20

4.7K 430 216
                                    

Kat media tu Wei, for those yang tak tahu macam mana muka Wei HAHAHAHA. CUTE AAAAAAAAA!!!!

Semua tetamu seronok berbual, saudara mara yang jarang berjumpa pula juga bertegur sapa. Dia menunggu ketibaan keluarganya di pintu masuk. Gaun bewarna coklat gelap itu dibetulkan kainnya.

"Noona!!!!!"

Jeritan seorang budak yang tinggi lampai menarik perhatiannya. Yugyeom berlari laju meninggalkan Puan Han di belakang. Senyuman Han Yumi terus melebar.

"Omma!"

Yumi terus berlari lari anak kepada Ommanya lantas dipeluk wanita tua itu. Yugyeom yang bersemangat berlari tadi terus mencebik.

"Noona ni! penat orang lari tau, orang rindu dia" Suara Yugyeom ala ala merajuk. Yumi hanya ketawa sebelum bahu Yugyeom dipeluk.

"Alaaa adik aku ni merajuk pulak" Yugyeom tetap dengan muka penyeknya.

Malam resepsi ini, ahli keluarga Yumi dijemput tetapi Yumi tidak membenarkan Ommanya ajak semua sepupu sepapat kerana dia tahu, ini perkahwinan olok olok. Tak perlu dihebahkan, 2 atau 3 minggu dari sekarang pasti mereka akan berpisah.

Yumi yakin.

"Puan Han" Jungkook yang dari tadi melayan tetamu terus ke arah pintu masuk apabila menyedari kehadiran ibu mentuanya.

Jungkook tunduk 90 darjah sebelum memeluk Puan Han mesra.

"Lamanya tak jumpa kamu Jungkook" Kata Puan Han sambil menggosok belakang badan Jungkook dan pelukan dileraikan.

"Betul tu... saya sibuk kat sini, tak sempat nak melawat Puan Han dan Yugyeom kat sana" Kata Jungkook menyedapkan pendengaran Puan Han.

Yumi yang masih bersama Yugyeom hanya mencebik, meluat pula dengar Jungkook ni acah baik depan orang tua.

"Noona, ingatkan nak kahwin dengan Jimin hyung" Bisik Yugyeom di telinga Yumi. Yumi terus mendongakkan kepalanya memandang Yugyeom.

"Itulah, kalau ikutkan hati... lagi rela kahwin dengan Jimin tau"

"Ha kamu dua beradik mengumpat apa tu? Tak baik berbisik depan orang" Puan Han menegur.

Yumi dan Yugyeom terus buat muka tak bersalah. "Takde apa, Yugyeom puji baju noona lawa je" Tipu Yugyeom. "Jom masuk lah" Yumi terus menarik Yugyeom masuk meninggalkan Jungkook dan Puan Han berdua.

Baru sahaja Jungkook ingin melangkah masuk bersama ibu mentuanya, bahunya dipegang.

"Jungkook, saya tahu ini perkahwinan olok olok kamu berdua lagi. Tapi saya harap, kali ini kekal" Kata Puan Han ikhlas, dia amat menyukai Jungkook. Dia yakin, Jungkook dapat jaga Yumi yang tak matang tu. Jungkook mampu jaga Yumi kalau ditakdirkan dia tiada nanti.

Jungkook tersenyum nipis, tangan tua itu dipegang.

"Terima kasih sebab izinkan Yumi"

Puan Han tersenyum lebar.

"Jungkook, kebahagiaan perempuan terserlah pada senyumannya. Lelaki, pada matanya. Saya nampak dalam mata kamu Jungkook, cara kamu pandang Yumi memang tak mampu untuk nafikan perasaan sebenar kamu"

Jungkook tertunduk malu. Terserlah sangat ke? Lepas ni taknak tengok Yumi lah. Tetapi Jungkook masih tidak mengaku, hanya senyuman yang diberikan pada Puan Han.

Jungkook juga sedar, Yumi dilamun cinta dengan budak tak guna tu. Yumi ni memang tak matang, dah tua pun berkenan lagi dengan Wei tu.

"Kamu tahu kan dia pernah cintakan kamu 5 tahun lepas?"

[c] CIKGU DINGIN VS CIKGU COMEL Where stories live. Discover now