"Takut"
Jungkook membuka sedikit matanya. Memandang Yumi yang semakin memeluknya.
Jungkook tersenyum, dia turut memandang pintu bilik yang terbuka sedikit itu, dia yakin itu orang yang menunggunya. Jungkook abaikan, dia perlu tunggu Yumi betul-betul tidur.
Jungkook melonggarkan peluk, Yumi dipandang. Dia melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Yumi. Yumi diam tak berkutik. Jungkook mengusap pipi Yumi sebelum menciumnya dan terus bangun dari katil. Meninggalkan Yumi.
Telefonnya diambil, nombor Jiae dicari. Sambil dia memakai sweater, dia menunggu Jiae menjawab panggilannya. Sebaik saja dia keluar dari bilik, Jiae menjawab panggilannya. .
"Awak kat mana?"
Terdengar keluhan Jiae di hujung talian. "Pub, hilangkan stress" Jawab Jiae.
Jungkook turut mengeluh, "Kenapa tak tunggu saya tadi?" Soal Jungkook sambil dia berjalan ke arah garaj.
"Awak mcm nk bersama dengan Yumi jadi saya balik dulu"
Jungkook tersenyum.
"Tunggu saya kat sana, saya jumpa awak"
♡
Yumi terjaga dari lenanya. Ketukan yang bertalu talu di pintu menganggu lenanya.
"Jung-Cikgu Jeon?" Yumi membuka matanya luas sebaik sahaja menyedari sebelahnya tiada sesiapa.
Yumi pandang pintu yang tak berhenti diketuk. "siapa tu?" Soal Yumi. Namun tiada jawapan.
"Mungkin Jungkook" Yumi menggenyeh matanya, dia bangun untuk membuka pintu bilik. Sebaik saja tombol pintu itu dipulas, pintu bilik dibuka luas.
Seorang lelaki bertopeng hitam yang menyeramkan berada di hadapan Yumi. Terbeliak mata Yumi memandang susuk tubuh di depannya.
"Aw..awak siapa?!" Yumi menjerit namun lelaki itu terus menolak Yumi masuk ke dalam biliknya semula.
"Hahaha"
Yumi yang jatuh terduduk tadi mendongak, memandang lelaki itu. "Cikgu Jeon! Mama! Wonwoo oppa!" Yumi menjerit sekuat hati, meminta tolong.
"Tiada sesiapa di rumah, senanglah kerja aku. Untuk bunuh kau"
Yumi kaku, air mata mengalir turun dari matanya. "Tolong! jangan! Siapa kau?!"
Lelaki itu mengeluarkan sebilah pisau belati dari poket bajunya, dan dihalakan ke arah Yumi. Dia berjalan perlahan-lahan mendekati Yumi.
Yumi pula semakin ke belakang, belakang belakang sehingga belakang badannya terlanggar meja lampu tidur. Yumi berhenti.
"Tolong! Jangan! Siapa kau?!" Yumi menyoal lagi.
Lelaki tadi betul betul berdiri di hadapan Yumi, dia terus duduk bertinggung. Memandang Yumi di sebalik topeng hitamnya.
Dia mendekatkan wajahnya kearah Yumi, betul-betul dekat sehingga nafas mereka bersatu.
"Lari sekarang" Arah lelaki itu, suara berubah menjadi lembut dan nadanya seperti.... merayu?
Yumi keliru, "huh? bukan kau nak bunuh aku ke?" Soal Yumi lagi.
"Lari sebelum aku betul betul bunuh"
Yumi mengangguk, dia terus berdiri dan bersedia untuk lari namun sempat dia toleh memandang lelaki bertopeng itu.
YOU ARE READING
[c] CIKGU DINGIN VS CIKGU COMEL
FanfictionA sequel of 'Suamiku Si Cikgu Dingin' Han Yumi dan Jeon Jungkook bertemu sekali lagi! Di Busan! Adakah ini jodoh mereka? Yumi yang mengambil keputusan untuk menjadi guru ganti bersama Park Jimin terpaksa menjadi rakan sekerja Jeon Jungkook di SMK B...