Setiap satu pintu kabinet Yumi dibuka. Mencari segala bahan bahan untuk memasak. Dia tidaklah pandai memasak tapi retilah jugak selepas 5 tahun tinggal dengan Wonwoo, ada juga dia tengok Wonwoo memasak.
Nasi yang sudah siap ditanak dikeluarkan dari periuk. Hari ini dia menyediakan kimbap sebagai sarapan Yumi. Selesai menggulung nasi di dalam rumpai laut basah, dia menyusunnya di atas pinggan. Kemudian susu pula dikeluarkan dari peti sejuk. Sementara menunggu roti bakar, dia pergi ke bilik Yumi untuk mengejutkan Yumi.
Pintu bilik dibuka perlahan-lahan, dipandang katil Yumi sudah pun dikemas. Nampaknya Yumi dah bangun. Mungkin sedang mandi. Jungkook terus berbaring di atas katil Yumi menunggu Yumi siap mandi. Dia membelek majalah majalah yang terdapat di dalam rak sebelah katil Yumi.
Selesai memakai shorts jeans dan over-sizes t-shirt bewarna kuning cair. Rambutnya disanggul tinggi dan dia pun terjengket-jengket keluar dari bilik air. Terkejut Yumi melihat Jungkook sedap sahaja baring di atas katilnya. Jungkook turut menoleh memandang Yumi.
"Morning!" Tegur Jungkook sambil bergegas bangun dari katil Yumi. "Hm morning, dah lama ke cikgu sampai?" Soal Yumi.
"Tak jugak, jom aku dah siapkan sarapan" Jungkook terus pergi kearah Yumi membantu Yumi berjalan.
"Wah cikgu buat ke beli ni? Nampak sedap!" Yumi duduk di atas kerusi teruja. Satu kimbap dicapai dan terus dimakan tanpa menunggu Jungkook yang sedang menyediakan roti bakar.
"Mmmm mashita! Cikgu buat ke ni?" Soal Yumi lagi sekali. Jungkook yang sibuk menyapu jem di atas roti bakar hanya mengangguk.
"Sedap! pandai cikgu buat" Puji Yumi ikhlas. Jungkook hanya tersengih. "Terima kasih, makan lah sampai habis"
Tanpa berlengah lagi Yumi terus mencapai satu per satu kimbap yang Jungkook buat tadi. Jungkook yang duduk di hadapannya hanya memerhati Yumi makan dengan berselera. Seronok dia tengok Yumi makan hasil air tangannya.
Sedang asyik dia tenung Yumi, tiba-tiba Yumi berhenti makan. "Kenapa?" Jungkook menyoal Yumi yang memandangnya dengan riak wajah yang pelik. "Cikgu tak makan ke?" soal Yumi. Jungkook menggeleng kepalanya. "Takpe, kau makanlah. Aku buat untuk kau"
Yumi terus meletakkan kembali kimbap terakhir itu diatas pinggan. "Tak! Cikgu kena makan jugak" Pinggan itu ditolak kearah Jungkook. "Takpe, kau makan je"
"Ish cikgu ni seram lah kalau baik! Makan jelah"
"Kau makan je lah"
"Cikgu Jeon!"
"Han Yumi!"
Mereka saling memandang wajah masing-masing. Pandangan tajam bersilih ganti. Entah siapa lah yang akan mengalah. Pinggan kimbap itu kini berada di tengah-tengah meja makan.
"Yelah aku makan"
Yash! Jungkook mengalah. Yumi mula meraikan kejayaannya. Dia tersengih. "Yey cikgu! Meh saya suapkan cikgu makan" Kimbap itu disuakan di depan mulut Jungkook. Jungkook pula asyik ke belakang mengelak dari kimbap itu termasuk ke dalam lubang hidungnya. Excited benar Yumi ni nak suap Jungkook.
"Cepatlah cikgu!" Yumi memprotes apabila Jungkook masih belum membuka mulutnya.
"Aaaaaa.. kapal terbang nak masuk terowong, cepatlah cikgu!!!"
Jungkook pula segan silu, teruk sungguh perangai tak matang Yumi ni. Semakin lama kimbap itu hampir dengan mulut Jungkook dan dia pun mula membuka mulut. Seluruh kimbap itu selamat masuk ke dalam mulutnya dan dikunyah, Yumi pula bertepuk tangan gembira.
"Sedap kan cikgu kan? Sedap kan kan kan?" Soal Yumi. "Hm sedap sedap" Jungkook mengangguk kepalanya. Malu pun ada kalau lah Yumi buat perangai macam ni kat luar.
YOU ARE READING
[c] CIKGU DINGIN VS CIKGU COMEL
Fiksi PenggemarA sequel of 'Suamiku Si Cikgu Dingin' Han Yumi dan Jeon Jungkook bertemu sekali lagi! Di Busan! Adakah ini jodoh mereka? Yumi yang mengambil keputusan untuk menjadi guru ganti bersama Park Jimin terpaksa menjadi rakan sekerja Jeon Jungkook di SMK B...