.

"Jangan mama risau."

"NOONA! HIYARGH! NOONAAAA!" Yumi tersenyum sinis mendengar jeritan Yugyeom yang sedang merana. "KAU JAGA KAU! BARANG KAU AKU PULAK YANG AMBIK HEH MEMANG CANTEK PERANGAI"

"ADOI! SAKITLAH MAMA!" Yugyeom yang kepenatan berasa marah dengan Pn Han yang menampar-nampar kecil pipi Yugyeom. "JANGANLAH CAMNI!"

"Mulut tu cuba tutup, Yugyeomie~" Pn. Han mencubit-cubit pula pipi lelaki itu. Geram pulak dengan lemak pipi anak lelakinya itu.

"Ha, dah sampai! Letak barang-barang tu semua atas katil! Janganlah letak atas lantai! Habis berhabuk barang-barang akulah!" Yumi menjerit apabila Yugyeom membaling beg-begnya ke atas lantai.

"Lu punya barang sendiri beres. Susah-susah Yugyeom naik bukit lepas tu nak arah-arahkan orang pulak. Dahlah menyusahkan sekolah atas bukit. Lepastu nak suruh orang angkatkan barang-barang amboi bagu-"

"DIAM SYAITON."

Dengan itu, muka Yugyeom secara rasminya meninggalkan cap di atas lantai berhabuk itu ala-ala artis di Bollywood. Yang bezanya, Yugyeom cop muka, artis tu semua cop tangan je.

Setelah Pn Han dan Yugyeom menjelajah kawasan sekeliling asrama Yumi, mereka akhirnya meminta izin untuk pulang ke rumah.

"Dah, mama nak balik ni. Belajar rajin-rajin." Pn. Han memberikan pelukan kepada anak perempuannya. Kemudian, Yugyeom pula memeluknya dengan erat.

"Ma, nanti bila turn Yugyeom ambil periksa, mama upah tutor lawa tau? Nak jugak macam noona, dapat tutor hensem wuih Yugyeom pun tergoda. Tau tau tau?"

"HA TAKDE BIAR MAMA YANG TUTORTV KAN KAU YE NAK? Dahlah, kami pulang dulu ye Yumi. Byeee~!"

Kereta BMW laju meluncur dengan kepala Yugyeom yang tersembul keluar dari tingkap dan sibuk melambai-lambai ke arah Yumi.

"ADOI!" Lantang suara Yugyeom bergema, apabila ranting kayu yang berjuraian itu menggarit kepalanya yang keras itu.

Yumi tergelak kecil. Bengong punya adik

♡♡

Done first chapter huehue ...

Do vote & comment !

[c] CIKGU DINGIN VS CIKGU COMEL Where stories live. Discover now