11

5K 550 174
                                    

"Tak boleh jadi ni. Aku kena cari jalan sendiri! Walkie-talkie pun dah rosak!" tekad Yumi seorang, sambil tangannya masih menekan punat di walkie-talkie itu. Air mata dan peluh dilap dengan lengan baju sebelum dia cuba untuk berdiri kembali.

"Auch, sakit."

Yumi meraba-raba poket seluarnya lalu mengeluarkan telefonnya. Lampu suluh dari telefon itu digunakan untuk mencari jalan. Dengan perlahan, Yumi terhenjut-henjut menjejak kembali kumpulannya.

"Mana nak jalan ni ..." Sedang Yumi memandang sekelilingnya, dia terjatuh sekali lagi apabila kakinya terpeleot (?) akibat tanah yang berlumpur. "Eyy, macam mana ni? Dah kotor~"

Yumi bangun sekali lagi selepas membersihkan lututnya yang kotor itu. Badannya turut menggigil sedikit disebabkan malam yang sejuk dan berangin. Kebetulan pula dia sekadar memakai sweater dan seluar pendek paras lutut.

"Aduh, dah tak boleh bangun ni! Sakit sangatlah ..."

Yumi mengambil keputusan untuk berehat seketika di bawah pokok kerana dia kehabisan tenaga. Matanya meliar ke seluruh kawasan dengan hati yang berdebar-debar.

"Tsk tsk ... macam mana kalau aku kena makan dengan harimau? Nanti diorang jumpa mayat aku je? Uwaaa, tolong woi!"

Huff! Huff!

Tercungap-cungap Wei berlari ke sana-sini demi mencari Yumi yang hilang jejak itu.

"Cikgu!"

"Cikgu Han dekat mana?!"

"Janganlah main sorok-sorok cikgu!"

Wei terhenti di tengah-tengah pencarian, diikuti Jungkook di sebelahnya. "Mana cikgu ni, risaunya aku ..." bisik Wei sendirian. Matanya pula menjeling-jeling Jungkook yang turut kepenatan. "Ehem. Cikgu takkan tak tahu mana cikgu Han? Cikgu dengan dia tadi kan?"

Wei dan Jungkook memandang antara satu sama lain. Dengan tiba-tiba, Jungkook menghalakan lampu suluhnya tepat ke muka Wei, menyebabkan matanya terasa pedih.

"Jangan nak cari gaduh waktu sekarang."

"Saya tanya je, bukan cari gaduh!"

"Jangan nak sibuk-sibuk tanya! Yang penting cari Yumi sekarang!"

Jerkahan Jungkook berakhir dan dia berpaling ke belakang. "Pengetua Min, Cikgu Jung dan Cikgu Park! Tolong saya kumpulkan budak-budak, bawa mereka balik ke hotel. Biar saya cari Yumi di sini." arah Jungkook. Mereka bertiga bersetuju, dan segera berkumpul sebelum pulang kembali ke hotel.

Baru sahaja hendak melangkah pergi, Jungkook terpandang Wei yang masih tercegat di tempatnya. Dia merenung jejaka itu dalam-dalam, sebelum pandangan mereka bertembung.

"Saya tak peduli. Saya nak pergi cari cikgu Han sampai jumpa." tegas Wei dan berlalu pergi sebelum Jungkook sempat membuka mulutnya.

"Yah, Lee Wei!"

"Cikgu! Cikgu Han!" Wei terjerit-jerit di dalam semak hutan sambil menekan-nekan punat walkie-talkienya. Sedang dia laju berjalan, ranting kayu yang terjuntai di atas pokok menghiris lehernya pada waktu yang sama.

"Aduh ..." Menyeringai kesakitan Wei dibuatnya disebabkan oleh ranting kayu itu. "Sakitnya ..." Tangannya meraba-raba bahagian yang tercedera, dan darah mengalir tanpa henti. "Asal sakit sangat ni ..." rintih Wei. Terhenti pula langkah dia disitu.

TAK.BOLEH.KENA.TAHAN.CARI.CIKGU.DULU.

Wei menarik nafasnya dalam-dalam, dan menggagahkan dirinya mencari Yumi. Sarung tangan kecil dikeluarkan dari jaketnya lalu membalut lukanya itu.

[c] CIKGU DINGIN VS CIKGU COMEL Where stories live. Discover now