28

3.6K 431 129
                                    

Jungkook sedang berjalan jalan di koridor, sambil bermain dengan telefonnya. Tiba-tiba lengannya dipeluk. Dia terus menoleh ke sisi memandang Yumi.

Bibirnya mahu mengukirkan senyuman namun ditahan, pelukan Yumi dibiarkan. Pelajar-pelajar tingkatan 4 yang berada di dalam kelas memandang mereka pelik kedua-dua cikgu mereka.

"Cikgu Jeon, okay ke tak ni?" Soal Yumi perlahan. Tapi masih mampu didengari Jungkook.

"Okay" Jawab Jungkook sepatah.

"Cikgu ada nak cakap sesuatu ke tadi?"

Jungkook mengangguk.

"Ha cikgu nak cakap apa?" Yumi menyoal. Pelukan dilepaskan dan dia jalan menghadap Jungkook.

"Boleh tak perangai kau ni macam orang umur 21, bukan 11 tahun. Jalan elok-elok" Marah Jungkook. Yumi hanya mencebikkan bibirnya.

"Cikgu pun, merajuk macam orang umur 11 tahun padahal 26 tahun dah" Balas Yumi. Jungkook hanya menggulingkan matanya.

"Bila masa aku merajuk?"

"Tadi, saya teka Wei pun dah merajuk. Cemburu ke?" Yumi tersenyum sinis. Jungkook pula menggulingkan matanya.

"Kau tahu kan aku tak suka budak tu, mestilah aku marah" Jungkook beralasan.

"Cikgu marah lagi ke sekarang?" Dia masih berjalan ke belakang, Jungkook pula asyik memandang belakang Yumi, risau kalau-kalau Yumi terlanggar apa-apa. Budak ni tak pernah nak matang.

"Tak kut, aku nak tanya kau. Kau nak bayar ke tak duit sewa rumah?" Soal Jungkook.

Yumi tersenyum "Taknak! Cikgu ni baik hati kan? Cikgu kesiankan saya ni kan? Alah lagipun saya dah tolong cikgu macam-macam kan? Apa salahnya sewa rumah tu saya tak perlu bayar sebab saya ting- aaaah!"

Gedebuk!

Seperti nangka busuk jatuh, Yumi jatuh terduduk di atas lantai. Jungkook cemas, dia terus mendapatkan Yumi yang dah terduduk. Pelajar-pelajar lelaki yang sedang bersiap untuk kelas pendidikan jasmani turut memandang Yumi.

"Auch, sakit!" Yumi mengadu sakit. Jungkook duduk bertinggung di sebelah Yumi, tak tahu nak buat apa.

"Itulah, kan dah pesan tadi. Jalan elok-elok" Jungkook cuba membantu Yumi bangun namun Yumi tak mampu berdiri.

Skirt yang dipakainya terkoyak sedikit sebab jatuh terkangkang menyerlahkan bahagian pahanya. Pelajar lelaki mula keluar dari bilik persalinan untuk melihat kejadian tersebut.

"Maaf cikgu, lantai ni lincin. Saya dah letak papan tanda lantai lincin dah pun" Aunty cleaner yang sedang mengemop lantai di turut datang ke arah Yumi dan Jungkook.

Jungkook hanya mengangguk tahu padahal dia tak tahu, dia asyik memandang Yumi bercakap tadi jadi dia juga tidak fokus pada jalan. Nak buat macam mana, Yumi comel sangat masa membebel tadi. Jungkook can't take his eye off. ceh -.-

"Tahu Aunty, itulah Cikgu Han ni yang berjalan tak tengok jalan. Jangan risau aunty ni bukan salah aunty" Jungkook senyum kearah Aunty tersebut membuatkan Aunty cleaner itu tersenyum malu.

"Boleh bangun ke tak?" Soal Jungkook pada Yumi yang masih terduduk. Baru Jungkook sedar yang Yumi sedang menutup separuh pahanya menggunakan tangan.

Pelajar lelaki yang mengintai dari bilik persalinan lelaki dipandang tajam, "Apa kamu tengok?! Masuk bersiap dan turun ke padang! Sibuk je tahu"

Sepantas kilat semua pelajar lelaki itu masuk semula ke dalam bilik persalinan.

"Boleh bangun tak Han Yumi?" Soal Jungkook lagi.

[c] CIKGU DINGIN VS CIKGU COMEL Where stories live. Discover now