7

4.7K 484 76
                                    

Pada satu pagi yang indah, Yumi sedang membancuh milo di bilik makan apabila dia terdengar suara Hoseok yang terpanggil-panggil namanya. Berasa aneh, Yumi pun melangkah keluar dari bilik makan dengan cawan yang berisi air itu. "Ya, cikgu Hoseok?"

Hoseok berpaling dan tersenyum lega melihat Yumi. "Heyy, sini sini! Saya ada benda nak bagitahu ni!" Hoseok menarik tangannya dan berlari keluar dari bilik guru dengan gopoh-gapah. "Yumi, awak kena tolong saya! Saya mohon!"

Mata Yumi membulat melihat Hoseok yang tercungap-cungap, dan mulutnya yang tidak henti-henti mengomel. Bukan itu saja, tangannya turut aktif mengipas wajahnya yang memerah. "Cuba, cikgu bertenang dan beritahu saya elok-elok."

Yumi menepuk belakang Hoseok yang menggelabah itu perlahan-lahan. Risau pulak yang dia ni pengsan nanti. "Tarik nafas, cikgu. Tarik nafas dalam-dalam dan ..."

"HAAAH!" Kuat Hoseok menghela nafas setelah mengikut arahan Yumi. Genggaman tangan antara mereka berdua semakin ketat dek kerana si Hoseok yang terlalu gementar. "Phew, lega sikit. Terima kasih, ya."

Dahi Yumi berkerut melihatkan Hoseok yang berjalan masuk ke dalam bilik guru semula. "Cikgu, bukan nak beritahu saya sesuatu ke?"

Ayat Yumi membuatkan langkah Hoseok terhenti di hadapan pintu yang terbuka itu. "ALAMAK! Betullah Yumi! Alamak alamak alamak macam mana ni?! Tolong saya, Yumi!"

Jejaka itu kembali menggelabah dan berjalan ke hulu-hilir sambil menggumam sesuatu. Yumi akhirnya memberikan minuman coklat yang dibancuhnya dan mujurlah Hoseok dapat ditenangkan.

Tapi, air dia yang habis. Haih~

"Ni, Yumi. Saya memang betul-betul dalam masalah!"

"Yeke? Apa masalahnya?"

"Esok hari festival kita, kan?" soal Hoseok dan Yumi mengangguk laju. Hatinya berdebar-debar kerana teruja akan festival itu pada hari esok. Ah tak sabar!

"Saya lupa nak beli maskot untuk sekolah kita! Awak tahu kan, pelajar-pelajar dari sekolah lain akan datang? Kalau sekolah kita tak ada maskot, habislah jatuh air muka! Nak beli hari ni saya sibuk pulak dengan persediaan yang lain dengan Jimin. Macam mana ni, Yumi? Ada cadangan tak? Aduiyai ..." Hoseok menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal dengan gelisah.

Yumi merenung wajah Hoseok dengan tenang. "Takpelah! Biar saya belikan maskot tu. Bagi saya alamat kedai dengan duit. Petang ni saya lapang, boleh pergi beli terus." Tangan kirinya dihulurkan dengan senyuman.

Hoseok pula memandangnya dengan wajah yang terkejut. "Betul ni? Yeay! Jom, ikut saya." Tangan Yumi yang dihulurkan itu ditarik masuk ke dalam bilik guru untuk ke tempat duduknya.

BUKK!

Hoseok yang asyik menarik tangan gadis itu tidak sedar bahawa bahu Yumi terlanggar Jungkook yang kebetulan ingin keluar dari bilik guru tersebut. Lelaki itu mendesis, menjeling dua orang manusia yang selamba saja langgar tak minta maaf.

"Asal ..." Jungkook memerhati mereka berdua dengan tajam. Hoseok masih tidak melepaskan tangan Yumi yang agak terpinga-pinga itu.

"Dia pegang tangan Yumi?"

Wei dan Mingyu terbaring di atas tikar lusuh. Mereka sedang menikmati angin di atas bangunan sambil merokok. Ya, mereka dan rokok memang tidak dapat dipisahkan.

Mingyu menggeliat apabila puntung rokoknya sudah habis dihisap. Kemudian matanya beralih ke arah Wei yang sudah termenung memandang langit. Mujurlah, cuaca hari tu tak panas sangat.

Keningnya terangkat melihat isi dalam tangan kawannya. "Wah, ada orang bagi hadiah nampak?" Tangan Wei yang tergenggam itu dibuka. Terdapat satu plaster kartun dan ubat sapu rupanya. "Uish, siapa yang caring sangat bagi kau ubat-ubat ni? Tak sangka ada orang minat!"

[c] CIKGU DINGIN VS CIKGU COMEL Where stories live. Discover now