"Nah." Jungkook menghulurkan bekal makanan berwarna merah kepada Yumi yang baru sahaja mengambil tempatnya. Tak sangka, tempat duduknya bersebelahan dengan Jungkook.
Mata Yumi beralih daripada tangan ke muka dingin Jungkook. "Cikgu bekalkan untuk saya? Terima ka-" Baru sahaja tangannya ingin mengambil bekal itu, Jungkook sudah terlebih dahulu meletakkannya di atas meja. Atau lebih tepat, menghempas.
Yumi tersentak. "Lembap." Sedas Jungkook mengomen sebelum meninggalkan Yumi untuk ke kelasnya. "Lembap? Ey, makin kurang ajar pulak dia tu ..." gumam Yumi lantas mengambil tempatnya. "Laparnya." Beg sandang dan kotaknya diletakkan di sisi meja.
Hidungnya mendekati bekal makanan yang masih pekat baunya. Satu senyuman melebar dari telinga ke telinga apabila bekal itu dibuka. "Nasi goreng!" Yumi bersorak dan segera mencapai sudu di dalam bekas tersebut.
"Makan perlahan-lahan." Satu suara menyapa deria pendengarannya yang sedang melahap. Kepalanya yang tertunduk itu diangkat sambil tangannya mengelap bibirnya yang agak berminyak. "Nah."
Setin air coklat ditolakkan ke meja Yumi. Si gadis hanya mampu menggigit bibirnya dengan malu. Haih, boleh pula dia gelojoh depan orang. "Oh, annyeonghaseyo~ Saya Han Yumi, guru baru disini. Sila beri tunjuk ajar ya?" Segera Yumi berdiri untuk memperkenalkan diri kepada rakan sekerja barunya.
Mereka berbalas tunduk dan lelaki itu tersenyum. "Jung Hoseok. Boleh panggil Hoseok jelah." Mereka berdua tersenyum lalu Hoseok meminta izin untuk ke mejanya supaya Yumi dapat menyambung kembali aktiviti mengunyah. "Jangan sampai tercekik, tau?"
"Nae~" Mereka berdua kembali membuat kerja masing-masing, sebelum mendengar satu dentuman yang kuat di tingkat bawah. Bukan itu sahaja, kedengaran juga suara sorakan yang agak kecoh. Kedua-duanya tersentak, lantas berlari keluar ke koridor untuk melihat apa yang berlaku.
"Sepertinya datang dari padang sekolah ..." Hoseok memberitahu. Mereka berdua memerhati keadaan yang serabut di padang, yang berpunca dari satu pergaduhan yang agak serius pada Yumi. Namun, terdapat sesuatu yang membuatkan Hoseok dan Yumi terkejut beruk.
"Jungkook - ah!"
"Wei!"
♡
Yumi memerhati figura yang sedang mengaduh sakit apabila wajahnya disapu dengan ubat. Sungguh dia tak sangka bahawa Jungkook sanggup bergaduh dengan seorang pelajar sekolah. Tambah lagi, anak murid dia sendiri!
'Tak boleh, aku kena lindungi anak murid aku.' getus Yumi dalam hati.
"Apa yang cikgu dah buat?! Sampai bergaduh teruk dengan anak murid?" tegas Yumi bertanya. Jungkook mengangkat wajahnya yang tegang, hampir membuatkan cas elektrik wujud diantara mata mereka berdua.
"Betul tu. Kenapa kau boleh gaduh dengan budak tu? Teruk sangat ke disiplin dia?" Hoseok pula, bertanya dengan lembut. Tangannya masih ligat membersihkan luka yang masih berdarah.
"Tak. Mesti cikgu yang tak boleh kawal perasaan cikgu. Tu yang semua ni terjadi kan?!" jerkah Yumi. Hoseok mengangkat kedua-dua belah keningnya sambil menoleh ke wajah gadis itu. Sungguh, dia terkejut akan perubahan drastik Yumi.
"Yumi ..." Hoseok memanggil.
Tiba-tiba, Jungkook tersenyum sinis. Tangan Hoseok diraih lalu ditolak. Dia bangun dari duduknya, dan mendekati Yumi yang setia berdiri di sisi. "Kau ..." Hoseok sudah gelisah melihat Jungkook yang perlahan-lahan mengangkat tangannya ke wajah Yumi.
"Tak ada hak nak jerkah aku. Lebih baik, kau pergi ajar budak kau adab." Jari telunjuknya yang panjang itu dituju tepat ke wajah Yumi. Gadis itu mendengus, lantas mencapai kotak ubat dan meninggalkan dua orang jejaka itu di bilik sakit.
YOU ARE READING
[c] CIKGU DINGIN VS CIKGU COMEL
FanfictionA sequel of 'Suamiku Si Cikgu Dingin' Han Yumi dan Jeon Jungkook bertemu sekali lagi! Di Busan! Adakah ini jodoh mereka? Yumi yang mengambil keputusan untuk menjadi guru ganti bersama Park Jimin terpaksa menjadi rakan sekerja Jeon Jungkook di SMK B...