27

3.7K 444 81
                                    

"Macam mana cikgu boleh masuk dalam rumah saya ni?" Yumi menyoal lantang.

Jungkook hanya buat bodoh sambil berjalan mengelilingi bilik Yumi, habis segala barang Yumi di atas meja dibelek. Soalan Yumi diabaikan. Malas dia nak menjawab. Kalau jawab nanti beratus soalan lagi disoal Yumi. Diam lebih baik.

"Cikgu saya tanya ni! Kalau cikgu taknak jawab cikgu boleh keluar" Yumi berjalan ke arah pintu biliknya. Sebaik sahaja pintu dibuka, loceng rumahnya turut berbunyi.

"Siapa?" Soal Jungkook kepada Yumi. Yumi hanya mengangkat bahunya dan keluar dari bilik untuk membuka pintu.

Pintu coklat gelap itu dibuka, terkedek kedek Yumi berlari ke pintu pagar. Pagar kecil itu dibuka sedikit dan dapat dilihat samar-samar susuk tubuh perempuan.

'siapa datang rumah aku malam-malam ni'

Yumi bermonolog sendiri namun dia tetap membuka luas pintu pagar tersebut.

"Annyeong!" Sapa perempuan itu sebaik sahaja pintu pagar dibuka luas.

"Yein?"

Dua kereta mewah berada di hadapan rumahnya. Wei memerhati kereta itu pelik, tak pernah dia nampak kereta itu di kawasan perumahannya sebelum ini. Mungkin kereta tetamu yang datang rumah jirannya kut.

Jam menunjukkan pukul 8:12 pm, Wei pulang awal dari hari biasa. Tanggapannya bahawa tetamu datang rumah jirannya salah. Sebaik sahaja pintu rumah dibuka, dilihat terdapat beberapa orang asing berada di ruang tamu rumahnya. Wei hanya pandang Ommanya yang perasan akan kehadirannya sekilas sebelum dia terus naik ke biliknya.

Butang baju sekolah dibuka sambil beg sekolah dicampak di tepi katil. Dia terus menghempas diri di atas katil. Mengeluh lemah. Dia rindukan Han Yumi tapi dia perlu sedar kenyataan yang Han Yumi bukan miliknya lagi. Tapi Jeon Jungkook. Cikgu yang paling dia benci sejak 5 tahun lepas.

Pintu bilik diketuk bertalu talu membingitkan telinga Wei. Wei terus bangun dari katilnya. Pintu bilik dibuka kasar membuatkan si pengetuk turut terkejut.

"Ap- Lisa?" Wei terbeliak. Lisa hanya tersenyum comel kemudian tanpa rasa bersalah menolak lengan Wei dan masuk ke dalam biliknya. Wei pula masih terkejut. Macam mana budak ni boleh masuk ke dalam rumah dia pula?

"Hei Hei, kau keluar. Macam mana kau boleh masuk dalam rumah aku ni?" Wei menyoal kasar sambil menunding jari kearah pintu biliknya menghalau Lisa keluar.

Lisa mencebik. Wei yang tinggi berdiri dipandang comel. "Masih tak ingat aku?"

Wei mengulingkan matanya. "Ya ingat kau budak yang sesuka hati masuk campur urusan aku dengan Cikgu Han 3 hari lepas"

Lisa mencebik lagi. "No! No! No! Aku Lisa, Lalisa, Lisa, Lalisa, Lisa, Lali-"

"Diam! Lantak kau lah Lalisa ke lusa ke tulat ke apa ke aku tak nak tahu , Kau keluar sekarang!!" Wei menjerkah kuat, tersentak Lisa.

"Wei! Apa cakap dekat adik kamu macam tu!"

Ommanya yang entah dari mana muncul di muka pintu bilik Wei. Wei terus menoleh.

"Adik?" Lisa dan Ommanya dipandang bersilih ganti.

"Ya Lisa ni kan adik kamu, takkan kamu lupa?" Omma turut masuk ke dalam biliknya. Lisa yang macam nak menangis itu dipeluk.

"Dia tak ingat saya Omma" Lisa mengadu manja.

Wei menggaru kepalanya. Dia serabut. Tanpa berfikir panjang dia terus mencapai sweaternya dan keluar dari rumah.

Yein dan Jungkook elok bergurau senda di ruang tamu menimbulkan perasaan cemburu pada Yumi.

Yumi membawa dulang minuman itu dan diletakkan di atas meja. Dia memilih untuk duduk di sebelah Yein berbanding di sebelah Jungkook.

"Wahh Han Yumi, tak sangka awak yang berkahwin dengan Oppa Jungkook" Kata Yein sebaik sahaja Yumi duduk di sebelahnya.

