"Taehyung gapo mung ni buat gini habih rosak mesin basuh aku!"
Pagi pagi lagi sudah pun dengar suara Wonwoo membebel.
"Sorry hyung, saya tak tahu nak tekan yang mana. Mana saya tahu itu untuk keringkan baju" Kedengaran pula suara Taehyung membela diri.
"Teruk beno mung ni kalau chim tu sekali aku ajar dah reti guna" Wonwoo pula sibuk memuji Jimin.
"Itu hyung dah ajar, saya ni hyung tak ajar pun"
"Itu sebab dia bertanya, tak mcm mung ni. itu ore tuo tuo kata malu bertanya sesat jalan, ha mcm mung ni la"
Yumi menggeleng kepala mendengar suara Taehyung dan Wonwoo bergaduh. Yumi dapat melihat Jimin juga sedang memakai kasut di depan pintu.
Sebaik sahaja dia buka pintu pagar, terjegul muka Wei di situ.
"Wei!" Yumi menjerit terkejut dengan kehadiran Wei pagi pagi buta ni.
"Annyeong!"
Wei terus memberi setangkai rose merah yang dia kutip tepi jalan tadi kepada Yumi.
"Annyeong Wei, kenapa datang awal pagi ni?" Soal Yumi sambil menyambut huluran Wei.
"Pergi sekolah sama sama"
♡
"Lembapnya kau pakai kasut Jimin, cepat sikit" Jungkook tolak tolak belakang badan Jimin sehingga Jimin terjatuh di atas tanah.
"Yah Cikgu Jeon!"
Jungkook pula buat bodoh sambil pakai kasut dia pula. Kemudian dia terus ke pintu tepi untuk memanggil Taehyung.
"Taehyung, cepatlah kau nak ikut aku ke tak?"
Taehyung yang sibuk belajar cara nak basuh baju menggunakan mesin basuh baju canggih Wonwoo terus menoleh.
"Nak la, tapi aku nak basuh baju kejap. Aku lupa bawak boxer dengan seluar jeans lebih"
"Halahh, takpe kau beli je japgi aku singgah Uniqlo. Dah jom kita dah lambat"
Jungkook terus melangkah masuk ke dalam rumah dengan kasut, malas dia nak buang buang kasut.
Wonwoo yang perasan akan hal itu terus bercekak pinggang.
"Haiyoo, Jeon Jungkook! Aku baru mop lantai je, keluar sekarang keluo keluo!!"
Jungkook dan Taehyung berlari keluar dari rumah apabila Wonwoo mengambil keputusan untuk pukul mereka dengan penyapu.
"Menyusahkan betul korang berdua ni pagi pagi, Chim tu elok je dia pergi kerja takde nak susahkan aku" Bebel Wonwoo
Jungkook terus membuka pagar dan dilihat Jimin sedang bercakap dengan Yumi, kemudian mereka sama sama melambaikan tangan dan Yumi beredar bersama Wei.
Ergh Wei!
"Jimin, apasal kau tak pergi dengan diaorang?" Taehyung menyoal.
"Saja, taknak kacau lovebird" Jimin menjeling Jungkook dan kemudian terus berjalan berseorang ke Perhentian bas.
"Lovebird haktuih" Jungkook mencebik sambil menghidupkan keretanya.
"Kau sakit hati kenapa?" Taehyung menyoal sebaik sahaja dia duduk di tempat duduk penumpang.
"Eh mana ada aku sakit hati, cuma geli je tengok Yuwei tu"
Taehyung hanya tersenyum sambil pandang ke luar tingkap. Kau tak pandai sorok perasaan sebenar kau dari aku Jeon Jungkook.
YOU ARE READING
[c] CIKGU DINGIN VS CIKGU COMEL
FanfictionA sequel of 'Suamiku Si Cikgu Dingin' Han Yumi dan Jeon Jungkook bertemu sekali lagi! Di Busan! Adakah ini jodoh mereka? Yumi yang mengambil keputusan untuk menjadi guru ganti bersama Park Jimin terpaksa menjadi rakan sekerja Jeon Jungkook di SMK B...