3 Bulan Kemudian (why so many lompat lompat ugh)
Dua pasang kaki telah pun menapak di Lapangan Terbang Antarabangsa Busan dengan hati yang gembira. Mereka berdua mula melihat sekeliling yang dipenuhi manusia.
"Mana perginya kawan kau tu? Kata nak tunggu kita, tak ada pun." Jimin bertanya, manakala Yumi masih tekun mencari nombor telefon teman Busan nya, Jung Yein.
"Helo, Yein ah! Awak dekat mana sekarang? Saya dengan Jimin dah sampai ni. Dekat mana? Pintu utama airport? Okay, awak tunggu situ ya? Bye~" Yumi menutup kembali telefonnya, sebelum mengarahkan sesuatu kepada Jimin.
Bahu Jimin ditepuk. "Pintu utama, Chim! Jom!" Seiringan dengan itu, Jimin mula mengeluh kuat kerana dialah yang terpaksa menolak troli besar yang berisi bagasi-bagasi mereka berdua.
"Tolonglah aku tolak! Yumi!" Suara nyaring Jimin memanggil Yumi yang cuba melarikan diri. Tapi, apa yang mereka buat di Busan?
Akhirnya, mereka berdua menjumpai Yein yang berehat di bawah pokok kelapa di luar lapangan terbang tersebut. Yumi terkedek-kedek berlari ke arah gadis itu sambil melambai-lambaikan tangannya. "Yein!"
"Hai! Awak Han Yumi?" Yein dan Yumi saling berpelukan. "Awak, ialah Park Jimin?" Jimin yang kepenatan tersandar di troli itu dan mengangguk lemah.
Setelah berkenalan serba-sedikit, Yein memberitahu bahawa mereka perlu bertolak ke destinasi yang dituju dengan awal. Bimbang sekiranya terlewat sedikit, maka malamlah mereka bertiga tiba.
♡
"Jjan! Nilah tempatnya! Macam mana? Suka tak?" Yein dengan gembiranya menunjukkan sebuah rumah kosong yang bersaiz kecil kepada pelanggan-pelanggannya. Mereka bertiga menapak masuk ke dalam rumah sewa itu namun masing-masing menunjukkan ekspresi muka yang berlainan.
"Lawanya!"
"Ew! Yumi!"
"Ha Ha Ha."
Yumi berlari masuk ke dalam rumah yang gelap lalu dibuka tingkap-tingkap yang tertutup. Rumah papan versi Korea itu sememangnya menjadi tempat idamannya sejak kecil lagi. Habis semua ruang diredahnya.
Sebaliknya Jimin, perlahan-lahan mengintai sambil hidungnya dikepit dengan jarinya. Rumah itu memang berhabuk tebal dan kebetulan pula dia mempunyai alahan terhadap habuk.
"So, macam mana? Suka tak?" Yein, si penyewa muda bertanya kepada kedua-dua pelanggannya. Yumi mengangguk laju sambil tangannya ligat menepuk gaunnya yang dipenuhi habuk. Jimin pula mengambil beberapa tapak ke belakang melihatkan debu yang berterbangan bagaikan burung di langit.
Ah choo! Ops, Jimin!
"Chim chim, kau okay?" Yumi melihat Jimin yang tidak henti-henti bersin sejak tadi.
"Kau nak aku tolong kau kemas dengan keadaan rumah macam ni? Berhabuk sangatlah, Yumi. Kita duduk motel jelah." marah Jimin. Tangannya laju menggosok-gosok hidungnya yang sudah kemerahan.
"Hmph! No no! Tapi, sebenarnya kan Chim-"
"Encik Park sebenarnya takkan tinggal serumah ya dengan Cik Han. Sesuka hati je nak duduk serumah dengan anak dara orang amboi amboi tak baik!" nasihat Yein sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali. "Apa nak jadi ni nakkk~!"
Wajah Jimin sudah masam mencuka. Yumi pula sudah tersenyum lebar. "Kamu akan tinggal dengan jiran Cik Han ni. Oh?" Reaksi Yein membuatkan Yumi dan Jimin ternanti-nanti akan apa yang telah terjadi.
"Selamat sejahtera, Encik Jeon!" Yein memberikan tunduk hormat pada lelaki yang ditegurnya sebentar tadi. Yumi sudah terpaku di tempatnya.
'Cikgu Jeon?' Posisi Yumi yang membelakangkan rumah jirannya itu menyebabkan dirinya tertanya-tanya seketika. Matanya menjeling Jimin yang dengan selambanya memberikan tunduk hormat tanda perkenalan.
YOU ARE READING
[c] CIKGU DINGIN VS CIKGU COMEL
FanfictionA sequel of 'Suamiku Si Cikgu Dingin' Han Yumi dan Jeon Jungkook bertemu sekali lagi! Di Busan! Adakah ini jodoh mereka? Yumi yang mengambil keputusan untuk menjadi guru ganti bersama Park Jimin terpaksa menjadi rakan sekerja Jeon Jungkook di SMK B...