31

3.6K 468 343
                                    

Meja bulat milik keluarga Jeon itu penuh dengan semua ahli keluarga, kini mereka berada dalam bilik perjumpaan keluarga Jeon. Han Yumi gementar di sebelah Jungkook yang tenang sahaja berbual dengan saudaranya yang lain.

Kanak-kanak dan bayi berada di bilik lain agar tidak menganggu perjumpaan kali ini. Puan besar Jeon aka mak mentua Yumi  duduk di tengah tengah meja bulat itu, berhadapan Jungkook dan Yumi.

Yumi diam sambil memandang sekeliling, yalah apa dia nak buat semua sibuk berbual sesama sendiri, Jungkook pula sibuk berbual dengan Wonwoo tentang entahlah topik yang Yumi malas nk ambik tahu.

Satu sahaja perkara yang buat Yumi tak selesa, iaitu Jungkook masih pegang tangan Yumi. Sejak duduk tadi Yumi cuba menarik tangannya dari genggaman Jungkook namun makin kuat Jungkook genggam akhirnya Yumi mengalah, nak melawan pun pasti ada mata yang memandang.

Yumi tunduk memandang tangan Jungkook.

Yumi mengerutkan mukanya memandang tangan Jungkook yang berurat-urat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yumi mengerutkan mukanya memandang tangan Jungkook yang berurat-urat. Geli.

Kemudian dia mengangkat kepalanya memandang Jungkook yang seperti serious sahaja berbual dengan Wonwoo.

Yumi tersenyum sambil bermain main dengan jari Jungkook, tapak tangan Jungkook dibuka dan urat urat di tangan Jungkook di tekan tekan. Entah kenapa dia buat begitu, mungkin sebab bosan.

Jungkook terus menoleh kearah Yumi, memandang Yumi yang tunduk sambil bermain dengan tangan kanannya. Jungkook tersenyum sebelum sambung berbual. Membiarkan Yumi buat apa sahaja pada tangannya.

"Mana tetamu kita ya?" Suara mak mentuanya memberhentikan aktiviti mengusap tangan Jungkook. Yumi laju sahaja memandang kearah mak mentuanya termasuklah semua orang.

"Siapa tetamu kita tu Omma?" Soal Suaminya, Yumi juga turut tertanya-tanya siapakah tetamu mereka dan dia masih tak tahu apakah tujuan mereka berkumpul hari ni.

Yumi bosan, sepatutnya hari ini dia tidur sepanjang hari di atas katil tanpa sebarang gangguan. Ergh.

Tiba-tiba pintu kayu jati itu dibuka dan Yein masuk ke dalam bilik perjumpaan itu diikuti suaminya Yoo Jaesuk dan Yoo Jiae.

What? Yoo Jiae?

Apa dia buat dalam perjumpaan keluarga ni?

Separuh dari bilik itu terkejut, termasuklah Jungkook dan Yumi. Namun Jungkook mengawal riak wajahnya, tenang sahaja. Yumi menoleh ke kanan memandang Jungkook, dan apabila melihat Jungkook tenang Yumi membuat kesimpulan yang Jungkook tak kisah akan kehadiran Jiae.

Jiae, Yein dan Jaesuk mengambil tempat masing masing sebelum Puan besar Jeon memulakan bicaranya.

"Maaf buat kamu semua tertunggu tunggu" Kata Jiae sebelum tunduk 90 darjah.

"Tak mengapa Jiae, kamu semua tahu apa tujuan Omma suruh kamu berkumpul hari ni?"

"Tak, Omma" Seluruh bilik tersebut menjawab serentak. Puan besar Jeon memandang Yein dan Jiae sebelum dia tersenyum. Yein tersenyum senang. Dia nampak yakin.

[c] CIKGU DINGIN VS CIKGU COMEL Where stories live. Discover now