35

3.9K 413 390
                                    

Yumi tersenyum membaca surat yang diterimanya, memang tepat pada masanya untuk dia tinggalkan Seoul.

Lisa di sebelah membantu Yumi mengemas segala barangnya. Jimin awal lagi sudah pulang ke Seoul, dia dapat surat makluman lebih awal.

"Lisa awak rasa Wei selamat ke?" Soal Yumi. Apa yang dia fikir sekarang ialah keselamatan Wei. Jungkook? entah kenapa dia tak risaukan ataupun tertanya tanya di mana Jungkook sekarang ni. Yang dia tahu, dia ingin tinggalkan Busan esok juga.

"Kita doakan Wei selamat ajelah Cikgu" Kata Lisa sambil mengangkat baju yang sudah dilipat ke atas katil dan dimasukkan ke dalam luggage Yumi.

Bunyi mesej masuk dari telefon Yumi membuatkan Yumi tersedar dari lamunannya.

Telefonnya terus dicapai dan dibuka. 3 mesej bergambar dari Jungkook.

Yumi terus buka dan...

Terlepas telefon itu dari tangan Yumi melihat gambar Jungkook bersama Jiae.

Lisa yang perasan akan hal itu terus mendekati Yumi, telefon Yumi dicapai dan dia turut terkejut. Yumi mengeluh lemah, bersandar di kepala katil. Memikirkan nasibnya.

Satu lagi mesej masuk dan Yumi terus mengambil telefonnya dari pegangan Lisa.

"Yoo Jiae is so fucking pretty in those picture, I'm handsome too! We'll meet tomorrow baby. Bye!"

"CIKGU JEON NI DAH GILA KE APA?!!!" Lisa menjerit kuat selepas membaca mesej Jungkook.

"Isteri dia hampir dibunuh and then dia berseronok dengan Jiae, He's so fucking dayus. I send hate!" Lisa membebel geram.

"Tsk" Yumi tunduk.

Lisa terus tunduk, memandang Yumi yang sudah pun tertunduk. Yumi menangis lagi.

Seminggu berlalu... dan Yumi sedang bermain PS4 dengan Yugyeom.

Semuanya seperti tiada apa-apa. Selepas pergi mengesahkan perletakkan jawatannya, Yumi terus pulang ke Seoul.

Dan Jungkook langsung tak menghubunginya, Wei turut tidak membalas mesej atau angkat call. Lisa pula selepas menghantar Yumi ke airport terus hilang.

Ommanya tidak menyoal banyak, dia fikirkan yang Yumi merajuk dan lari ke Seoul jadi dia langsung malas nak ambik tahu.

"Yumi sampai bila nk duduk sini?" Soal Puan Han,dia menggeleng kepala melihat dua beradik yang asyik bertengkar ini.

"Buat apa balik Busan, kerja dah habis" Balas Yumi.

"Habis tu Jungkook?"

Yumi diam.

"Kan kitaorang kahwin tipu-tipu je Omma, nanti kitaorang- cerai...jugak. Biarlah Yumi nk duduk dengan Omma, tak boleh ke?"

Puan Han menggeleng lagi.

"Sukahati kamu lah Yumi"

Baru saja Puan Han masuk ke dapur semula, kedengaran loceng rumah ditekan.

"You loser! Pergi bukak" Yugyeom menudingkan jarinya kearah Yumi, mukanya habis takabbur sebab menang perlawanan Fifa ni. Yumi menggulingkan matanya dan terus bangun dan ke arah pintu.

Seminggu lepas...

Jungkook pulang dari pub awal pagi, agak-agak Yumi tak terjaga lagi lah. Kepalanya sedikit pening sebab dia masih mabuk. Namun dah sedikit kurang apabila dia rendamkan muka dia ke dalam air tadi.

[c] CIKGU DINGIN VS CIKGU COMEL Where stories live. Discover now