Setelah dua jam berada dalam bas dan disakat oleh Jungkook si hidung besar, Yumi segera berlari turun dari bas. Tak sanggup dia nak duduk sebelah lelaki tu lagi. Menyampah!
"Kau nak pergi mana? Duduk sebelah aku diam-diam." Lengan Yumi diragut dan ditarik membuatkan mereka berdua berdiri rapat antara satu sama lain.
Yumi memandang ke atas untuk melihat wajah Jungkook dengan geram. "Hehe ..." Jungkook menoleh kepadanya kembali, dengan wajah yang agak miang. Tak tipu je, Jungkook buat muka nakal je sebenarnya.
"Hish, tepilah! Tak sukalah orang tarik-tarik ni! Bye!" teriak Yumi dengan harapan Jungkook tak kacau dia lagi. Beg di dalam bonet bas diambil dan Yumi berlari ke sebuah hotel yang bertempat di hadapan pantai.
Pantai woi pantai!
"Wei~" Yumi berlari menuju ke Wei yang sedang beratur untuk mengambil kunci bilik. Mereka berdua berdiri bersebelahan, dan Wei tersenyum melihat Yumi.
"Lena tidur dalam bas tadi?" tanya Wei dengan keningnya yang terangkat-angkat. Yumi pula mencebik kecil.
"Pft, perli cikgu lah ni? Macam mana nak tidur kalau ada orang kacau? Lainlah awak, Jimin tu baik. Tak macam-"
"EHEM."
Terkejut dua orang yang baru nak mengumpat tapi si subjeknya dah sampai. Dekat belakang diorang. Belakang, ya. Terus Wei dan Yumi terdiam dan masing-masing menggigit bibir. Adui, terlanjur.
♡
Disebabkan mereka sampai ke hotel itu pada waktu petang, aktiviti mereka akan bermula pada waktu malam di tepi pantai. Selepas check-in ke bilik masing-masing, Yumi terus berbaring ke atas katil. Dan dia sebilik dengan Bomi. Okaylah, ada teman.
"Cikgu, kemaslah barang cikgu ni. Beg letak depan pintu semua adui." Bomi memberitahu. Badan Yumi yang sudah terlelap itu digoncang kuat.
Terduduk Yumi dibuatnya. Matanya yang kuyu dipaksa untuk membuka lebih lebar. "Bomi, tolong cikgu kemaskan boleh?" rayu Yumi. "Cikgu penat sangat ni."
"No no no!" Bomi berdiri tegak di hadapannya dengan tangan dilipat di pinggang. "Memandangkan saya dah kemas barang dan mandi, saya pergi makan malam dulu! Jumpa cikgu dekat pantai, bye!"
Dan Yumi mengeluh.
♡
Entah kenapa, angin pada malam itu sungguh kuat. Setelah menikmati makan malam berseorangan sebab lewat, Yumi terkedek-kedek berlari turun dari hotel ke pantai. Dari jauh Yumi dapat melihat unggun api dan semua orang sedang duduk mengelilinginya.
Berbekalkan tenaga yang dia dapat dari nasi goreng tadi, Yumi berlari sekuat hati ke arah mereka. "Sorry lambat! Saya kemas barang tadi." beritahu Yumi sambil tercungap-cungap.
"Ke tidur?" sakat Bomi. Yumi yang sudah duduk di sebelah Wei menjeling gadis itu. "Mana ada!"
Wei tergelak memandang Yumi yang sudah merajuk sedikit apabila guru-guru lain mentertawakannya. "Kesian, cikgu penat." Tangannya yang tersimpan dalam poket jaket dikeluarkan dan mengusap lembut kepala cikgunya itu.
Yumi menoleh ke arah Wei dan mengangguk laju. "Sangat, tau."
*clap clap!*
"Jadi, semua dah turun? Baiklah, kita akan mulakan aktiviti malam ni! Nak tahu, jeng jeng jeng!" Yoongi memberitahu. "Jungle trekking!"
"YEAYY!" Semua orang, kecuali Yumi dan Hoseok bersorak kuat. Mereka semua bertepuk tangan antara satu sama lain dan menggesa Yoongi untuk bermula segera.
"Alah, semua kena ikut ke?" Hoseok bertanya, diiringi dengan anggukan laju Yumi di sebelahnya.
