3 Tahun Kemudian..
"Dipersilakan, pelajar Han Yumi untuk menerima anugerah Dekan yang seterusnya!" Gadis kecil molek itu berlari dari hujung pentas untuk menerima anugerah tersebut. Dengan senyuman kambing, anugerah itu bertukar tangan dan jurukamera galak mengambil gambarnya dari bawah pentas.
Dewan besar itu dihiasi dengan pelbagai jenis hiasan dan bunga yang menarik, selain daripada satu skrin besar di bahagian belakang dan beberapa jurukamera yang diupah untuk merakam saat gemilang mahasisiwa-mahasiswa mereka untuk graduate.
"Han Yumi! Han Yumi! Tengok tu noona saya! Lawa kan? Jangan nak ngorat eh?! Dia tu Jimin hyung punya!" Si adik, Yugyeom pula tidak berhenti bersorak untuk kakaknya. Papan tanda bertulis 'Gempak Ah Noona Love You Bruh' jelas terpampang di skrin besar apabila kamera dihalakan ke arahnya.
"Wuish bapak dia asdfghjkl!" Segera Yugyeom berlari kebelakang Pn. Han. "Bengong! Buat malu aku je! Janganlah halakan sebelum bagitahu aduiyai!" Yugyeom meneruskan bebelannya dengan mengipaskan kadbod besar itu ke arah mamanya. Geram sangat mungkin.
Yumi turun dari pentas dengan senyuman yang melebar. Anugerah di tangannya ditenung. Terukir namanya di atas trofinya. "Tak sangka ..."
"Han Yumi!" Suara Jimin yang nyaring mengejutkan Yumi yang berangan. Lelaki itu segera berlari mendapatkan Yumi dengan senyuman yang melebar. "Tahniah!"
Mereka berdua 'high-five' sesama sendiri dan tergelak. "Kau pun!"
Jimin dan Yumi bersama-sama berjalan menuju ke buffet yang disediakan di bahagian luar dewan. Sedang mereka berdua khusyuk memilih makanan yang hendak dimakan, sejambak bunga ros berwarna merah jambu muncul tepat di hadapan wajah Yumi.
Terhenti Yumi apabila diperlakukan sebegitu. Dengan perlahan, matanya dilirikkan ke atas dan
"JONGDAE!"
Yumi memeluk kuat jejaka dihadapannya itu. Pinggan yang sarat dengan makanan ditolakkan ke tepi. Jimin yang baru sedar akan kehadiran Jongdae, turut memberikan pelukan yang membuatkan Yumi tersepit di antara mereka.
"Ergh, dah dah aku sesak..."
Jimin dan Jongdae tergelak besar melihatkan wajah Yumi yang sudah pucat. Jongdae mengusap kepala Yumi yang pening-pening lalat. "Nah, ambiklah bunga ni. Untuk kau."
"Aku?" Jimin mengintai ke belakang Jongdae, mungkin hadiahnya disorokkan sebab terlalu istimewa.
"Apa aku aku? Sorry kau takde hadiah bajet tak cukup bro." Jongdae mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda maaf. Jimin menghela nafas kuat dengan muka yang masam.
"Yelah, memang aku yang kena palau selalu. Yumi ni jelah yang dimanja-manjakan." Jimin meluahkan perasaan yang sememangnya sudah lama dipendamkan. Sejak mereka bertiga jadi rapat, memang Yumi jelah yang dibelai sepanjang masa. Walhal, Jimin yang paling muda antara mereka bertiga tu.
Muda tiga bulanlah dari Yumi.
"... Nah...?" Yumi perasan akan betapa kecewanya Jimin, lalu menghulurkan tiga batang bunga ros kepadanya.
"AH! Jangan mengada-ngada nak bagi bunga tu dekat dia pulak!" Jongdae menarik kembali tangan Yumi yang menghulur, menyebabkan wajah Jimin kembali masam.
"Kesianlah Chimchim. Kau memang tak beli apa-apa ke?" bisik Yumi. Jimin sudah pergi meninggalkan mereka berdua untuk makan di bawah khemah yang disediakan.
Jongdae menggeleng laju dengan jujur. "Duit aku tinggal berapa won je ni ha."
"Tinggal berapa?"
"22 won je."
"Cukuplah tu nak belanja bubbletea! Akhir-akhir ni, Chimchim suka minum bubbletea. Erm, tak silap aku dia suka perisa vanilla. Pergilah belikan! Mesti dia suka!" gesa Yumi. Kasihan pula Jimin dilihatnya.
YOU ARE READING
[c] CIKGU DINGIN VS CIKGU COMEL
FanfictionA sequel of 'Suamiku Si Cikgu Dingin' Han Yumi dan Jeon Jungkook bertemu sekali lagi! Di Busan! Adakah ini jodoh mereka? Yumi yang mengambil keputusan untuk menjadi guru ganti bersama Park Jimin terpaksa menjadi rakan sekerja Jeon Jungkook di SMK B...