Yumi hanya tersenyum sambil menuangkan juice orange ke dalam gelas. Dua gelas tersebut  diletakkan di hadapan Yein dan Jungkook.

"So Oppa, Duit sewa rumah ni macam mana? kena bayar ke tak?" Soal Yein kepada Jungkook.

"Bayarlah, Yumi yang tinggal kat sini bukan saya" Jawab Jungkook. Yumi turut memandang Yein pelik.

"Mestilah saya bayar hehehe kenapa pula tanya kena bayar ke tak?" Jungkook tersengih sedikit memandang Yein dan begitu juga Yein.

"Inikan rumah Oppa, mestilah kena tanya dia. Since awak dah jadi isteri dia, kut kutlah tak kena bayar"

Ternganga terus mulut Yumi. "Betul ke ini rumah dia?!" Yumi menunding jari ke arah Jungkook, Yein mengangguk mengiyakan. Yumi terus menepuk dahinya.

"Oppa tak tinggal kat sini sebab dia nak tinggal dengan Wonwoo Oppa, tolong jagakan anak dia. Jadi dia upah saya ni sepupu dia, carikan penyewa untuk rumah ni. Dah lama rumah ni jadi rumah sewa. Dapatlah komisen dekat saya sikit tolong carikan penyewa"

Yumi menepuk dahinya. Mukanya terus disembamkan di bantal sofa. Macam manalah dia boleh tak tahu semua ini. Ini rumah Jungkook dan Yein tu sepupu Jungkook. Rupa-rupanya dia berkawan dengan sepupu Jungkook selama ni. Oh my-

"Dah dapat jawapan macam mana aku boleh masuk dalam rumah KAU ni?" Jungkook menyoal, sengaja ditekankan perkataan 'kau' tu membuatkan Yumi terasa malu.

Yumi mengangguk lemah sambil mengangkat kepalanya memandang Jungkook. Jungkook ketawa bersama Yein melihat reaksi Yumi.

Yumi duduk di tempatnya menyiapkan segala tugasan yang pengetua Yoongi beri kepadanya. Minggu depan merupakan perperiksaan penggal pelajar pelajar Sekolah tinggi Busan, jadi dia ditugaskan untuk menyiapkan surat makluman kepada waris.

Khusyuk dia menaip di laptop tiba-tiba pandangannya menjadi gelap. Yumi terus menggelabah.

"Eh siapa ni" Tangan yang menutup matanya dipegang. Ah Yumi tersenyum. Selalunya Wei, nampaknya Wei dah maafkan Yumi?

"Lee Wei" Teka Yumi dan serta merta tangan itu dialihkan dari matanya. Yumi terus menoleh untuk memandang Wei namun Jungkook yang dia nampak.

Jungkook terus duduk di tempatnya di sebelah Yumi. Senyap tak berkata apa-apa. Kecewa Yumi meneka Wei.

Yumi entah kenapa dilanda rasa bersalah. Jungkook yang sedang memakai cermin mata itu dipandang.

"Err.. Cikgu Jeon nak apa?" Soal Yumi. Jungkook beriak serious dan terus menulis sesuatu di atas buku mengabaikan Yumi.

"Cikgu Jeon, kenapa tutup mata saya tadi. Cikgu nak apa?" Soal Yumi lagi, lebih berhati-hati.

"Takde apalah, boleh sambung buat kerja kau" Jungkook tiba-tiba mengemas barangnya. Dia terus berdiri dan beredar dari tempatnya meninggalkan Yumi yang masih tertanya-tanya.

"Eee merajuk ke?" Yumi bercakap sendiri sambil memandang Jungkook berjalan keluar dari bilik guru.

"Yelah tu, pergilah pujuk. Dia takde kelas pun tu saja merajuk" Sampuk Hoseok yang dari tadi memerhati dari pantri.

"Eh?.. er- saya sibuk hehehe Cikgu Jung pergilah pujuk"

Yumi kembali menyibukkan diri. Hoseok hanya ketawa. "Dia ada benda nak cakap dengan awak tadi tu Cikgu Han, pergilah pujuk"

Kali ini Hoseok terus menutup laptop Yumi membuatkan Yumi tak mampu berkata apa-apa.

"Er baiklah"

Terkoncoh-koncoh Yumi bangun dan keluar dari bilik guru mengejar Jungkook.

♡♥♡

p/s: Jeon Yein dan Jung Yein orang yang berlainan. Nama je sama, jangan keliru!

[c] CIKGU DINGIN VS CIKGU COMEL Where stories live. Discover now