Wei tersenyum girang di tapak perhimpunan. Hari ini dia nampak Yumi di atas pentas bersama dengan barisan guru yang lain. Ucapan daripada guru bertugas dan pengetua langsung tak diendahkan. Matanya hanya tertumpu pada Yumi yang selama 5 hari langsung tidak berjumpa atau berhubung dengan dia.
Yumi pula sudah gelisah, dia tahu Wei sedang memandangnya sambil tersenyum dari awal perhimpunan bermula. Namun Yumi risau jika senyuman Wei itu bakal hilang selepas mendengar kata-kata pengetua. Sesuatu yang semestinya menyakitkan hati Wei. Yumi takut, dia menyesal tidak memberitahu Wei awal awal.
Jungkook yang berada selang 3 kerusi di sebelah kanannya dipandang, tenang sahaja muka guru kacaknya itu sambil mendengar ucapan pengetua. Terselit perasaan sakit hati sedikit apabila menyedari yang Jungkook duduk di sebelah Jiae. Mereka berdua saling bisik berbisik dan ketawa. Yumi mencebik.
Bukan kerana cemburu tapi sakit hati, angkara Jiae lari dari perkahwinannya dengan Jungkook, Yumi terpaksa menjadi isteri olok olok cikgu hidung besar itu buat kali kedua. Tetapi sekarang Jiae boleh pula bergurau senda dengan Jungkook tanpa rasa bersalah. Sekarang Yumi pula yang rasa bersalah, takut untuk berdepan dengan Lee Wei, pelajar yang menarik perhatian sejak kali pertama mereka berjumpa. Sedikit demi sedikit Wei berjaya memenuhi ruang hati Yumi dengan ayat ayat manis dan sifat penyayangnya membuatkan Yumi asyik membandingkan peribadi Wei dan Jungkook.
Wei sepertinya menghargai kewujudan Yumi di dalam hidupnya. Jungkook pula sebaliknya, tetapi adakalanya Jungkook baik. Itu membuatkan hati Yumi berbelah bahagi.
"Semua pelajar semestinya sudah sedia maklum tentang Cikgu Jeon dan Cikgu Han. Katanya mereka baru pulang dari berbulan madu. Pihak sekolah mengucapkan tahniah di atas perkahwinan Cikgu Jeon dan Cikgu Han"
Pelajar-pelajar bertepuk tangan, riuh rendah sambil ada yang menjerit. Jungkook dan Yumi berdiri sambil tunduk 90 darjah dan mengucapkan terima kasih.
Wei tak mengelipkan matanya saat mendengar ayat pengetua yang menghiris hatinya. Sungguh dia langsung tidak mengetahui perkara ini, macam mana pengetua boleh cakap yang semua pelajar sedia maklum akan hal ini? Shit!
Wei terus bangun saat pengerusi majlis mengambil alih majlis pada hari ini, kerusi plastik yang didudukinya tadi terus diangkat dan dihempas geram, Bunyi hentakan tersebut mengundang perhatian seluruh manusia yang berada di dalam dewan itu. Pecah terus kerusi itu akibat hentakan Wei, Semua orang senyap melihat Wei dengan kasar menendang serpihan kerusi itu sambil meramas rambutnya dan berjalan keluar, air mata yang bertakung di tubir matanya diseka sambil dia berjalan keluar dari dewan besar sekolah itu. Yumi yang berdiri di pandang sekilas sebelum keluar, air mata lelakinya mengalir. Dia dikhianati lagi.
Yumi tak mampu berdiri lagi, dia terduduk di atas kerusi. Tak sangka sampai begitu kecewanya Wei. Semua pelajar mula berbisik sesama mereka, guru-guru juga. Yumi terpaksa mengawal riak wajahnya. Takut ekspresi mukanya bertindak balas terlalu ekstrem atas tindakan Wei sebentar tadi mengundang persepsi ramai.
Jimin di sebelah memegang bahu Yumi memberi semangat, sesungguhnya kawan baik sentiasa berada di sebelah kita di saat kita susah atau senang. Tangan Jimin digengam erat, basah peluh tangan Yumi dapat Jimin rasai. Jimin tahu, Yumi takut.
"Jimin... aku perlu jumpa Wei" Yumi berkata dalam nada berbisik. Perlu tersangatlah perlu.
"Sabar Yumi, lepas majlis ni go.. go find him. Beritahu segala-galanya"
♡
Sudah 1 jam Wei duduk menangis di atas bumbung sekolah. Kertas di tangan dikoyak menjadi serpihan kecil. Air matanya sudah berhenti mengalir namun hatinya masih belum berhenti sakit.
Kali kedua dikhianati dan ianya sangat perit. Kali pertama dia dikhianati oleh Appanya sendiri, sewaktu dia berumur 15 tahun. Appanya lari meninggalkan dia dan Ommanya untuk bersama perempuan lain. Sejak dari hari itu, Wei kekurangan kasih sayang. Ommanya pula tidak henti henti menangis, mengabaikan kehidupan Wei yang sedang mencari identiti. Wei menjadi liar, baginya dia tak perlu menyayangi seseorang kerana suatu hari nanti orang yang disayangi itu kelak akan tinggalkan dia seperti bapanya. Jadi dia langsung tidak rasa bersalah menyakiti orang. Wei tiada perasaan.
YOU ARE READING
[c] CIKGU DINGIN VS CIKGU COMEL
FanfictionA sequel of 'Suamiku Si Cikgu Dingin' Han Yumi dan Jeon Jungkook bertemu sekali lagi! Di Busan! Adakah ini jodoh mereka? Yumi yang mengambil keputusan untuk menjadi guru ganti bersama Park Jimin terpaksa menjadi rakan sekerja Jeon Jungkook di SMK B...