5

5K 482 53
                                    

"Aigoo! Kacaklah mung ni Chim!" sorak Wonwoo ketika dia baru sahaja ingin mengambil tempat di meja makan. Jimin tersenyum bangga sambil membetulkan tali lehernya. "Sini, duduk sini ya, cikgu Park." Bersungguh-sungguh Wonwoo menjemput Jimin untuk duduk di sebelahnya.

"Eyy, janganlah macam ni hyung-nim. Malulah saya." Tersipu-sipu Jimin ketawa.

Jungkook yang sudah memulakan sarapannya menjeling. Hari ini merupakan hari pertama Jimin dan Yumi bertugas di SMK Busan. Wonwoo yang beria-ia menyediakan bekal untuk Jimin pada pagi ini membuatkan dia sedikit meluat.

'Masa aku tak ada pulak dia nak buat macam ni.'

"Makan cepat. Saya pergi dulu, hyung." Jungkook meletakkan sudunya lalu mencapai beg kerjanya. Sedang dia memakai kasut di pintu rumah, belakangnya terasa seperti disentuh sesuatu. "Nah."

Satu bekas makanan dihulurkan.

"Eh?" Jungkook hairan.

"Tu, hyung nampak Yumi dah bersemangat tu. Tengok, belum pukul tujuh dah siap pakai kasut. Jimin lambat lagi, apa kata kamu teman dia pergi sekali?" Jari telunjuknya ditujukan ke rumah sebelah. Kelihatan Yumi dengan wajah yang berseri-seri, sudah bersiap sedia.

Jungkook mencebik. Hatinya baru saja nak berbunga, tapi terus melayu sebab bekal tu bukan untuk dia. "Taknak. Malaslah." Bekal yang dihulurkan itu ditolak dan dia menyambung kembali ikatan kasutnya.

Wonwoo tiba-tiba melutut di sebelahnya. "Alaa, Kook. Bolehlah! Jimin lambat lagi tu. Hyung risaukan diorang kot-kot diorang tak makan nanti, boleh makan bekal ni dalam pejabat je."

"Tak boleh makan dalam pejabat. Kafe ada."

"Jangan nak tipu. Sekolah abang dulu boleh je cik-"

"Bak sinilah! Memekak je." Bekal di tangan Wonwoo dirampas membuatkan Wonwoo tersenyum lebar.

"Jaga Yumi elok-elok tau. Jangan biar orang sakitkan dia." pesan Wonwoo dan Jungkook terdiam seketika. Air liurnya ditelan dan dia terasa mukanya memerah. "Janji tau?"

Akhirnya, Jungkook mengangguk setuju.

"Wah! Dah sampai!" sorak Yumi di hadapan pagar sekolah Busan itu. Jungkook yang sememangnya malas nak melayan itu meninggalkan gadis itu keseorangan. "Cikgu, tunggulah!"

"Pergi jumpa pengetua."

"Untuk apa?"

"Untuk tahu kau ajar kelas apa."

"Oh, okay!"

Mereka berdua berjalan ke dua arah yang berlainan. Pejabat Pengetua yang berada di tingkat satu memudahkan pergerakan Yumi yang pada waktu itu membawa sekotak besar barang-barang kegunaannya di sekolah.

Knock Knock! Mahu ku perhatian .

Pintu kayu berwarna coklat itu diketuk dengan kakinya. "Haa, masuk masuk!" Kedengaran suara serak memanggilnya masuk. "Ya, ada apa cik? Nak complain pasal anak ke?"

Mata Yoongi masih belum berganjak dari buku nota kecilnya. Yumi tersenyum. "Boleh saya duduk, pengetua?" Sopan dia bertanya sebelum dipersilakan oleh lelaki itu yang terangguk-angguk dari tadi.

[c] CIKGU DINGIN VS CIKGU COMEL Where stories live. Discover now