Pergelangan Yumi terasa sengal, Wajah Jungkook sangat menakutkan saat ini. Yumi sehinggakan takut untuk bersuara. Badan Yumi ditolak masuk ke dalam tempat duduk penumpang sebaik sahaja pintu dibuka. Jungkook menghempas pintu kuat sebelum berjalan laju kearah tempat duduk pemandu dan masuk dengan kasar.
Yumi memejamkan matanya sebaik saja kereta Jungkook mula bergerak, berdegup kencang jantung Yumi dengan cara pemanduan Jungkook ini. Yumi memegang kuat tepi tempat duduknya. Seram.
Jungkook pula memecut laju, semakin lama semakin dalam pedal di kaki ditekan seiring dengan tahap kemarahan. Yumi mengerling meter kereta yang jarumnya semakin lama semakin ke kanan.
180km/J!
Terbeliak mata Yumi, terus lengan Jungkook dipeluk. "Cikgu perlahan kereta kalau cikgu sayang saya! Tolong cikgu! Ini sangat bahaya" Yumi merayu, memang dia sangat takut.
Jungkook terus mengeluh, pedal minyak diangkat perlahan lahan sebelum kepalanya disandarkan. Yumi yang terasa seperti kereta semakin perlahan terus membuka matanya perlahan, Meter kereta dipandang dan nampaknya jarum tersebut berhenti pada 90km/J, Yumi mengeluh lega.
"Cikgu Jeon, tadi sangat bahaya tahu tak" Yumi bersuara cuba memujuk Jungkook. Jungkook pula hanya menganggukan kepalanya.
"Saya takut" Kata Jungkook. Yumi terus menoleh, dia kini sudah berada di posisinya tadi. "Saya pun takut, laju gila cikgu bawak tadi"
Jungkook secara tiba-tiba memberhentikan kereta. Yumi terinjak ke depan sedikit.
"Awak tak faham ke? Saya takut hilang awak... lagi" Kata Jungkook sambil pandang Yumi dengan muka berangnya.
Yumi membetulkan rambutnya yang kusut disebabkan Jungkook break mengejut. Jungkook dipandang sebelum bibirnya dicebikkan.
"Cikgu takut kenapa, faktanya cikgu. Kita bukannya kahwin betul pun. Saya kahwin dengan cikgu sebab nak selamatkan perkahwinan tu je, ingat tak bawah—mefyghfbnshjjkodyj"
Belum sempat Yumi habis bercakap Jungkook terus menarik leher Yumi dan mendiamkan Yumi menggunakan bibirnya. Terbeliak mata Yumi sambil menolak ciuman itu, Jungkook pula memejamkan matanya. Menahan tolakan Yumi di dadanya.
Pergelangan tangan Yumi dipegang untuk memberhentikan Yumi dari asyik menolak dadanya, Yumi akhirnya berhenti menolak. Dibiarkan Jungkook menyatukan bibir mereka dan Yumi masih belum membalas ciuman itu.
Jungkook membuka matanya, memandang mata Yumi. Akhirnya Jungkook mengalah, Yumi memang taknak balas ciuman itu. Dengan perasaan malu Jungkook meleraikan ciuman itu. Lengan Yumi terus dilepaskan. Dia pandang ke hadapan semula meninggalkan Yumi yang masih terkedu dengan tindakan Jungkook.
"Er... saya tak suka Jiae, saya lebih suka awak. Jadi jangan tinggalkan saya" Jungkook bersuara kekok. Terasa panas mukanya dengan peristiwa tadi. Malu kerana dia sangka Yumi akan membalas ciumannya.
"Tapi sampai bila cikgu? Sampai bila saya kena berlakon sebagai isteri cikgu. Sampai cikgu jumpa orang yang cikgu lebih suka daripada saya? macam tu?" Yumi mengangkat keningnya. Cukup tak puas hati dengan Jungkook. Kalau sampai tua Jungkook tak jumpa orang yang dia suka takkan Yumi nak duduk dengan dia sampai tua?
Yumi pun ada life okay!
"Hmm, kalau sampai mati pun saya tak jumpa orang yang saya suka melebihi suka saya pada awak," Jungkook toleh ke kanan memandang Yumi.
"You're mine foreverlah" Jungkook tersenyum sinis sebelum memasukkan gear, meneruskan perjalanan mereka.
"Habis tu saya?! Saya macam mana?" Yumi mula meninggikan suara.
YOU ARE READING
[c] CIKGU DINGIN VS CIKGU COMEL
FanficA sequel of 'Suamiku Si Cikgu Dingin' Han Yumi dan Jeon Jungkook bertemu sekali lagi! Di Busan! Adakah ini jodoh mereka? Yumi yang mengambil keputusan untuk menjadi guru ganti bersama Park Jimin terpaksa menjadi rakan sekerja Jeon Jungkook di SMK B...