"YEAYY!" Suara sorakan mereka berdua bergema di bilik guru.
Seronok Bomi dan Sehun mendengar apa yang diberitahu Yumi. Mereka berdua bersorak sambil melompat-lompat kegirangan. Siapa sangka, gerai mereka dapat keuntungan paling banyak antara gerai-gerai yang dibuka. Festival tu pun mendapat respons yang memuaskan dari ibu bapa.
Disebabkan itu, mereka dibenarkan mengikuti percutian ke Pulau Jeju bersama guru-guru yang terlibat dalam festival.
"Jadi, kita akan pergi ke Pulau Jeju hujung minggu ni tau? Pastikan barang-barang semua cukup. Nanti masa bercuti tak adalah terganggu aktiviti kita." beritahu Yumi lagi. Mereka berdua mengangguk laju sambil tersenyum lebar yang tak boleh dilebarkan lagi.
"Ah," Yumi memandang mereka berdua. "Wei mana? Sebenarnya dia pun kena pergi tau."
Bomi mula mencerut. "Ala," Tangannya dilipat ke atas dada. "Wei tak buat apa-apa pun, cikgu! Kenapa dia kena ikut pulak? Ni saya tak suka ni!"
"Bomi, Wei banyak tolong saya tau. Dan, dia sebahagian dari kumpulan awak kan?" Yumi cuba memujuk Bomi yang agak keras hatinya itu.
"Haah, betullah Bomi. Thaya ratha (saya rasa) Wei patut ikut. Dia banyak tolong cikgu, thiap(siap) pujuk cikgu lagi matha (masa) diorang dekat padang malam hari tu. Kan cikgu kan? Thungguh manith (Sungguh manis)."
Yumi dan Bomi terkejut mendengar ayat Sehun. "OMG cikgu hmasdhuidi!"
Mulut Bomi ditekap dengan buku teks Sejarah oleh Yumi. Matanya menjeling sekelilingnya, bimbang sekiranya guru-guru mendengar apa yang dikatakan Sehun. Tapi, kenapa dia tekap mulut Bomi?
"Dah, dah. Sekarang, balik kelas dan beritahu Wei pasal ni okay?" Yumi mula menggelabah dan menolak anak muridnya segera keluar dari bilik guru. "Jangan lupa, ya? Ok bye!" Pintu bilik guru ditutup, meninggalkan Bomi dan Sehun terpinga-pinga.
Mereka berdua berjalan bersama-sama menuju ke kelas.
"Eh, aku syaklah! Entah-entah, Wei dengan cikgu Han ..."
"BERCINTA?"
♡
"Cikgu! Cikgu! Kitorang dah sampai!"
Yumi segera bangun dari duduknya yang sedang menonton televisyen. Pintu rumahnya dibuka dan dia melambai-lambai ke arahnya. "Marilah! Masuk dulu!"
Sehun, Bomi dan Wei berpusu-pusu merempuh pintu rumah Yumi itu. Sehun dengan selamatnya melepasi pintu itu, tapi Bomi dan Wei pula yang berebut di hadapan pintu.
"Ish."
"Tepilah, Bom."
"Kaulah tepi!"
"Kaulah, bom!"
Tiba-tiba, Bomi berhenti. Matanya tajam merenung Wei yang kebetulan terpandang dia jugak. Jari telunjuknya dinaikkan, tepat ke wajah Wei. "Kau jangan, ingat aku tak tahu apa kau buat dengan cikgu Han malam tu? Ha ..."
Air liur yang ditelan terasa kelat. Macam mana diorang tahu? Wei memandang Sehun yang turut membuat muka habislah-kau-Wei-Bomi-dah-tahu-heheh. "Dahlah! Nak sangat masuk! Hah, nah masuk!" Badan Bomi ditolak masuk ke dalam rumah Yumi, diikuti dengan dia dengan gelisah melihat tenungan dua orang sahabat itu.
Yumi muncul dari dapur dengan sedulang air dan keropok ikan. Dulang itu diletakkan di atas meja dan mereka bertiga mengucapkan terima kasih. "Kita tunggu sekejap, ya? Cikgu Jeon dan Cikgu Park tengah bersiap. Diorang berjiran dengan cikgu, nanti kita pergi sekolah dengan diorang tau?"
Bomi dan Sehun mengangguk laju dan mula mengunyah keropok ikan yang dihidangkan. Mereka bertiga menonton drama Oh My Venus sambil tertawa, manakala Wei galak merenung Yumi.
YOU ARE READING
[c] CIKGU DINGIN VS CIKGU COMEL
FanfictionA sequel of 'Suamiku Si Cikgu Dingin' Han Yumi dan Jeon Jungkook bertemu sekali lagi! Di Busan! Adakah ini jodoh mereka? Yumi yang mengambil keputusan untuk menjadi guru ganti bersama Park Jimin terpaksa menjadi rakan sekerja Jeon Jungkook di SMK B...