Yoongi memandang mereka berdua dengan pandangan yang sukar ditafsir. "Ya. Tak boleh tinggal sini. Semua ikut. Titik." Pernyataan Yoongi membuatkan Hoseok dan Yumi terduduk lemah, memikirkan nasib mereka dalam hutan nanti.
"Yah, Yumi kau dengan aku. Hoseok hyung boleh dengan Yoongi hyung. Dah, jom. Pastikan semua ada pasangan!" Tiba-tiba Jungkook menggenggam tangan Yumi yang sedang mengelamun sepanjang masa itu. Hoseok pula sudah membebel seorang diri sambil berjalan ke arah Yoongi yang sudah mendepakan lengannya.
"Mari mari Hoseok!" Dan Jungkook semakin teruja untuk memasuki hutan itu.
Yumi yang ditarik oleh Jungkook tersentak apabila diperlakukan sebegitu. "Cikgu ..." Yumi menggoncang-goncang tangannya minta dilepaskan, namun genggaman itu semakin kuat. "Saya takutlah ..." Dia cuba memberitahu, namun pergerakan Jungkook yang terlalu laju membuatkan suaranya tidak kedengaran.
Secara berpasangan, mereka berjalan memasuki hutan simpan itu dengan dibekalkan walkie-talkie setiap seorang. Yumi dan Jungkook berjalan di barisan paling belakang, membuntuti Jimin dan Wei di hadapan mereka.
Disebabkan terlalu takut, Yumi cuba untuk memegang hujung baju Jungkook tetapi tangannya ditepis. "Janganlah pegang baju aku." Jungkook menolak sedikit Yumi agar menjauhinya sedikit, sebelum meneruskan perjalanannya.
♡
"Aduh." keluh Yumi kecil. Badannya terlanggar pokok yang agak lembap di kelilingnya, menyebabkan dia terkejut. Nafasnya mula tercungap-cungap dan peluh menuruni seluruh wajahnya. Badannya mula terhuyung-hayang dek kerana badannya yang sering terlanggar pokok-pokok.
Dan itu membuatkan Yumi bertambah takut.
"Cikgu Jeon ... mana cikgu?" Melihatkan sekelilingnya yang gelap-gelita, Yumi sudah mula ketakutan. Bunyi cengkerik dan burung hantu memenuhi segenap ruang. Tiada lagi bunyi tapak kaki yang berdekatan dengannya.
Mereka semua hilang!
Nafas Yumi mula turun naik kembali. Keadaannya sudah mula tak keruan kerana dia berada dalam gelap. Yumi mula menggumam kecil seorang diri sambil berlari tanpa arah tuju dalam hutan.
"Cikgu Jeon! Jimin ah! Wei! Bomi! Sehun!!" Yumi menjerit-jerit dengan harapan dapat didengari, namun hampa. Keadaan yang terlalu menakutkan itu membuatkan dia lebih menggelabah, dan akhirnya terjatuh setelah berlari dengan laju.
PUKK!
"Ah ..." Yumi jatuh tersembam di atas tanah kerana tersadung akar pokok yang menjalar. "Auch ..." Dia menyeringai kesakitan apabila cuba untuk bangun.
"TO - TOLONG!"
♡
BUkk!
Terkejut Jungkook dibuatnya apabila lampu suluh terlepas dari genggaman tangan. Hatinya tiba-tiba terasa sempit dan berdebar-debar. "Apa kena aku ni?" Matanya terkebil-kebil melihat sekeliling sambil ditinggalkan oleh kumpulannya.
"Ouh, takkanlah ..." Jungkook berdoa agar apa yang difikirkan tidak terjadi.
"HAN YUMI HILANG!"
"APA?!"
Wei ke Jungkook penyelamat Yumi ?
YOU ARE READING
[c] CIKGU DINGIN VS CIKGU COMEL
FanfictionA sequel of 'Suamiku Si Cikgu Dingin' Han Yumi dan Jeon Jungkook bertemu sekali lagi! Di Busan! Adakah ini jodoh mereka? Yumi yang mengambil keputusan untuk menjadi guru ganti bersama Park Jimin terpaksa menjadi rakan sekerja Jeon Jungkook di SMK B...