8

4.6K 516 193
                                    

Ah Choo!

Entah kali ke berapa dah Yumi bersin. Sejurus bangun dari tidur pagi semalam, mulut Yumi tak henti-henti bersin. “Aik, nak demam ke ni?” tanyanya sendiri sambil mengikat rambut. Nafas ditarik lalu Yumi melangkah keluar dari bilik tidurnya.

“Han Yumi!” Kedengaran suara Jungkook dari luar. Dengan segera, Yumi mencapai beg sandangnya dan kotak yang berisi maskot itu.

Kasut putihnya dipakai dan dia berlari keluar dari rumahnya setelah pintu ditutup. “Sorry, cikgu. Saya lam- ah choo!” Sekali lagi, Yumi terbersin di hadapan Jungkook. Jejaka itu berkerut, melihatkan Yumi yang agak tidak sihat itu.

“Kau okay tak?” tanya Jungkook. Baru sahaja tangannya ingin menyentuh dahi gadis itu, Yumi sudah melangkah ke belakang setapak.

“Saya okay. Jomlah, nanti bas tinggal.” dingin suara Yumi membalas dan berlari meninggalkan Jungkook yang kehairanan.

“Yah! Tunggulah aku! Tak lari pun bas tu!”

Festival musim bunga akan bermula dalam setengah jam lagi. Yumi dan Jungkook masih menunggu trak makanan untuk menghantar makanan-makanan yang dipesan. Dalam masa tu jugaklah Yumi tak henti-henti bersin. "Ish," desis Jungkook di sebelahnya. "Bising."

Dan mereka berdua saling menjeling.

Akhirnya, trak makanan yang ditunggu telah tiba. Beberapa orang pekerja lelaki membantu menurunkan kotak-kotak yang berisi makanan ke atas meja yang disediakan. Kemudian, mereka pun beredar.

Jungkook mengira kotak-kotak yang dipesan apabila Yumi ternampak Jiae yang sedang terduduk di tepi padang sekolah. "Oh, Jiae-ssi!" jerit Yumi nun jauh dari padang yang bertentangan dengan Jiae.

Jungkook segera bangun dari tundukannya apabila terdengar Yumi memanggil nama Jiae. "Eh, mana dia?" Tergesa-gesa matanya mencari kelibat Jiae.

Yumi mencebik dalam diam. "Tu ha! Dekat sana! On the way datang sini, tak boleh sabar ke?" Tiba-tiba, Yumi membalas dingin. Rasa menyesal pulak bila terpanggil Jiae tadi.

"Hai!" ceria Jiae menyapa. Yumi dan Jungkook membalas dengan senyuman. "Ada apa-apa yang boleh saya tolong ke?"

"Oh macam tak sebab-"

"Eh, jomlah! Awak dengan saya tolong edarkan bungkusan makanan ni dekat ibu bapa dan tetamu yang datang nanti boleh? Yumi dia edarkan dekat budak-budak yang bukak gerai ni. Okay, Yumi?"

Yumi mengeluh dan mengangguk lemah. Dengan segera, Jiae dan Jungkook beredar dengan beberapa kotak makanan untuk diberikan kepada ibu bapa yang hadir ke festival. Kesian, Yumi ditinggalkan seorang.

"Haih," Yumi mengeluh kecil. Mungkin memang betul kata Hoseok yang Jungkook memang dah minat dekat Jiae. Betullah tu huhu. "Baguslah, takdelah membujang ke tua cikgu aku tu huhu."

Pedihnya hatiku!

Yumi mengangkat kotak-kotak kecil makanan untuk diedarkan kepada para pelajar yang sedang membuka gerai. Festival ini diadakan secara besar-besaran sempena menyambut ulangtahun SMK Busan yang ke-50. Jadi, pelajar senior sekolah itu diberi kebenaran untuk membuka gerai seperti hari kantin.

Pelbagai aktiviti dijalankan seperti aktiviti jualan cenderamata buatan tangan, persembahan tarian dan nyanyian dan macam-macam lagi. Tapi, apa yang paling ditunggu oleh Yumi ialah aktiviti bunga api pada waktu malam.

Seronok!

"Yumi!" Gadis itu berpaling apabila Jimin memanggilnya. Mulutnya ternganga melihat kelibat jejaka itu yang berlari-lari anak ke arahnya. "Tengok!" Jimin mendepakan lengan dan kakinya.

[c] CIKGU DINGIN VS CIKGU COMEL Where stories live. Discover now