14

3.9K 455 243
                                    

Seminggu selepas lawatan ke Pulau Jeju, semua kembali seperti sediakala. Yumi seperti biasa, bersemangat untuk ke sekolah.

Selesai mengunci pintu rumahnya dia menunggu Jimin di pintu pagar.

"Yumi.. jom"

Jimin juga keluar tepat pada masa nya, mereka berjalan kaki ke sekolah seperti biasa. Bukannya mereka tiada lesen memandu namun di Korea, memang rakyatnya lebih mengamalkan kehidupan dengan menaiki pengangkutan awam.

"Cikgu Jeon tak gerak sekali dgn kita ke?" Soal Yumi setelah dia tersedar ketidak hadir Jungkook.

"Dia keluar awal hari ni, kenapa?"

Yumi hanya menggelengkan kepalanya.

"Wei, awal kamu bersiap hari ni" Puan Lee menyoal sambil tangannya sibuk menyediakan sarapan diatas meja. Wei pula sibuk membetulkan tali lehernya di depan cermin, rambutnya dispraykan pewangi dan kemudian diselak ketepi menyerlahkan dahinya yang lincin. Teguran ommanya diabaikan.

"Aku pergi dulu" tanpa menunggu apa apa kata daripada ommanya, Wei terus melangkah keluar dari rumah. Panggilan ommanya yang memanggil dia untuk sarapan dahulu diabaikan juga.

Dia terus berlari ke sekolah dengan harapan dia dapat berjumpa dengan Cikgu kesayangannya di dalam bas yang selalu Yumi naik.

Sampai sahaja di perhentian bas, sudah pun ada bas bernombor 36 yang akan membawa mereka ke sekolah. Sepantas kilat Wei lari dan melompat masuk ke dalam bas. Termengah mengah dia mengawal nafas kerana penat berlari.

Namun kepenatan itu hilang apabila dia ternampak Yumi yang comel memakai gaun pendek bewarna soft blue dan seperti kebiasannya dia akan menyanggul rambutnya tinggi menyerlah leher jinjangnya. Dia sedang berdiri sambil berbual dengan Jimin yang turut berdiri.

Wei terus kearah mereka. Dia terus menutup mata Yumi dari belakang.

"Omo! Siapa ni?" Yumi menyoal sambil tangannya cuba mengalihkan tangan yang menutup matanya.

Wei terus memberikan isyarat agar Jimin tidak memberitahu Yumi.

"Jimin... siapa ni?" Yumi menyoal lagi.

"Anak murid kau lah" jawab Jimin.

Yumi mengerutkan dahi, dia meraba tangan Wei sebelum dia tersenyum.

"Lee Wei"

Wei terus ketawa sambil melepaskan Yumi.

"Alaa macam mana tahu" Wei mencebik.

"Saya tahu lah bau awak"

Wei tersenyum sinis

"Bau saya? emmm cikgu selalu bau..."

"Tak! bau perfume awak tu saya kenal!" Sepantas kilat Yumi menyangkal tekaan Wei.

"Waaah Cikgu Hoseok, apa nama masakan tu?" Soal Yumi yang teruja melihat Hoseok membuka bekas makanannya.

"Nasi goreng pattaya" Jawab hoseok sambil dia mencedok sebelah nasinya masuk ke dalam pinggan dan dihulurkan kepada Yumi.

"Ahhhh nampak sedap" Yumi menyambut huluran Hoseok sambil tersenyum lebar. Sudu dicapai dan dia terus mencuba makanan itu.

"Macam mana? Sedap tak?" Soal Hoseok , seronok dia tengok Yumi makan. Baginya Yumi salah seorang guru yang paling ceria di dalam sekolah ini. Semua orang menyukainya kecuali Jeon Jungkook.

Bukannya Jungkook ada memberitahunya yang dia kurang suka kan Yumi tapi daripada sikap dingin yang terlalu menonjol untuk Yumi, semua orang pun tahu dia tak suka akan kehadiran Yumi disini.

Namun ada kalanya, dia kisah pasal Yumi. Kalau Yumi tak ada di tempatnya, ataupun pulang awal Jungkook akan tanya.

'Yumi mana?'

"Sedapnya! Awww mashita" Jawab Yumi.

"Kerja makan je, patut lah gemuk" Tegur Jungkook yang entah dari mana muncul dengan secawan nescafe di tangan. 2 sampul surat ditangannya diletakkan diatas meja Yumi.

"Apalah kau ni, Yumi kau kata gemuk. Body dia goals k my type" Hoseok membela Yumi. Yumi hanya mengangguk mengiyakan pujian Hoseok.

"Cikgu Jeon nak nasi pattaya?" Yumi mempelawa Jungkook.

"Aku dah makan dengan Jiae, tu kad jemputan. Jangan tanya banyak nak hadir, taknak hadir sudah" Jungkook membetulkan kemejanya dan dia terus beredar dari situ.

Yumi dan Hoseok terkebil kebil melihat Jungkook keluar daripada bilik guru.

"Jemputan apa eh?" Yumi terus mencapai sampul yang diletakkan diatas mejanya tadi, satu dihulurkan kepada Hoseok.

"Cuba bukak" Arah Hoseok.

"Okay jap" Yumi terus membuka sampul tersebut. Satu kad bewarna silver dibuka.

Jemputan Perkahwinan

Jeon Jung Kook
&
Yoo Ji Ae

23 April [Ahad]

Terlepas kad itu daripada tangan Yumi. Ternganga dia membaca ayat ayat di dalam Kad itu.

"Kenapa Yumi?"

Hoseok terus mengambil kad yang dijatuhkan Yumi tadi. Dia terus membaca kad tersebut.

"Omo Jungkook!"

♥♥♥

Maaf Yukook shippers ;)

Anw seya stil in exam mood duh exam weeks tamat on 19/11 so tak boleh nak update selalu. Hari ni update pun sebab bosan lepastu rasa mcm nak sakitkan hati orang HAHAHAHA

[c] CIKGU DINGIN VS CIKGU COMEL Where stories live. Discover now