12

4.2K 486 136
                                    

Bismillahirrahmanirrahim , Aku cuba sedaya upaya update ff ni sebab terlalu ramai yang tanya until aku rasa bersalah . So enjoy!

Semalaman tidur , Yumi terus bangun daripada katilnya. Tiba-tiba dia teringat akan mimpi semalam.

'Aku sesat, Wei kiss aku? seram mimpi ni'

Yumi menggeleng kepalanya beberapa kali sebelum mengesot turun dari katil. Bomi dilihatnya sudah pun selesai mandi dan sedang mengeringkan rambutnya menggunakan tuala.

"Haa cikgu, bangun pun. Cikgu okay?" Soal Bomi sambil duduk di hujung katil mereka.

"Okay je, kenapa cikgu tak okay pulak" Yumi terus bangun dan pergi mencapai kain tuala yang tersimpan di dalam almari.

"Baguslah kalau cikgu dah okay, lewat jugak cikgu balik semalam"

Selepas berkata begitu, Bomi terus memakai kasutnya. Tanpa menunggu Yumi, Bomi terus beredar dulu kerana pelajar mestilah berkumpul tepat pukul 8:30 am.

Jam menunjukkan pukul 9:05 am. Kelibat Yumi masih juga tidak kelihatan. Semua pelajar sudah pun menikmati sarapan yang disediakan. Termasuk juga semua guru.

Wei mundar mandir di tempat semua pelajar berkumpul.

'mana cikgu ni'

Sambil gigit kuku dia sekejap ke kiri sekejap ke kanan.

"Kau kenapa Wei? Tak reti duduk ke? punggung kau ada jerawat ke? takut jerawat pecah?" Bomi yang sibuk menyapu jem strawberry untuk Sehun menyoal.

Wei hanya menjeling Bomi sebelum dia duduk di sebelah Sehun.

"Cikgu Han mana?"

Akhirnya terkeluar juga soalan yang daripada tadi bermain di otaknya. Jungkook yang duduk bertentangan dengan Wei turut memandang Bomi menanti jawapan.

"Cikgu Han dalam bilik lagi, dia bangun lambat tadi tapi lama jugak la dia bersiap ni" Terang Bomi.

Yoongi yang dari tadi hanya mendengar terus mengangkat kepalanya. Sandwich di dalam mulut dikunyah laju sebab dia nak bercakap.

"Bomi! Kamu sepatutnya tak boleh tinggal Cikgu Han sorang-sorang. Dia kan dah sesat semalam!"

"Tapi saya kena—"

"Hey! Saya tak habis cakap lagi!"

Bomi terdiam.

"Kalau dia sesat lagi hari ni macam mana?! Cepat pergi tengok dia!"

Yoongi terus menuding jari telunjuknya kearah Wei. Wei turut menuding jari kearah dirinya sendiri.

"Saya?"

Yoongi mengangguk perlahan sebelum menuding jarinya kearah jalan ke bilik Yumi.

Wei tanpa banyak soal terus bangun. Sempat dia perasan Jungkook menghantar jelingan maut sebelum dia beredar tadi. Entah dia pun tak faham apa masalah cikgu tu.

Yumi daripada tadi cuba untuk kunci semula pintu biliknya dan Bomi tapi tak berjaya. Sudah 20 minit dia tersekat disitu.

"Arghhh kenapa tak boleh ni"

Yumi menggaru kepalanya laju. Kalau dia tinggalkan bilik tu tak berkunci , mana tahu orang jahat masuk. Nak suruh orang jagakan kejap  pun tak ada sesiapa di sekeliling tu sekarang ni. Takkan satu perkhidmatan bilik pun tak lalu sini sepanjang 20 minit ni?

"Cikgu Han?"

Satu suara garau menegurnya dari sebelah kanan. Yumi terus menoleh.

"YAAA Wei!! Nasib baiklah kamu datang"

[c] CIKGU DINGIN VS CIKGU COMEL Where stories live. Discover now