13

4.4K 483 154
                                    

"Who cares ? I'm your partner forever"

Yumi terus terbeliak. Terlalu terkejut dengan kata kata Jungkook sehingga dia hampir terlentang ke dalam laut.

"Cikgu Jeon, kita dah tak.."

"Diam!!!"

Jeritan nyaring Yoongi memotong kata kata Yumi. Semua mata yang berada di dalam bot memandang Yoongi yang sudah pun berdiri di hadapan sambil hoseok berdiri di sebelahnya.

"Siapa mabuk laut?!!!" Soal Yoongi. Dia memandang 12 pasang mata yang sedang memandang dia tajam. Tiada sesiapa pun yang mengaku mabuk laut.

"Tak ada ke? Bagus!"

Yoongi terus melompat turun dari atas dek bot. Hoseok ditolak ke depan. Hoseok pula hampir tersembam akibat tolakan Yoongi secara tiba tiba , terserlah bangat Hoseok menyampah dengan Yoongi.

"Cikgu Jung akan agihkan plastik hitam ni kepada kamu semua sebab mana lah tahu kan ada yang tiba tiba mabuk nak muntah. Lagi satu, kalau nak terkencing ke terberak ke boleh juga manfaatkan plastik ni. Banyak ni"

Bebel Yoongi sambil dia menyusun beberapa kotak plastik hitam yang dia angkut tadi. Sumpah Yoongi pelik. Hoseok pula gigih mengagihkan plastik hitam mengikut arahan Pengetua.

Selepas Yumi mengambil plastik hitamnya dia terus pandang ke tepi , Dia dapat lihat Jimin sedang duduk di sebelah Wei. Jimin dan Wei yang perasaan akan pandangan Yumi terus menoleh kearahnya. Mereka melambaikan tangan kepada Yumi dan Yumi membalasnya. Sempat pula Wei mengenyitkan matanya, terkebil kebil Yumi namun cepat cepat dia mengalihkan pandangannya saat dia perasan mukanya semakin panas.

"Kenapa panas ni" Yumi terus memegang kedua dua belah pipinya. Terus dia teringat kejadian semalam. Ahh malu.

Bot terus bergerak daripada kawasan jeti. Cuaca hari ini agak baik namun angin yang bertiup membuatkan laut sedikit beralun. Yumi kebosanan. Jungkook daripada tadi sibuk mengambil gambar laut dan beberapa nelayan yang sedang menangkap ikan. Mereka langsung tak berbual.

Yumi sekali lagi menoleh kearah Jimin dan Wei , mereka bersembang rancak dan asyik bergelak ketawa. Dalam masa yang sama dia terpandang Wei. Dia nampak sangat kacak mengenakan baju putih dan seluar hawaii bewarna biru. Rambutnya pulak beterbangan ditiup angin dan wajahnya dihiasi senyuman sambil berbual dengan Jimin yang tak kurang juga hotnya.

Dugeun Dugeun.

Hatinya berdegup kencang. Sekali lagi Yumi bersandar , kali ini sambil memegang dadanya pula.

"Kenapa berdebar debar ni"

"Yumi"

Tiba-tiba Jungkook memanggilnya. Yumi terus mendongak memandang Jungkook yang berada di sebelah kirinya.

"Apa?"

Jungkook menyuakan Camera canon DSLRnya kepada Yumi.

"Ambilkan gambar aku kejap"

"Tak naklah"

"Kau ni kenapa, tolong la kejap" Jungkook terus menarik tangan Yumi dan meletakkan camera di dalam genggaman Yumi.

"Cikgu Jeon ni menyusahkan betul lah"

Yumi akhirnya mengalah , dia terus bergerak ke belakang sikit agar sudut untuk gambar Jungkook nampak sempurna.

Selesai posing 2 3 gaya , Yumi terus meletakkan camera itu diatas riba Jungkook semula.

"Dah la nak duduk kat tempat lain" Yumi terus beredar namun baru 2 langkah dia berjalan . Bot tiba-tiba bergoyang kuat membuatkan Yumi tidak dapat mengimbangkan dirinya dengan baik.

[c] CIKGU DINGIN VS CIKGU COMEL Where stories live. Discover now